“Apa dah jadi?”
“Anak saya jadi biru.Dia tak bernafas!”
“Saya bagi ubat batuk je.Saya beli di farmasi”
Sudah
banyak kes kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah dikejarkan ke
Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat batuk dan selsema terutama jika
diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
The Us Food and Drug
Administration (fda) merekomendasikan kanak kanak di bawah 2 tahun tidak
boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the
counter (otc).
Dari tahun 2008, syarikat pengeluar ubat dan
penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor,
ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selesema tidak sesuai
digunakan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun.
Malangnya, kebanyakan ubat-ubat ini mudah didapati dari kedai atau farmasi tanpa memerlukan pengesahan dan kebenaran doktor.
Ubat batuk yang sering digunakan:
1. Cough expectorant (guafenesin)
2. Cough suppressant (dextromethorphan)
3.Decongestants(pseudoephedrine, phenylephrine)
4. Antihistamine (chlorpheniramine)
Anti histamine(1st generation) boleh merentasi ‘blood brain barrier’ dan mengganggu sistem histamine dalam otak.
Bila
ubat ini diberi pada kanak-kanak, ia akan menyebabkan orang yang
mengambilnya mengantuk dan mengganggu pusat pernafasan yang berada di
dalam otak.
Ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu berhenti bernafas dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada kanak-kanak tersebut.
Pemberian ubat menyebabkan risiko:
- Sawan
- Jantung berdegup kencang
- Berhenti bernafas
- Kematian
Waspada, ubat batuk & selsema TIDAK SESUAI untuk diberikan kepada kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah.
0135819100 Cikgu Basariah
Tiada ulasan: