Semakin hari semakin ramai yang berminat untuk memulakan perniagan. Ini adalah satu perkembangan yang bagus. Namun ramai jugak yang terkandas di perjalanan dengan pelbagai alasan. Contohnya barang tidak laku, ditipu rakan niaga dan sebagainya. Oleh itu, di sini saya akan kongsikan beberapa tips yang boleh anda elakkan semasa memulakan perniagaan.
1. Tidak kenal siapa bakal pelanggan
Perkara pertama yang perlu anda tahu adalah siapa sebenarnya bakal pelanggan anda. Bukannya asyik berfikir, produk apa yang mahu dijual. Namun, ramai yang melakukan kesilapan ini dengan bertindak memborong produk terlebih dahulu tanpa mengenal siapa pelanggan mereka sebenarnya. Maka, terjadilah lambakan produk yang tidak terjual dan modal anda lesap begitu sahaja.
.
Maka terjadilah simptom sendiri jual sendiri beli. Sebenarnya, langkah yang bagus adalah dengan bertanyakan dahulu kepada prospek anda apakah masalah yang mereka dihadapi? Anda akan mendapat idea apakah sepatutnya yang anda jual berdasarkan kajian itu tadi.
2. Berniaga tanpa usul periksa
Ini jugak simptom yang sering berlaku. Contohnya apabila anda hanya mengikut sahaja idea-idea perniagaan yang dikemukakan oleh rakan atau orang tidak dikenali tanpa usul periksa. Mereka meminta anda untuk mengeluarkan modal dengan sekian-sekian nilai. Mereka jugak menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda dan memberi jaminan perniagaan tersebut adalah sah.
.
Oleh itu, berhati-hatilah walaupun mereka adalah orang terdekat dengan kita. Buat kajian penuh terhadap perniagaan yang hendak dimulakan. Ini lebih baik dari menanggung seabrang kerugian di kemudian hari.
3. Shining object
Semasa anda berniaga biasanya akan datang pelbagai tawaran yang indah-indah untuk menjual sesuatu produk/servis. Contohnya apabila anda menjual sesuatu produk, tiba-tiba anda menerima lagi tawaran untuk menjual servis/produk lain yang dirasakan lebih untung.
.
Anda pun terpesona dan berminat untuk mencuba. Benda ini sentiasa datang dan jika jiwa anda tidak tahan, akhirnya semua benda hendak dijual dengan anggapan lagi banyak produk dijual lebih banyak untung.
.
Perkara ini dibahasa kan sebagai ‘Shining object’ yang boleh menggangu tumpuan anda untuk fokus menjual sesuatu jenama produk. Sebagai permulaan, fokus dahulu untuk menjual satu jenama produk.
4. Membuat pinjaman dengan amaun besar
Jika anda baru hendak bermula, jangan terlebih semangat hendak memulakan. Maksudnya anda memilih perniagaan dengan modal yang besar seperti hendak membuka restoran mewah, perabot dan sebagainya.
.
Hakikatnya perniagaan pertama adalah tempat untuk anda belajar menjual, membuat pemasaran, pusingkan modal, kepimpinan dan membina jaringan hubungan perniagaan. Jika anda terus menceburi perniagaan bermodal besar risikonya adalah tinggi.
.
Bermulalah dari bawah dengan dengan modal yang anda mampu. Modal tersebut adalah modal yang mampu anda serap jika berlaku apa-apa kerugian.
5. Berniaga tanpa ilmu
Tanpa ilmu bagaimana hendak memajukan diri? Begitu jugak dalam perniagaan. Jika anda ingin terus berjaya dalam perniagaan rajin-rajin lah menimba ilmu. Ilmu boleh didapati dari pengalaman, perkongsian dari rakan bisnes, pembacaan dan pemerhatian. Jika ingin berjaya lebih cepat carilah mentor dan bergurulah dengan mereka.
Selamat maju jaya untuk yang baru hendak memulakan perniagaan.
Semoga info ini dapat serba sedikit dapat membantu anda.
Dipersilakan untuk share agar lebih ramai yang mendapat manfaatnya.😊
#NorahLeaderAsmak
#FarrahCareEmpire
#OneTeamOneDream
#SebarkanManfaat
Elakkan 5 Perkara Ini Semasa Memulakan Perniagaan
Reviewed by Teacher Basariah
on
Sabtu, Disember 26, 2020
Rating:
Tiada ulasan: