Assalamualaikum
Siapa kat sini anak dia ada kulit kering, gatal pastu akan menggaru sampai luka?
Ni lah dilema yang cikgu hadapi dengan mek Nurin. Syukur Asmak keluarkan Baby Lotion ni memang sesuai dengan dia.
Ingat tahun lepas masa PKP pertama, teruk Nurin kena serangan #ekzema dia masa tu. Menggaru-garu sampai luka pastu naik biji dan bernanah. Masa tu guna Minyak Asmak , Bedak dll semua dah tak jalan. Baik sekejap tapi jadi semula. Akhirnya, kami bawa juga Nurin ke klinik. Beberapa klinik jugakla kami pergi dan yang terakhir Klinik Dr Rahimah di Pendang. Alhamdulillah Nurin serasi dengan ubat dari klinik tu.
Kulit Nurin kalau kering camni memang dia akan gatal
Selepas dah habis 'consume' ubat, cikgu hanya teruskan rawatan guna produk Asmak. Alhamdulillah sehingga ke hari ini terkawal. 'Part' makanan, memang ada sesetengah makanan yang akan 'trigger' dia.
Cikgu cuma perlu 'alert' bila tengok selepas dia makan tu menggaru-garu ke, jadi kena ambil maklum untuk elakkan makanan tu selepas ni. 'Standby' siap-siapla Minyak Herba Asmak kat tepi.
Losyen ni sangat membantu untuk pudarkan parut-parut luka akibat menggaru. Kulit pon tak kering dan sentiasa terjaga kelembapan. Macam kulit Nurin ni kalau kering sangat dia akan jadi gatal.
Alhamdulillah kulit dah nampak lembap dan pegang pon tak kasar dah
Semoga semakin besar Nurin ni, penyakit dia pon akan hilang dengan sendiri. Aamiiin.
Yang penting, kita teruskan ikhtiar. Betul? 😊
Atasi masalah kulit kering pada bayi
Reviewed by Teacher Basariah
on
Sabtu, Januari 30, 2021
Rating:
Terima kasih kerana berkongsi.. Harap sesuai untuk dipakai untuk orang dewasa
BalasPadamSama-sama puan. Losyen ni memang sesuai untuk dewasa juga. 😊
Padam