Assalamualaikum
Pernah dak hangpa dapat call dari no tak dikenali? Biasa hangpa angkat ke abaikan?
Ha, ni nak cerita.
Hujung tahun 2018, suami cikgu dapat panggilan dari nombor tak dikenali. Suami cikgu angkat dan pemanggil offer pecutian percuma di Swiss Garden. Memula tu macam tak percaya je. Tapi cikgu kata kat suami jomla kita cuba. Mana tau memang rezeki dapat percutian percuma.
Maka, kami pergila ke Swiss Garden Sungai Petani masa tu dengar taklimat. Rupanya pengenalan program kad percutian SGI. Menarik jugak tapi selaku rakyat Marhein, kami rasa belum cukup layak nak join amik pakej tu. Haha. Selepas gigih mendengar hampir sejam penerangan dari agen, kami pon diberi borang untuk diisi dan tawaran percutian akan dihantar melalui emel.
Sepatutnya tiket percuma 3 hari 2 malam tu sah sehingga Jun 2020 je tapi disebabkan pandemik, tiket dilanjutkan sehingga Disember. Alhamdulillah rezeki kami dapat merasa percutian percuma tajaan SGI ini. Kami dapat tarikh 27-29 Disember 2020.
Kami diberi bilik yang ada 1 katil king, 1 sofa bed dan lagi best siap dapur serta perkakasan untuk memasak. Studio unit. Memang luas betoila bilik ni. Cikgu bawak jugak toto dan selimut ekstra untuk anak-anak tidur dengan selesa.
Lagi best bilik yang kami dapat ni bertentang pula dengan taman air dan taman mainan. Apa lagi syokla anak-anak eksaited nak mandi dan main sebab dekat.
Untuk pengetahuan semua, SGI ni je kawasan hotel yang masih beroperasi dalam Swiss Garden ni. Hotel lain dalam kawasan resort ni under Swiss Garden dan tutup termasuk taman tema dia. Ada jugakla kami meronda tengok. Memang sayang kelihatan terbiar. Besar kawasan Swiss Garden ni sampai banyak yang dah terbiar tak diuruskan.
Satu yang tak syok makanan kat cafe mahai pastu kalau nak makan kat luar seriusla jauh. Hari pertama sampai kami beli makanan kat Teluk Senangin. Mujur dekat dengan resort ni dalam 15 minit camtu. Tapi manusia pon kemain ramaila kat Teluk Senangin. Masing-masing melepaskan dendam lama kena kurung kat rumah kot 😂
Hari kedua kat sini kami terus ke Lumut. Perancangan asal nak naik feri ke Pangkor dan balik hari.
Sebelum pergi jeti, kita makan dlu. Haha.
Sampai je jeti tengok manusia ramai sangat, nak kena tunggu feri pon lambat terus batalkan plan tu. Kami meronda-ronda sekitar jeti je la jalan-jalan sambil membeli belah ikan bilis dan udang kering.
Balik hotel rest jap pastu bagi anak-anak main kat taman permainan depan bilik plak.
Malamnya kami keluar sekali lagi ke Lumut mencari ikan bakar. Part ni kami sedihla sket kena kedai yang lambat sangat masaknya, mahal dan kurang menepati selera pulak tu. So maafla tak dapat review kedai tu.
Hari akhir kat resort ni kami bagi anak-anak mandi puas-puas sekali lagi kat kolam renang mini ni ala-alam taman air.
Sarapan pagi ni suami cikgu pergi beli di Teluk Senangin. Kami checkout jam 12 tengahari.
Kami singgah makan tengahari kat rumah abang cikgu kat Manjung pastu singgah Aeon Big shopping. Ada event best plak kat situ tiber. Ok, ni cerita next post.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa cikgu tak masak sepanjang kat resort walaupon ada dapur? Jawapan dia malas 😜 Dah nama pon bercuti, nak santai-santai je. Haha.
Tengok ni peralatan masak memasak yang disediakan pihak hotel.
Bilik kami bila buka pintu belakang dia betoi-betoi bertentang kolam. Tapi kena amik kasut keluar ikut sini la plak.
Harga makanan kluster kayangan. Hehe. Tapi kalau terdesak tu bolehla nak makan sini.
Ada gak cikgu masak. Tapi megi je la. Haha.
Ok tu je laporan dari cikgu. Eh, kalau korang dapat call dari no ni pasni, layan je tau. Pastu pergila dengar dia ceramah. Dapat percutian free. 3 hari 2 malam uolls. Kalau berbayar mau lebih rm500 tu 😁
Kalau korang nak tempah percutian kat SGI pon boleh. Korang call je nombor tu.
Percutian Percuma di Swiss Garden Damai Laut
Reviewed by Teacher Basariah
on
Isnin, Januari 04, 2021
Rating:
Cantik la hotel ni... Bilik dia pun luas giler kan... Boleh la plan staycation kat Swiss Damai Laut ni... 👍👍
BalasPadamYe betul tu. Sayangnya hotel yang utama tu dah terabai. Kat SGI ni je masih boleh duduk
PadamCikgu ceramah tu dia cakap ape je? Dan apa nak kena buat lagi? Saya pun dapat call.
BalasPadam