Assalamualaikum
Kami tidur di tanjung satu malam je. Untuk malam kedua, kami keluar dari pulau dan check in pula di Hotel Ixora di Perai ni. Cikgu check in sini sebab ada plan dating dengan agen Penang merangkap best friend sejak zaman matrik iaitu Nor Liyana.
Alhamdulillah bilik memang lebih besar dengan 3 katil saiz super single. Maksudnya takde yang kena tidur atas toto malam harinya. Hihi. Kali ni, yang booking hotel ni suami cikgu. Satu malam tak sampai rm200. Ada kolam renang tapi disebabkan musim Covid, maka kolam ini ditutup kepada umum. Tak dapatlah anak-anak cikgu nak mandi kolam. Kecewa la sikit depa. Mujur dah bagi mandi kolam masa kat Batu Feringgi. Hihi.
Shower dan tanda bilik asing-asing. Besar dan selesa.
Siap ada meja untuk buat kerja
Bolehla nampak sipi-sipi pemandangan kolam dari bilik
Penimbang pon ada. Bolehla menangis jap lepas timbang berat badan 😂
Inilah dis agen Norli dari Bukit Mertajam
Makanan kat restoren hotel ni pon boleh tahan. Not bad la.
Bersama lukisan yang harganya boleh beli seutas dua gelang emas 😁
Ada restoren KFC dan MCD sebelah hotel ni. Ada pasaraya besar Pacifik jugak. Jalan kaki je ke bangunan sebelah.
Ni semua dalam bangunan hotel
Review Hotel Ixora Seberang Perai
Reviewed by Teacher Basariah
on
Isnin, Januari 11, 2021
Rating:
Tiada ulasan: