28 Mac 2021 adalah malam nisfu syaaban sebaik sahaja masuk waktu maghrib.
.
Malam Nisfu Sya'ban merupakan salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam digalakkan agar banyak berdoa memohon keampunan dari Allah SWT.
.
Disunatkan untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan ibadah dengan membaca al-Quran, berzikir, berdoa, bertasbih, berselawat, istighfar, hadir majlis ilmu dan amalan yang lain.
.
Semoga Allah memakbulkan segala doa kita di malam Nisfu Syaaban. 🤲
Salam nisfu syaaban
Reviewed by Teacher Basariah
on
Ahad, Mac 28, 2021
Rating:
Tiada ulasan: