Seo Services

Jangan pandang masa silam kalau nak maju kedepan

Saya suka tengok Nat Geo kalau ada waktu lapang. 

Bila melihat ciptaan Allah ni, banyak sebenarnya kita boleh belajar. Dari kejadian langit dan bumi sampai kepada haiwan. 

Sebagai contoh kita tengok bagaimana Singa mengejar Rusa.

Di satu lapangan yang luas di Benua Afrika, seekor rusa menyedari yang ia sedang di perhatikan oleh seekor singa. Apabila singa memulakan langkah untuk menerkam si rusa, aksi kejar mengejar berlaku. 

Rusa yang sangat takut pada si singa membuatkan rusa asyik toleh ke belakang. Perbuatan itu melambatkan larian si rusa. 

Saya tengok pun rasa macam nak jerit kat rusa tu "Lari jer, jangan tengok belakang!" 

Kemudian saya terus terfikir, "Ahhh, inilah pelajaran nya" 

Singa yang hanya fokus pada matlamatnya yang satu iaitu menjadikan rusa santapan makan malam, makin laju dan bersedia untuk menerkam.

Akhirnya, rusa tumbang dalam cengkaman singa. Andai rusa tadi hanya fokus pada kekuatan kakinya yang ramping dan kepantasan nya yang luar biasa, nescaya rusa tadi boleh selamat. 

sebenarnya.. 

Banyak masa telah kita buang kerana asyik melihat ke belakang dan tidak fokus dengan potensi diri sendiri. 

ketakutan kita terhadap kegagalan masa lalu membuatkan kita sering hilang pendirian dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Akhirnya perasaan negatif itu akan sentiasa menolak kita ke bawah. Kita akan jadi malas untuk berfikir tentang masa depan.

Maka, jangan pernah ragu-ragu dengan potensi yang ada dalam diri. Jangan pernah takut untuk berdiri megah bila orang pertikai kita. 

Jangan menyerah kalah jika mereka tidak percayakan kita. Yang penting kita percaya pada diri kita sendiri.

Kelebihan dan bakat tidak akan muncul diwaktu kita tengah senang lenang. Ia muncul waktu kita dalam kesempitan kerana ketika itu baru kita akan betul-betul fokus.

Jutawan hari ini tiada satu pun yang tidak pernah merasa kesusahan. Kerana dalam susah itu mereka cungkil potensi diri dan percaya akan potensi diri sendiri. 

Saya faham, ramai tengah struggle dengan keadaan sekarang. Tapi jangan toleh ke belakang. Let it go. Move on. Move forward. 

Selagi kita banyak toleh ke belakang, selagi itu kita akan lambat untuk capai matlamat kita. 

#SelfReminder
#SharingIsCaring



0135819100 Cikgu Basariah
Jangan pandang masa silam kalau nak maju kedepan Jangan pandang masa silam kalau nak maju kedepan Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Jun 09, 2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.