Seo Services

Review Gopeng Glamping Park

Assalamualaikum!

Selamat Hari Malaysia buat semua ❤️

Ke mana kita hari ni?

Setelah sekian lama terkurung kat rumah, kali ni kami sekeluarga bertekad nak keluar bercuti. Alhamdulillah cikgu dan suami masing-masing dah lengkap 2 dos vaksin. Jadi amikla peluang bawak anak melepaskan gian nak buat aktiviti outdoor.

Kami tempah percutian 2 hari 1 malam dan lokasi pilihan kali ini ialah Gopeng Gampling Park.

Cikgu pon baru je tahu pasal tempat ni. Asalnya kami plan nak ke Taiping tapi bila tanya semua dah fully booked. Maka, cubalah nasib booking sini. Dah namanya rezeki, dapat khemah terakhir. Yeay, tidur dalam khemahla kita kali ni 😍

Dari Teluk Intan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan jarak lebih 60km tapi tak cukup 2 marhalah. Maka tak boleh nak solat jamak ye anak-anak.

Sampai je sini, seronoknya. Rasa macam balik kampung je uolls! Banyak pokok kat kiri kanan jalan. Pastu dekat plak dengan sungai. Kawasan dia cantik sangat. Air sungai pon cetek dan jernih.

Ok, cikgu tunjuk gambarla ye. Biar gambar berbicara. Lets check it out!














































Banyak aktiviti boleh buat kat sini.

Antaranya:

1. Mandi sungai - jalan kaki dalam 5 minit dari tempat khemah
2. Berbasikal keliling kampung - ada basikal boleh disewa
3. Yang free dalam ni - memanah, main trampolin, lepak-lepak kat tree house, tengok persembahan bunga api(malam), melepak depan unggun api 
4. Ada tempat untuk main paintball - berbayar
Banyak lagi la sebenarnya. Korang kena datang dan explore sendiri ✌️😊

Kawasan perkhemahan plak di kelilingi pokok buah tau. Menusuk ke hidung bau buah cempedak. Aumm dapnyer. Haha  toilet dia plak ada bahagian yang open sky. Tup tup ada buah cempedak atas kepala. Haha. Tapi feel best. 

Bab nak solat pon tak perlu risau. Ada surau yang besar untuk kemudahan solat. Dalam khemah pon boleh solat cuma sempit sketla. Cikgu suka solat kat surau je sebab lebih selesa.

Udara memang segar tambah plak masa cikgu mai ni hujan. Syukur malam tu hujan berhenti. So, merasalah kami tengok persembahan api dan melepak amik kepanasan unggun api. Kalau ada marshmallow mesti feeling dok obersea 😜

Okay, cikgu nak lanjer korang video pertunjukan api ni. Jom layanzzz.


Ok, korang mesti nak tahu camna nak datang sini kan?

Kalau korang nak bercuti, sekarang ada pakej menarik ditawarkan. So korang tengok poster bawah ni dan hubungi no kat poster tu ye.













Buat photoshoot produk pon cantik kat sini wei. Hehe. Produk Asmak semestinya mengekor ke mana saja. Berminat roger cikgu ye. No tel cikgu ada kat bawah sekali. Baca sampai abis ye 😁







So tunggu apa lagi kome? Moh bawak anak bercuti!

#gopengglampingpark
#ggpcontest2021

Iklan jap, kalau korang mencari produk untuk bantu masalah pernafasan, batuk, selesema, kahak, semput seawal baby sampai dewasa roger cikgu ya.

Pengambilan agen Asmak pon masih dibuka. 

Pm/ wasap 0135819100, Cikgu Basariah. ✌️😊
Review Gopeng Glamping Park Review Gopeng Glamping Park Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 17, 2021 Rating: 5

3 ulasan:

  1. waww best. seronok anak2 lama tak keluar sarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best. Nanti ada peluang bolehla bawak anak-anak ke sini

      Padam
  2. Kalau full house tempat tu tak sesak lah ye?

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.