Cuti-cuti Hujung Minggu @ My Dusun Stay Air Kuning
Assalamualaikum
Apa habaq semua? Semoga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Antara impian cikgu adalah nak ada rumah dalam dusun. Teringin sangat rumah kelilingi pokok-pokok buah macam durian, rambutan dll. Pastu seronoknya kalau ada pulak anak sungai yang boleh buat mandi-manda.
Disebabkan macam jauh jugak lagi nak gapai impian tu, so bawakla anak-anak bercuti. Amik feel dlu. Mana tau, satu hari nanti impian tercapai. Cuma part pokok doyan tu kena ubah pokok langsat atau dokong sebab suami tak tahan bau dia. Hmmm 😒
Sempena bukan musim durian, so suami cikgu pon bergembiralah bawak kami anak beranak masuk dusun ni. Kalau musim durian, mimpi jelah labu..hahah.
Entah macamana suami deal dengan owner dia yang lebih mesra dipanggil PakSu, kami dapat dua bilik tidur yang ada tandas di dalam. Harga satu bilik cuma rm60 sahaja. Jadinya, kami bayar rm120 untuk 2 bilik. Satu bilik tu ada 2 katil. Yang ni, cikgu bagi Razin dan Rafif duduk. Lagi satu bilik ada 3 katil untuk cikgu, suami dan Mek Nurin yang masih berkepit celah ketiak tu. Kikiki.
Ni bilik Razin dan Rafif
Ada shower dengan water heater jugak
Ni pulak bilik mama, abah dan Nurin. Besar sket bilik ni ada TV
Antara bilik cikgu dengan bilik anak ada ruang garaj mini yang ngam² muat kami parking kereta kami situ. Siap ada pagar untuk extra safety. Anak-anak kemain lagilah seronok. Feeling macam Cameron Highland pon ada sebab dikelilingi pokok-pokok bunga yang cantik. Ofkos cikgu tak lepaskan peluang buat photoshoot produk dengan bunga-bunga ni. Almaklumlah kat rumah cikgu takde pokok bunga. Pokok rumput adalah 😜
Menurut kata suami cikgu hasil perbincangan dia dengan staf PakSu, kalau musim buah, bolehla makan sepuas-puasnya buah dalam dusun. Macam biasalah, suami cikgu cerita je. Dia suka biaq cikgu berangan. Hahaha.
Di chalet ni, kebanyakannya adalah bilik tapi boleh juga nak sewa rumah kampung. Ni memang tipikal rumah kampung. So kalau nak feeling betoi² balik kampung kena amik rumah ni. Yang best siapa amik rumah ni, ada kolam renang menggunakan air sungai kat luar dia. Kolam ni sebenarnya boleh digunakan oleh semua pengunjung chalet tapi cikgu sekeluarga tak mandila kat kolam sebab kebetulan ada famili sewa rumah tu, jadi macam seganla plak. Lagi pon nak jaga SOP kan.
Suami cikgu tanya Pak Su berkaitan sungai. Sebab dia ada tengok iklan yang chalet ni ada sungai yang berdekatan. Selepas mereka meninjau lokasi sungai dengan menaiki motor, suami cikgu bawak kami naik kereta ke port mandi sungai yang berjarak kurang lebih 2km dari chalet. Sini memang betul-betul private. Kami anak beranak je mandi sini. Memang 'heaven'la. Puasla anak-anak termasuk mak bapak mandi sekali. Kikiki.
Nak mencari tempat makan pon tak susah sini. Lokasi pon tak jauh dari Kuala Sepetang. Kedai mee udang pon dah bukak. Apa lagi, minum petang kami pekena mee udang. Makan malam pulak kami makan di restoran Balqis Seafood. Rezeki makan malam ni ditaja salah seorang agen Taiping cikgu iaitu cikgu Zulyana. Tq Yana! Orang Taiping, boleh roger beliau kalau nak dapatkan produk Asmak. Di sekitar Taiping ni, masih belum banyak kedai yang boleh 'dine in'. Banyak yang hanya boleh 'take away'.
Orang Taiping boleh roger Puan Zulyana ye. Tu dia nombor kat banner dia rentang depan pintu lagi. Hehe 😁
Kat chalet ni korang boleh je nak barbeque, bakor² semua. Peralatan ada disediakan. Memang feeling habisla terutama waktu malam. Bunyi unggas dan mergastua menggamit kenangan berada di kampung. Lebih 9 bulan tak balik kampung oi!
Untuk sarapan pagi, disebabkan cikgu bawak set ready to eat dari Asfa Delight ni, so kami just panaskan guna microwave yang disediakan. Bekpes kami nasi beriani gam ayam dan nasi beriani daging gais! Haha. Sedap sampai menjilat pinggan. Siapa nak cuba, roger je cikgu ada jual. Sesuai sangat hangpa nak bawak bila bercuti camni.
Ok, buat yang nakkan percutian ala-ala kampung, santai dan nak melarikan diri dari kesibukan elokla korang ke sini. Boleh hubungi no tel kat gambar bawah ni ye.
Nak tengok port rahsia mandi sungai? Tengok video ni 😁
Psst..nak habaq ni, line telefon kat sini memang nyawa-nyawa ikan. Line internet lagilah. Tapi kalau keluar sket atau naik ke port mandi tu, line lebih baik. So, sesuai sangatla untuk melarikan diri dari asyik tengok skrin ja. Sesekali pandangla hijau-hijau plak ye dak? 😄
On the way balik, kami lalu laluan Trong. So berkesempatanla jumpa sorang lagi agen cikgu kat sana, Cik Fatin. Orang Kuala Trong boleh dapatkan produk Asmak dari cik Fatin Umiayu (011-25568184) ye. Tq Fatin bagi banyak buah tangan untuk meneruskan perjalanan. Suka anak-anak cikgu. Mak depa lagilah suka 😜
Masih mencari bisnes nak buat? Jom join cikgu. Produk Asmak produk bumiputera yang berkualiti dan mudah jual. Hubungi cikgu di talian 👇
Review My Dusun Stay @ Air Kuning Taiping
Reviewed by Teacher Basariah
on
Rabu, Oktober 06, 2021
Rating:
Reviewed by Teacher Basariah
on
Rabu, Oktober 06, 2021
Rating:







































Best dak
BalasPadamBest ❤️
PadamTerbaik
BalasPadamTerima kasih ❤️
Padam