Assalamualaikum
Rumah siap pahat masih berbunyi. Haha. Maaflah lambat baru sempat cikgu mengarang pengalaman untuk Asmak Grand Award 2022 ni.
Alhamdulillah 6 tahun bersama Asmak, masih setia sehingga kini. Asmak pilihan yang tepat buat kami sekeluarga.
Trobek...
6 tahun lalu cikgu bermodalkan cuma rm280 sebagai agen. Masa tu Asmak cuma ada Minyak Herba Asmak. Orang pon tak pernah tahu tentang minyak ni. Minyak ni pon masa tu takde kotak cantik macam sekarang ni. Bukan senang nak yakinkan orang yang hanya melalui sapuan, batuk, selesema, asma boleh hilang.
Cikgu mula dengan cuba minyak ni untuk anak sendiri. Teringat lagi masa tu, setiap bulan mesti kena ke klinik. Anak-anak asyik kena batuk, selesema dan demam bersilih ganti. Risau tengok diorang masa tu. Kecik lagi nak kena sumbat pelbagai jenis ubat. Dahla siksa nak boleh bagi makan ubat tu pon.
Berkesannya minyak ni dan serasi dengan anak-anak cikgu, selepas tu diorang cepat lega batuk, selesema. Demam pon dah jarang. Minyak ni hanya sapu luaran saja dah kesan macam ni. Wow sangat! Masa ni, cikgu memang tekad nak perkenalkan minyak ni kepada lebih ramai orang. Nak berkongsi alternatif yang boleh bantu sembuhkan baby terutamanya tanpa perlu telan ubat.
Mula tu ingat minyak ni hanya untuk batuk selesema je. Tak sangka lepas tu satu demi satu feedback positif cikgu terima. Buasir kecut, luka cepat lega, sakit gigi hilang, senggugut tiada lagi, sakit lutut dan berkurang dan macam-macam lagilah. Syukur sangat-sangat.
Dengan izin Allah produk Asmak ni sekarang dah makin ramai yang tahu. Dari 3 angka jualan ke 4 angka. Dari 4 ke 5 angka dan tak sangka dah capai pon 6 angka tahun lepas. Doakan jualan cikgu tahun ni dapat capai 7 angka pula ya.
Anugerah Leader Harapan (Stokis Premium)
Pelbagai suka dan duka diharungi sepanjang 6 tahun ini. Pengalaman dan ilmu yang tidak ternilai sentiasa dikongsi oleh Puan Nor Fazilah Abd Mohd dan suami beliau Encik Mohd Selodi Md Ghazali, tidak dilupakan penasihat Asmak, Tuan Sahar Sahar dan team staf HQ. Terlalu banyak bantuan dan sokongan yang diberikan dari dulu hingga kini. Sifat merendah diri founder selalu cikgu idolakan dan akan cikgu usaha jadikan ikutan. Semoga menjadi resmi padi, makin berisi, makin menunduk ke bumi.
Terima kasih buat suami cikgu, Muhammad Nasron Abdullah yang sentiasa menyokong perjuangan dan sentiasa setia di sisi saat baru mula melangkah sehingga kini. Apa yang kami dapat hari ini adalah baru permulaan. Doakan kami dapat melangkah lebih jauh untuk membantu lebih ramai orang.
Bersama suami yang sentiasa menjadi penyokong usaha cikgu selama ni. Terima kasih abang ♥️
Tahniah buat beberapa orang agen dari team cikgu, The Spartans yang terpilih untuk menerima anugerah tahun ini. Antaranya:
1. Rizmanadia (Agen Ipoh)
- anugerah agen comeback
- anugerah agen harapan
2. Nur Syuhada (Agen Pokok Sena)
- anugerah agen comeback
- anugerah agen harapan
3. Zulyana (Agen Taiping)
- anugerah Asmak Rising Star
Disebabkan semua ada masalah tak dapat hadir, cikgu bantu ambilkan hadiah mereka
Bergambar sebelah bunting ada muka sendiri. hihi.
Terima kasih buat keluarga, sahabat handai, rakan bisnes The Spartans, para pelanggan Asmak yang sentiasa bersama kami. Doakan kejayaan kami ya. Semoga kita menjadi hamba Allah yang kaya, berjaya, bertakwa dunia dan akhirat ❤️❤️❤️
Meh cikgu belanja sedikit sedutan tips bisnes dari Tuan Sahar Sahad dan juga sesi perasmian Asmak Malaysia beserta lagu Asmak. Jemput tonton ya 👇
#AsmakGrandAward2020
#TheSpartansAsmak
#AsmakMenjadikanHidupLebihBaik
#WeAreFamily
#AgresifProgresifProduktifBeraniMelangkah
Asmak Grand Award 2022
Reviewed by Teacher Basariah
on
Sabtu, Mac 05, 2022
Rating:
Tiada ulasan: