Seo Services

Kebaikan habbatussauda mengikut pandangan ulama

Menurut Ibn Hajar al-Ê»Asqalani, habbatussauda’ dapat mencegah penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kesejukan. Antaranya, apabila biji habbatussauda’ dihancurkan dan dibalutkan dengan kain sehingga mengeluarkan aroma, maka aromanya boleh membantu menyembuhkan orang yang menghidapi selsema akibat cuaca yang sejuk. Selain itu, habbatussauda’ yang telah dimasak bersama cuka dan berkumur dengannya maka ia mampu meredakan sakit gigi. [1]

Begitu banyak manfaat daripada habbatussauda’ yang boleh digunakan oleh manusia. Sebagaimana yang telah disebutkan di dalam kitab-kitab syarah hadis. Walaupun begitu, perkara ini bukanlah membawa maksud habbatussauda’ ini boleh menyembuhkan kesemua penyakit yang terdapat di bumi.

Dalam menjelaskan lafaz ini, Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan pandangan al-Khattabi yang menyatakan bahawa lafaz “penawar bagi segala penyakit” adalah lafaz yang bersifat umum tetapi membawa maksud yang khusus. Hal ini kerana menurut Imam al-Khattabi, tidak ada satu pun tumbuhan yang diciptakan oleh Allah SWT di dunia ini yang terkumpul di dalamnya semua manfaat bagi tujuan perubatan. [2]

Ibn al-Qayyim pula menyebutkan bahawa habbatussauda’ sangat bermanfaat untuk merawat penyakit-penyakit yang bersifat sejuk. Selain itu, ia juga boleh merawat penyakit yang bersifat panas lagi kering disebabkan faktor tertentu. Bahkan, tidak mustahil bagi ubat yang bersifat panas untuk digunakan pada penyakit yang juga bersifat panas secara khusus. Kerana telah banyak bukti ubat-ubatan yang bersifat panas mampu mengubati penyakit yang juga bersifat panas. Contohnya, al-kibriit (belerang) yang bersifat panas mampu merawat penyakit panau ataupun kegatalan. [3]

Ibn Battal dan Abu Jamrah pula berpandangan dengan keumuman lafaz hadis tersebut, namun kaedah perawatan menggunakan habbatussauda’ adalah berbeza mengikut kesesuaian penyakit. [4]

Namun begitu, para ulama berbeza pandangan dalam menyebutkan fungsi habbatussauda’. Sebahagian menyatakan hanya boleh menggunakannya bagi rawatan terhadap penyakit-penyakit yang disebabkan sejuk. Sebahagian yang lain pula mengatakan boleh digunakan bagi merawat penyakit yang disebabkan faktor kesejukan ataupun panas. Terdapat sebahagian lagi yang berpandangan dengan keumuman lafaz hadis tersebut tetapi tertakluk kepada perincian-perincian tertentu. Walau bagaimanapun, mereka berbeza pandangan dalam satu sudut tetapi setiap pandangan tersebut mempunyai satu titik temu iaitu habbatussauda’ yang dimaksudkan dalam hadis ini tidak sesuai sebagai penawar segala penyakit.


0135819100 Rabiahtun
Kebaikan habbatussauda mengikut pandangan ulama Kebaikan habbatussauda mengikut pandangan ulama Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Jun 27, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.