Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog cikgu. Hari ini cikgu nak berkongsi dengan anda semua tentang satu perkara yang cikgu rasa kita semua patut tahu dan ambil tahu serta atasinya. Petikan ini cikgu kongsikan melalui sebuah buku hasil penulisan Dr. Norman Mohd Norawi yang berjudul 'Gula Racun Putih'.
"Di antara perkara yang tidak kita sedari adalah gula tersembunyi yang banyak di dalam makanan. Hampir semua makanan proses menggunakan gula. Kuih-muih, kek, biskut, coklat, pastri dan sebagainya amat kaya dengan gula. Minuman bergas dan juga kordial juga mengandungi gula yang tinggi. Tahukah anda bahawa minuman 3-dalam-1 sarat dengan gula. Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi tiga hingga empat sudu teh gula. Bayangkan, jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan minuman ini sehari, anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan oleh WHO. Ini belum lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan biasa anda.
Seiring dengannya adalah peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik lain seperti sakit jantung, masalah kolestrol, darah tinggi dan sebagainya. Gula yang berlebihan yang diambil akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh manusia. Kadang-kadang kita terkeliru kerana menyangka lemak atau minyaklah menjadi punca kepada masalah kegemukan.
Justeru itu, pemanis gantian dicipta sebagai satu alternatif kepada sesiapa yang inginkan rasa manis tetapi tidak mahukan kalori yang berlebihan daripada gula biasa. Pemanis gantian ini mempunyai rasa yang manis tetapi mempunyai kalori yang rendah, oleh itu secara umumnya ia akan dikaitkan sebagai alternatif yang baik untuk menurunkan berat badan dan membantu pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darah."
Kami di Asmak ada mengeluarkan satu pemanis gantian yang dikenali sebagai 'stevia'. Stevia berada dalam kategori pemanis tidak berkalori yang asli atau natural. Anda nak ikhtiar kurangkan gula putih dalam amalan pemakanan seharian? Jom gantikan dengan Stevia Drop keluaran Asmak 😇
BACAAN GULA KEMBALI STABIL DENGAN STEVIA
Reviewed by Teacher Basariah
on
Selasa, September 13, 2022
Rating:
Tiada ulasan: