Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Tahukah anda? Kajian sains membuktikan bahawa habbatussauda sama ada dalam bentuk minyak atau bijian sangat membantu untuk menguatkan imuniti tubuh badan si pengamalnya.
KELEBIHAN BIJI HABBATUSSAUDA DAN MINYAK HABBATUSSAUDA
1. BIJI HABBATUSSAUDA - boleh dikunyah begitu sahaja atau ditumbuk halus dan dicampurkan dengan bahan lain. Namun begitu, dikhuatiri biji habbatussauda yang belum diproses mengandungi bahan-bahan seperti logam berat. Jika diamalkan secara berpanjangan, biji yang tidak dibersihkan terlebih dahulu mungkin memberi kesan negatif. Biji habbatussauda yang terbaik datang dari negara Mesir, dan sekiranya biji adalah berkualiti baik, hanya tujuh biji diperlukan setiap hari untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
2. MINYAK HABBATUSSAUDA - lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh. Minyak-minyak yang terbaik diproses dengan kaedah perahan sejuk iaitu diperah minyaknya tanpa menggunakan haba.
CARA PENGAMBILAN BIJI HABBATUSSAUDA DAN MINYAK HABBATUSSAUDA
- Di ambil sewaktu awal pagi dan malam kira-kira setengah jam sebelum makan
- Boleh dimakan secara terus ataupun dicampurkan sekali dengan makanan dan minuman
- Ambilan setiap hari akan memberikan hasil yang lebih baik
- Sukatan adalah sebanyak 6 kali pam minyak habbatussauda bagi setiap pengambilan atau bersamaan lebih kurang setengah sudu teh bagi biji habbatussauda.
- Digalakkan untuk mengambil lebih minyak habbatussauda sekiranya anda mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
Jangan lupa amalkan yaa. Asmak Go Natural For a Better Life!
CARA PENGAMBILAN MINYAK DAN BIJI HABBATUSSAUDA
Reviewed by Teacher Basariah
on
Khamis, September 29, 2022
Rating:
Tiada ulasan: