Seo Services

Review Pusat Rekreasi Gunung Lang

Assalamualaikum

Selamat pagi korang! Alhamdulillah semalam berkesempatan ke Ipoh bawak anak jalan-jalan.

Sempat pulak ziarah agen Ipoh, agen Rizmanadia yang baru sahaja selamat melahirkan bayi. Tahniah!

Perancangan asal, nak terus ke Mydin jalan-jalan cari makan dan cari barang, tup-tup nampak signboard ke Pusat Rekreasi Gunung Lang ni. Maka cikgu bagitau suami supaya terusla follow signboard dan sampailah kami ke sini.

Ramai juga orang. Masa cikgu sekeluarga sampai dalam jam 4 petang camtu. Syukur hari tak panas. Nampak macam mendung nak hujan. Adala rintik kejap. Nampak orang ramai kat kawasan jeti, so kami terus ke petting zoo dlu nak bagi Razin, Rafif dan Nurin merasa main-main dengan haiwan. Murah je tiket masuk. Rm6 seorang dewasa dan kanak-kanak 2 tahun ke atas. Bawah dari tu free je.

Haiwan takdelah banyak sangat tapi bolehla nak bagi anak-anak belajar pegang dan kenal. Berbaloila dengan harganya. Kalau nak bagi haiwan makan, bolehla beli makanan dia kat situ. Dalam rm2 sebungkus ikut jenis haiwan kita nak bagi.

Kemudian Nurin dah start teringat tempat mainan kat depan jeti. Tarik tangan dan mula ajak keluar. Stop kejap beli air kat luar petting zoo ni. Harga makanan dan minuman pon masih affordable tak mahal macam kebanyakan pusat rekreasi lain. Macam air pon dalam rm2-rm3 sebekas dan bekas dia panjang ye. Puasla minum.

Cikgu pon bawakla Nurin ke tempat mainan. Sekali jenis panjat yang bukan macam biasa. Selaku seorang yang gayat, dia tak berjayalah nak panjat. Haha. Start tarik muka masam bila abang-abang dia berjaya panjat. Dah nampak muka kecewa tu, cikgu ajak ke jeti. Plan nak tengok apa yang best je. Takde pon nak naik bot. 

Bila sampai tengok eh, tak ramai orang. Macam best je kalau naik ni. Bot akhir jam 5 petang. Cikgu beli tiket jam 4.45 ptg. Kikiki. Kiranya kami akan jadi pelanggan akhir bot hari ni. Dewasa rm3, kanak-kanak 13 tahun ke bawah rm1.50.  Murah kan?

Udara memang fresh sangat. Perjalanan naik bot tak lama pon. Dalam 5 minit camtu je. Sampai tu disambut monyet-monyet yang keriangan tengok orang datang. Kihkih.

Kawasan agak besar, ada tandas, surau yang bersih. Banyak tempat untuk duduk rehat-rehat menikmati pemandangan. Cuma elakkan bawak makanan dan tinggalkan sebab monyet memang sibuk je nak amik nanti.

Kami solat asar kat sini kemudian Nurin dan Rafif seronokla main kat tempat mainan dia sebab besar dan orang dah tak ramai. Razin pula pergi bagi makan ikan. Makanan ikan dijual antara rm1-rm2 masa kat kaunter tiket tadi.

Jam 5.45 petang dah bunyi siren ajak balik sebab bot terakhir keluar dari pulau tu jam 6 petang. Alhamdulillah walau sekejap je tapi best. Tak sempat nak tour abis pon. Siapa suruh datang lambat kan? Haha. Next time boleh datang lagi.


Nurin dah wirid lapar pulak. Jadi kami Mydin Meru pulak untuk sesi shopping dan jalan-jalan cari makan. Solat maghrib dan Isyak kat sini je baru gerak balik. Tapi yang tak sangkanya, ada pulak team petting zoo dari Sg Klah datang bawak haiwan peliharaan diorang kat Mydin ni. Sekali lagi Nurin dan Rafif main binatang. Razin tengok je sebab dah puas main katanya 😝






























Buat korang yang nak ke Ipoh tu, cikgu rekemenla datang ke Gunung Lang ni. Memang puas hati. Bayaran pon takdela mahal sangat. 😃

Eh, nak info ni, esok ada promo sempena birthday cikgu tau.  Kalau berminat korang hubungi je nombor cikgu kat bawah sekali tu atau boleh klik link wasap untuk terus order ya www.wasap.my/60105369100/promo+birthdat ATAU www.wasap.my/60135819100/promo+birthday


0135819100 Cikgu Basariah
Review Pusat Rekreasi Gunung Lang Review Pusat Rekreasi Gunung Lang Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, November 06, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.