Seo Services

AYAM MASAK MERAH ASMAK

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin! Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.

Pada hari ini, saya ingin kongsikan resepi menu ayam masak merah menggunakan Stevia dan Pure Himalayan Pink Salt keluaran Asmak. Jom kita dahulu senarai bahan-bahan masakan yang perlu ada!





Bahan-bahannya:

1. Cili boh
2. Daun sup
3. Puri tomato
4. Ayam
5. 1 biji bawang Holland
6. 4 biji bawang merah
7. 4 ulas bawang putih
8. 1 batang serai
9. 1/2 halia
10. Stevia 
11. Pure Himalayan Pink Salt 

Sekarang mari kita tengok langkah-langkah penyediaan ayam masak merah ini:

1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit air.
2. Lumurkan ayam yang telah dibasuh dengan serbuk kunyit dan Pure Himalayan Pink Salt.
3. Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak yang secukupnya untuk menggoreng ayam.
4. Setelah selesai menggoreng, toskan ayam.
5. Kurangkan minyak di dalam kuali tadi untuk kita menumis bahan-bahan kisar.
6. Masukkan 4 sudu cili boh dan masak sehingga pecah minyak.
7. Masukkan 2 sudu puri tomato dan gaul sehingga sebati.
8. Masukkan sedikit air.
9. Masukkan Pure Himalayan Pink Salt secukup rasa dan gaul sehingga sebati.
10. Tutupkan api dan titiskan 3 titik Stevia.
11. Masukkan bawang Holland, serai dan ayam.
12. Gaul sehingga sebati.

Ada yang berminat ingin dapatkan Stevia dan Pure Himalayan Pink Salt? Nak dapatkan produk Asmak yang lain? Boleh datang ke sini 😊  
  
Asmak Distribution Centre Teluk Intan   
  
Atau   
  
Boleh whatsapp dan kami sedia membantu anda 😁  
  
AYAM MASAK MERAH ASMAK AYAM MASAK MERAH ASMAK Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 05, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.