Seo Services

Pengurusan Diet Hati Berlemak

Assalamualaikum dan selamat petang semuanya 😊. Lagi sehari sahaja untuk anak-anak kita bersekolah dan akan bercuti panjang. Apa plan nak bawa anak-anak pergi makan angin? 😁. Cikgu doakan korang sentiasa di lindungi ya. Hari ini, cikgu nak bercerita sedikit tentang pengurusan diet hati berlemak.

Di Malaysia, sebanyak 25% populasi mempuyai penyakit hati berlemak iaitu sejenis keradangan hati disebabkan pemkanan yang tidak sihat. Jika penyakit itu dibiarkan tanpa rawatan ,ia boleh menyebabkan keradangan dan parut pada hati, seterusnya membawa kepada kerosakkan hati. Rwatan yang paling berkesan untuk penyakit ini adalah pengubahsuaian amalan hidup sihat.

Amalan Hidup Sihat

1. pengurusan berat badan
    
Penghidap hati berlemak yang obes atau berlebihan berat badan digalakkan untuk menurunkan berat badan secara berperingkat ( tidak melebihi 1kg seminggu ). Keperluan kelori untuk penurunan berat badan bagi lelaki ialah 1200-1500kcal sehari bagi perempuan ialah 1000-1200 sehari.

2. Diet Mediterranean

Diet ini tinggi dengan bajirin penuh (beras perang , oat ,millet,quinoa,bihun jenis beras perang) sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, produk tenusu dan ikan. Minyak zaitun sebagai sumber utama minyak masak. Pengambilan daging merah,daging proses dan gula tidak digalakkan

3. Aktiviti Fizikal

Melakukan aktiviti sekurang-kurangnya 150 aktiviti fizikal intensi sederhana sepanjang minggu atau sekurang-kurangnya 75 minit aktiviti intensiti tinggi.



Jom amalkan pemakanan yang sihat untuk memastikan tubuh badan kita terhindar dari segala penyakit yang akan menjadi ancaman kepada diri kita.

Boleh tekan link di bawah ya 😁 untuk apa-apa penjelasan. Kami sedia membantu anda.  


Ada yang berminat nak mencuba-cuba tapi tidak mahu membeli lagi? Jangan risau,  boleh terus datang ke Pusat Edaran Asmak kami di Teluk Intan ya 😁 untuk mencuba sampel secara percuma. 

Asmak Distribution Centre Teluk Intan




Pengurusan Diet Hati Berlemak Pengurusan Diet Hati Berlemak Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Disember 08, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.