Seo Services

Penjagaan Rambut

Assalamualaikum & salam hujung minggu semua.
Pada hari ini, saya akan kongsikan beberapa tips penjagaan rambut. Untuk memastikan rambut anda lembut mulus dan berkilat, ianya bergantung kepada cara membasuh rambut dan produk yang digunakan oleh anda. Ikutilah beberapa langkah mudah ini dari ahli dermatologi.

1. Basuh rambut yang berminyak sekerap mungkin.

Kekerapan membasuh rambut bergantung kepada kuantiti minyak yang dihasilkan oleh kulit kepala anda. Jika kulit kepala anda sangat berminyak, anda mungkin perlu membasuhnya setiap dua hari sekali. Jika rambut anda kering, di mana anda sedang melakukan rawatan kimia, anda mungkin perlu membasuh rambut secara kurang kerap. Tetapi jika anda dapati kepingan-kepingan putih atas kepala anda, itu bermakna anda kurang membasuh rambut sehingga menyebabkan masalah kelemumur atau masalah kulit kepala yang lain.

2. Fokus syampu ke atas kulit kepala.

Ketika membasuh rambut, pastikan syampu dipakai atas kulit kepala terutamanya untuk membersihkan kotoran di atas kulit kepala.

3. Gunakan perapi (conditoner) selepas menggunakan syampu.

Perapi berfungsi sebagai membaiki kerosakan rambut dengan mengilatkan rambut, menguatkan akar rambut, dan mengurangkan caj elektrik statik. Perapi hendaklah dipakaikan di hujung rambut bukan di atas kulit kepala.

4. Pilih syampu dan perapi yang sesuai dengan masalah rambut dan kulit kepala anda.


Baca terlebih dahulu kandungan dan manfaat produk tersebut atau anda boleh menyoalkan beberapa perkara untuk penjelasan dari ahli farmasi.

Nak beritahu juga sini yang Asmak ada keluarkan tiga produk khas untuk rambut anda semua.

Syampu Bunga Raya Plus




Sevenis Hair Oil



Advance Hair Oil with Serum



Boleh tekan link di bawah ya 😁 untuk apa-apa penjelasan. Kami sedia membantu anda.   
 
 
Ada yang berminat nak mencuba-cuba tapi tidak mahu membeli lagi? Jangan risau, boleh terus datang ke Pusat Edaran Asmak kami di Teluk Intan ya 😁 untuk mencuba sampel secara percuma.  
 
Asmak Distribution Centre Teluk Intan 
 
Anda ada  akaun Tik Tok? Jemput follow kami di sini, boleh juga jika anda ingin membeli dari Tik Tok! 
Penjagaan Rambut Penjagaan Rambut Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Disember 11, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.