Seo Services

Program Bersama Si Cilik Asmak Teluk Intan

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca blog cikgu.

Pada pagi Rabu ini, cikgu hendak membuat pengumuman bahawa pihak Asmak Distribution Centre Teluk Intan ingin menjemput ibu bapa atau penjaga yang mempunyai kanak-kanak yang berusia 5 hingga 12 tahun untuk menyertai program kami.

Sempena waktu cuti sekolah akhir tahun 2022 ini, kami ingin mengadakan Program Bersama Si Cilik. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan kembali suasana kemeriahan di kalangan kanak-kanak dan juga mengeratkan silaturahim antara mereka juga ibu bapa dan penjaga.



Tarikh: 16 Disember 2022
Hari: Jumaat
Masa: 8:30 a.m. - 11.00 a.m.
Tempat: Asmak Distribution Centre Teluk Intan


Antara pertandingan yang akan dipertandingkan:
👉 Batu Seremban
👉 Mencari barang tersembunyi dalam gambar lukisan
👉 Monopoli / Dam


Sila tekan link di bawah untuk mengisi maklumat pendaftaran anda.

Sila hubungi Cik Izan untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya.

Jom daftar segera! Terhad kepada 15 penyertaan awal sahaja.

Program Bersama Si Cilik Asmak Teluk Intan Program Bersama Si Cilik Asmak Teluk Intan Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Disember 14, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.