Seo Services

Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum & selamat pagi buat para pembaca blog cikgu Ayu. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan baik. Pada hari Ahad ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai surah Al-Kahfi. Surah Al Kahfi ini merupakan surah yang diturunkan di Kota Mekkah. Surah ini terdiri atas 110 ayat dan utamanya penceritaan tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Cerita ini mengajar kita dengan erti nilai kesabaran, keimanan, dan konsep relativity of time & the variety of the world.

Sabda Nabi Muhammad SAW; "Sejak Adam dijadikan Nabi Adam hingga akhir dunia, tidak ada satu pun fitnah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal."

Golongan yang Selamat

Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk ke neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk ke syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh  tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk ke neraka." Sahabat bertanya, mana yang selamat? Nabi SAW menjawab; "Mereka adalah jamaah." (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaa). Riwayat Ibnu Majah

Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yang tetap berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sahabat dan salafussoleh atau pun yang distilahkan oleh para ulama dengan golongan "Ahlus Sunnah wal Jamaah". Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.

Dalam menghadapi ujian yang berat, Nabi SAW menasihati kita untuk membaca dan menghafal surah Al-Kahfi.

Nabi SAW bersabda antaranya:

1. "Barangsiapa yang menghafal 10 ayat awal dari Surah Al-Kahfi [ayat 1-10], maka pasti dia akan dilindungi dari Dajal." [Fitnah dan tipu daya]

2. "Barangsiapa membaca 10 ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi [ayat 101-110], maka itu adalah perlindungan baginya dari fitnah Dajal."

3. Barangsiapa membaca satu surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan dilindungi dari setiap fitnah selama lapan hari walaupun ia adalah fitnah jika Dajal dikeluarkan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan surah AL-Kahfi ini dalam kehidupan kita. Semoga kita dilindungi dari fitnah Dajal, aaminn.



Surah Al-Kahfi Surah Al-Kahfi Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Disember 18, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.