Seo Services

Bisnes juga Ibadah

Kita yang dapat peluang berbisnes ni memang bertuah. Dikurniakan peluang untuk buat banyak kebajikan. 
.
Jangan sesekali menpersia2kan rezeki, peluang dan ruang yang diberikan kepada kita. 
.
1. Jangan lupa bersyukur kita yang terpilih. Selalu mendoakan semoga segala usaha dan niat kita sentiasa berada di landasanNya. 
.
2. Jangan kerana kita berbisnes, semakin menebal perasaan riak, sombong dan takabbur. Jangan sesekali nak menunjuk hebat, nak merasa diri hebat dan memandang rendah orang lain dek kerana kita buat bisnes yang baru sedikit diberikan kejayaan dan kesenangan. 
.
3. Kita buat bisnes jangan sampai bisnes buat kita. Masa 24 jam kita uruskan sebaiknya agar urusan kita dengan Allah terjaga. Keutamaan ini jika dipelihara, segala urusan akan jadi mudah. Tak ada alasan boleh diterima konon kita sibuk berbisnes maka kita alpa yang utama. 
.
4. Tujuan kita diwujudkan untuk beribadat. Cabang ibadat ini luas. Nak masuk syurga pun ada banyak pintu yang luas. Jom jadikan urusan kita berbisnes ni asbab kita menempah tiket di sana. Jangan jadi sebaliknya. Sentiasa beringat agar jangan terbabas.
.
5. Dugaan wang ringgit dan keuntungan dunia ke atas orang bisnes memang hebat. Tu yang ramai semakin tersasar tak kurang yang terus tersesat. Sentiasa beringat. 
.
6. Kita beramal, beristighfar, berselawat bukan kerana nak tuntut janji ALLAH turun rezeki, beri kesenangan dunia dan seumpamanya. Jaga akidah. Kita yang banyak berhutang dengan Dia sebenarnya. Bukan kita pulak yang asyik menuntut, siapa kita? Guna rutin dan hidup kita sebagai orang berbisnes untuk melunaskan hutang dan memenuhi tanggungjawab kita sepenuhnya. 
.
Bersyukur sentiasa kita berpeluang berbisnes. Jangan asyik merungut dan rasa tidak cukup. 
.
Selamat berbisnes. 
.
#saharsahad
#backtobasics
#ilmuteknikalbisnes
#entrepreneurshipisalifestyle
#sidang
#Silibus




Jom dapatkan produk asmak sekarang dengan cikgu Ayu! 😁

Boleh whatsapp kami dengan klik link di bawah.


Nak terus datang ke centre kami? Boleh waze ya 😁

Asmak Distribution Centre Teluk Intan

Anda ada  akaun Tik Tok? Jom follow kami dan dapatkan pelbagai produk Asmak di shop Cikgu Ayu Asmak ya (^_^)

0135819100 Cikgu Basariah


0135819100 Cikgu Basariah
Bisnes juga Ibadah Bisnes juga Ibadah Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Januari 10, 2023 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.