Seo Services

KEKAL SIHAT DAN BERTENAGA SEPANJANG RAMADHAN DENGAN PENGAMBILAN MADU

KEKAL SIHAT DAN BERTENAGA SEPANJANG RAMADHAN DENGAN PENGAMBILAN MADU

Madu ataupun madu lebah, kita sudah sedia maklum akan khasiatnya. Banyak hadis Rasulullah yang mengkhabarkan tentang khasiat madu.

Antara hadis mengenai khasiat madu ialah:

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud ra bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Madu adalah penyembuh segala penyakit, sedang Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit di dalam dada.

Maka dari itu, hendaklah kalian berubat dengan dua penyembuh, iaitu Al-Quran dan Madu”.

H/R Ibnu Majah dan Hakim

Pengambilan madu sewaktu berpuasa dapat membantu :- 

1. Mengekalkan tenaga

Tenaga adalah perkara yang diperlukan tubuh supaya tidak lemah, letih dan lesu sepanjang berpuasa. Pengambilan tenaga boleh dipenuhi dengan makan madu ketika bersahur, yang mana dipercayai memenuhi keperluan tenaga sehingga waktu berbuka puasa. Madu juga boleh memenuhi keperluan cecair tubuh dan membantu badan daripada masalah dehidrasi semasa puasa.

2. Mengawal berat badan

Gunakan madu yang dicairkan dengan air suam, untuk membakar lemak yang masuk ke dalam badan kita. Dengan cara itu, lemak akan lebih mudah dibakar dan menjadi tenaga yang diperlukan oleh tubuh semasa berpuasa.

3. Mengimbangi metabolisma

Metabolisma tubuh akan berjalan lancar dan baik sekiranya mengambil madu yang dicampurkan dengan air. Jadi, cuba minum madu yang dicairkan dengan air suam ketika sahur. Ia boleh membantu tubuh mencerna nutrien yang terdapat dalam makanan yang diambil ketika sahur dan berbuka.

4. Mengatasi sembelit

Pergerakan usus akan menjadi lebih baik dengan pengambilan madu. Jika pergerakan usus kecil dan usus besar berfungsi dengan baik, maka masalah sembelit dapat dielakkan daripada berlaku sepanjang berpuasa Ramadan.

Sebagai pengganti gula, madu sangat mujarab untuk meningkatkan stamina. Menambahkan madu dalam pola makan seharian sebagai ganti gula dan pembekal tenaga yang dapat diserap oleh tubuh.

Madu mengandungi gula sederhana, protein, dan sedikit gula kompleks. Madu bersifat antibiotik, antiseptik, dan antifungal yang menghambat atau menghentikan pertumbuhan berbagai bakteri patogen, mikroorganisme, juga fungus.

Wahh...hebat kan madu ni. Patutla menjadi amalan harian Rasullullah. 

Sekarang ni tak susah untuk dapatkan madu di pasaran. Tapi pastikan yang asli ya

Macam mana nak pastikan madu tu asli atau tak? Tak payah susah² nak buat ujikaji bagai. Dapatkan madu dari Asmak. Confirm ori😉


Jom dapatkan produk asmak dengan cikgu Ayu sekarang! 😁

Boleh whatsapp kami dengan klik link di bawah.


Nak terus datang ke centre kami? Boleh waze ya 😁

Asmak Distribution Centre Teluk Intan

Anda ada  akaun Tik Tok? Jom follow kami dan dapatkan pelbagai produk Asmak di shop Cikgu Ayu Asmak ya (^_^)

0135819100 Cikgu Basariah
KEKAL SIHAT DAN BERTENAGA SEPANJANG RAMADHAN DENGAN PENGAMBILAN MADU KEKAL SIHAT DAN BERTENAGA SEPANJANG RAMADHAN DENGAN PENGAMBILAN MADU Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mei 03, 2023 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.