Seo Services

5 Mudarat Gula Berlebihan Pada Anak

Gula ada banyak jenis yer. Bukan gula putih dengan gula perang.

Antaranya;

  • gula putih/gula pasir
  • gula halus
  • gula perang
  • gula kelapa
  • gula kastor
  • gula merah
  • gula aising
  • gula melaka/gula kabung
  • sirap emas
  • gula hitam
  • sirap gula
Wah banyak sangat rupanya jenis gula ni yer. Tapi bukan ini jer.

Sekali cuba, nak lagi.

TAPI!

Ibu bapa tahu tak apa kesan apabila anak diberi makan terlalu banyak gula tak kira lah dalam bentuk gula-gula atau makanan manis lain?

Tahu ke tak tahu?

Kena ambil tahu tentang ni sebab ada segelintir yang tidak mengambil kisah tentang pemakanan anak terutamanya anak bawah usia 10 tahun.

Secara fitrahnya budak-budak kan memang gilakan makanan manis.

Kena ingat, bersederhana itu paling baik; kurang dan berlebihan tu sebaiknya dielakkan untuk manfaat diri sendiri.

Oleh itu, saya nak berkongsi 5 mudarat gula berlebihan pada anak;

1. Mengganggu proses belajar & melemahkan daya ingatan.

Sudah semestinya anak-anak perlukan gula ni untuk sumber tenaga.

Namun, ibu bapa perlulah ingat untuk pastikan sumber karbohidrat ni daripada sumber sihat.

Ada banyak lagi variasi karbohidrat yang jauh lebih sihat berbanding gula ni.

Ibu bapa kena hadkan pengambilan gula pemakanan harian anak sebab taknak nanti otak anak disabotaj.

Senang kata, pemberian gula putih berlebihan kepada anak sama seperti memberi toksik untuk ‘menjahanamkan’ fungsi otak.

Ketiga-tiga ni sangat berkait rapat dengan memori dan daya ingatan.

Sebab itu, ada banyak kes di mana anak alami kesukaran untuk ingat walaupun benda senang.

Nak fokus selama 10 minit pun sangat susah.

Saya menerima banyak soalan tentang kenapa anak walaupun dah hantar tuisyen, siap bayar tutor peribadi untuk ajar anak tapi macam tu je….mendatar tiada perubahan.

Duit beratus ringgit melayang macam itu sahaja, hasilnya tiada.

Masalah ini akan beri kesan kepada prestasi akademik anak di sekolah.

Mungkin boleh throwback balik apa yang ibu bapa beri anak makan sebab pemakanan ni menmpengaruhi perkembangan otak anak.


2. Risiko kesihatan seperti batuk, alergi, sakit tekak & imuniti lemah.

Pengambilan produk tenusu contohnya susu berperisa manis bersama dengan makanan bergula tinggi akan akibatkan berlakunya pedih ulu hati.

Serta rasa tidak selesa di bahagian tekak seolah-olah macam mual nak muntah.

Juga batuk dan alahan.

Terdapat mukus berlebihan, kerap selesema, dan adanya simptom jangkitan 

sinus.


Memang tak hairan lah kerana terdapat banyak penambahan rantaian makanan segera dan convenience store di seluruh negara bak cendawan tumbuh selepas hujan.


3. Gigi rosak & cenderung mendapat diabetes pada usia muda.

Jangan dipandang rendah akan gula ni sebab bahayanya perlu diambil kisah oleh setiap individu.

Masalah kerosakan gigi dan gigi berlubang dalam kalangan kanak-kanak semakin hari semakin meningkat akibat tidak menjaga pengambilan gula.

Kadar obesiti di negara ini juga meningkat dari tahun ke tahun.

Tidak dinafikan sebab ada terlalu banyak variasi makanan menggiurkan serta bergula serba mewah.

Ada beberapa cara untuk kenalpasti jika anak tuan puan ni sudah ketagihan gula;

  • Obses dengan makanan manis
  • Sanggup penuhi nafsu makanan manis
  • Ada ‘tempat rahsia’ simpan stok makanan manis
  • Tidak suka minum air kosong
  • Makan biarpun tak lapar

Ingat, biar mulut manis tapi jangan kencing manis….

Sebelum nak bagi anak manisan tu fikirkan terlebih dahulu mengenai kesihatan dan masa depan anak nanti.

.

.

.

4. Sukar dikawal, anak jadi hiperaktif & risiko sawan.

Dalam konteks anak, berlebihan memakan gula ni boleh sebabkan faktor sugar rush dalam kalangan kanak-kanak apabila mengambil terlalu banyak makanan tinggi gula.

Jadi hiperaktif, tak boleh duduk diam dan memang susah sangat nak kawal perangai anak ketika ni.

Juga berpotensi untuk risiko terkena sawan atau shock.

Jadi, berpada-padalah ketika beri anak makan donut sprinkle atau boba tea.

Sekali sekala boleh makan, tapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian pula.

5. Kurangnya minat & selera terhadap makanan berkhasiat.

Apa yang anak makan tu mampu pengaruhi keupayaan anak untuk tahan godaan.

Sama macam kenapa perubahan diet sangat sukar bagi sesetengah orang.

Sebab itu penting untuk bagi latih anak makan banyak makanan berkhasiat contohnya sayur-sayuran.

Mereka akan tahu bezakan yang mana baik yang mana tak.

Tapi berbeza pula bila anak ni didedahkan dengan coklat bar dulu berbanding bayam.

Memang takkan pandang pun sayur tu, dibuangnya sayur tu senyap-senyap masuk tong sampah.

Tak boleh telan katanya…tak sedap…

Sebab tu penting untuk dedahkan mereka ketika masih kecil sebab time ni lah ibu bapa kena banyak hidangkan pelbagai jenis sayuran untuk bagi mereka biasa dengan rasa tu.

.

.

.

Kesimpulannya,

Ingatlah bahawa mengambil gula berlebihan ni lebih banyak mendatangkan KEBURUKAN berbanding kebaikan.

Agar boleh elakkan nasib malang seperti risiko terkena penyakit kronik pada usia setahun jagung.

Untuk jaga kesihatan tubuh dan serta otak tak kira lah ibu bapa mahupun anak-anak.




Sumber :https://neuroversiti.com/5-mudarat-gula-berlebihan-pada-anak/
0135819100 Cikgu Basariah
5 Mudarat Gula Berlebihan Pada Anak 5 Mudarat Gula Berlebihan Pada Anak Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 20, 2024 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.