TB atau tuberkulosis adalah dikenali dengan batuk kering. Batuk kering adalah jangkitan bakteria yang menyerang dan memusnahkan tisu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.
Apa itu tuberkulosis?
Penyakit tuberkulosis datang daripada jangkitan bakteria, tuberkulosis Mycobacterium (MTB) yang menyerang dan memusnahkan tisu, serta akan tersebar melalui udara.
Kebanyakan pesakit menghidap tuberkulosis laten, di mana terdapat bakteria TB yang ‘tidur’ atau belum aktif secara klinikal.
Bakteria TB akan mula menunjukkan simptom selepas jangka waktu tertentu iaitu antara beberapa minggu hingga beberapa tahun, dan hal ini bergantung kepada kesihatan pesakit.
Jika pesakit mempunyai sistem imun yang lemah (menghidap HIV, kanser atau kemoterapi), maka TB akan merebak dengan lebih cepat.
Penyakit ini biasanya memberi kesan kepada paru-paru tetapi ia juga boleh merebak ke tulang, nodus limfa, sistem saraf pusat, jantung, dan organ-organ lain.
Kebarangkalian batuk kering adalah…
Dalam sesetengah kes, tempoh inkubasi tuberkulosis adalah lebih pendek bagi pesakit yang memiliki sistem imun yang lemah.
TB boleh merebak dengan mudah sebaik sahaja penyakit ini mula berkembang menjadi aktif.
Berikut adalah mereka yang sering mengalami atau mempunyai risiko tuberkulosis yang tinggi, termasuk:
- Mempunyai HIV atau penyakit yang melemahkan sistem imun
- Mempunyai perhubungan rapat dengan mereka yang menghidap TB
- Mereka yang menjaga pesakit-pesakit TB (doktor atau jururawat)
- Menetap dan bekerja di tempat yang sama seperti pesakit-pesakit TB, seperti kem pelarian, klinik
- Mereka yang tinggal di kawasan dengan tahap kesihatan yang rendah
- Penyalahgunaan alkohol atau dadah
- Mengembara ke tempat-tempat di mana TB masih berleluasa. Kebanyakan mereka berada di negara-negara yang membangun seperti Amerika Latin, Afrika, Asia, Eropah Timur dan Rusia
Simptom
Simptom-simptom tuberkulosis adalah…
Dalam tempoh inkubasi, pesakit biasanya akan berasa normal. Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang simptom di peringkat ini, dan penyakit ini tidak merebak.
Sebaik sahaja TB mula berkembang menjadi penyakit aktif, simptom-simptom akan mula terbit.
Bergantung kepada organ-organ yang terjejas, simptom-simptom mungkin termasuk :
- Batuk yang berlarutan sehingga sekurang-kurangnya 3 minggu
- Batuk berdarah
- Sakit dada
- Demam
- Berpeluh di malam hari
- Kehilangan berat badan
- Kurang selera makan
- Keletihan
- Lemah
Simptom-simptom TB mungkin disebabkan oleh banyak penyakit lain yang berkaitan dengan paru-paru.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
ila saya harus berjumpa doktor?
Sila berjumpa dengan doktor jika badan anda terasa demam, kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan dan berpeluh di malam hari.
Paling penting, sila rujuk kepada doktor jika anda mengalami batuk yang berterusan selama 3 minggu berturut-turut.
Simptom ini biasanya adalah tanda tuberkulosis, tetapi ia juga boleh menjadi simptom kepada penyakit lain. Doktor anda boleh menjalankan ujian untuk menentukan sebabnya.
Jika anda mempunyai tanda dan simptom seperti disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.
Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Sentiasa berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat terbaik berhubung keadaan semasa anda.
Punca
Punca batuk kering adalah udara?
Ya, ia disebabkan oleh bakteria bernama Mycobacterium tuberculosis (MTB), yang tersebar melalui udara.
Penyakit ini mudah untuk dijangkiti jika berlakunya kontak dengan mereka yang mengalami TB, di mana udara yang disedut tercemar dengan bakteria MTB yang tersebar melalui batuk.
Selepas memasuki badan, virus itu akan menjadi tidak aktif, ia akan ‘tidur’ untuk beberapa waktu. Tempoh ini dikenali sebagai tempoh inkubasi.
Oleh sebab virus itu berada dalam keadaan tidak aktif, maka tiadanya simptom, dan ia tidak merebak.
Sekiranya anda mengambil ujian, anda masih akan mendapat keputusan yang positif meskipun tidak ada tanda-tanda sama sekali. Risiko terhadap TB dapat dikurangkan jika ia dapat dikesan awal dalam tempoh ini.
Walau bagaimanapun, dalam 10 yang dijangkiti virus MTB, akan ada satu kes di mana penyakit ini berkembang menjadi penyakit aktif.
Virus akan menyerang tubuh apabila sistem imun tidak dapat melawan mereka, atau virus tunggu sehingga sistem imun lemah (seperti pada orang tua, penghidap HIV).
Oleh itu, tempoh inkubasi adalah berbeza bagi setiap orang. Apabila bakteria mula aktif, ia akan berkembang di dalam paru-paru dan saluran darah, serta berhijrah ke bahagian lain badan.
Faktor risiko
Faktor risiko tuberkulosis adalah
Faktor-faktor tertentu boleh meningkatkan anda pada risiko tuberkulosis. Majoriti kes-kes batuk kering telah melemahkan sistem imun, termasuk:
- HIV/AIDS
- Diabetes
- Penyakit buah pinggang peringkat akhir
- Kanser tertentu
- Penyakit kekurangan zat makanan
- Mengikuti rawatan kanser, seperti kemoterapi
- Mengambil ubat-ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat arthritis rheumatoid, penyakit Crohn dan psoriasis
Jika tidak ada faktor risiko, itu tidak bermakna anda tidak akan sakit. Tanda-tanda ini hanya untuk rujukan sahaja. Anda perlu berunding dengan doktor pakar untuk maklumat lanjut.
Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit tuberkulosis didiagnosis?
Sekiranya anda mengalami batuk yang berlarutan, penurunan berat badan, atau demam yang tidak dapat dijelaskan, ia mungkin petanda kepada batuk kering.
Doktor anda akan bertanya tentang tempat tinggal anda, tempat kerja dan orang-orang yang rapat/kumpulan sosial untuk mengesan punca jangkitan TB.
Sejarah keputusan ujian kulit tuberkulosis, faktor risiko (terutamanya HIV), perjalanan dan kerja luar adalah beberapa penentu diagnosis TB.
Reaksi ujian kulit dengan unsur tuberkulosis (PPD) boleh dilakukan.
Untuk ujian ini, sejumlah kecil bakteria TB yang mengandungi protein disuntik ke dalam kulit di bawah lengan anda; bahagian bengkak akan diperiksa setelah 48-72 jam kemudian.
Saiz bahagian bengkak di lokasi yang disuntik menentukan ujian kulit tuberkulin positif atau tidak. Hasil positif biasanya bermakna bahawa orang itu telah dijangkiti TB.
Doktor anda juga boleh mengambil sampel X-ray dan sputum (kahak), darah atau air kencing untuk memeriksa kehadiran virus MTB. Ujian HIV juga boleh dilakukan.
Rawatan untuk pesakit tuberkulosis adalah…
Tuberkulosis boleh dirawat dengan mudah. Biasanya, anda mesti mengambil ubat selama 6 bulan atau lebih.
Rawatan yang betul sering melibatkan 3-4 antibiotik sehari. Anda akan berasa lebih baik selepas beberapa minggu.
Walau bagaimanapun, penyakit itu mungkin boleh berulang. Jadi, penting untuk anda teruskan pengambilan ubat walaupun simptom telah hilang.
Sekiranya pengambilan ubat dihentikan di awal rawatan, TB boleh kembali ekoran bakteria masih kekal di dalam badan.
Ia kemudiannya merebak ke bahagian lain badan serta kepada orang di sekeliling anda. Ahli keluarga dan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan anda perlu diuji.
Pencegahan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani batuk kering?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi tuberkulosis:
- Pengambilan ubat mengikut preskripsi doktor
- Menggunakan pill box untuk mengasingkan ubat anda mengikut hari
- Tanya doktor anda tentang kesan sampingan ubat
- Lakukan pemeriksaan semula pada masa yang telah ditetapkan
- Berhati-hati untuk tidak menyebarkan penyakit ini kepada orang lain
- Ikut arahan doktor tentang kebersihan
Hubungi doktor jika anda:
- Demam atau menggigil
- Bimbang tentang kesan ubat yang diberikan; apabila simptom-simptom atau keadaan anda semakin teruk walaupun setelah mengambil ubat
- Batuk anda disertai dengan kahak atau perubahan warna darah
http://www.wasap.my/60105369100/blog
0135819100 Cikgu Basariah
Sumber:HelloDoktor
Tiada ulasan: