Ibu bapa pasti gusar sekiranya bayi mereka mempunyai masalah kahak akibat daripada batuk dan selesema yang berterusan.
Jangan risau, teruskan membaca artikel ini kerana kami akan membantu anda mengenalpasti corak pernafasan bayi yang berkahak, punca ia berlaku dan cara untuk mengelaknya.
5 Corak Pernafasan Bayi Berkahak
Kebiasaanya, anda tidak perlu risau jika nafas bayi anda berbunyi kerana ia normal bagi bayi untuk mengeluarkan bunyi terutama sekali ketika sedang tidur.
Namun, terdapat beberapa corak pernafasan bayi yang perlu dikhawatirkan kerana ia mungkin memberi tanda bahawa bayi tersebut mempunyai masalah kahak.
Mari kita teliti 5 corak pernafasan bayi berkahak agar anda boleh boleh mengenalpati gejalanya dengan awal dan mendapatkan rawatan segera.
Bunyi berdehit
Sekiranya pernafasan bayi anda bunyi berdehit, ia menandakan saluran bronkus bayi tersebut tersumbat.
Keadaan ini perlu diubati dengan segera untuk mengelakkan bayi membesar dengan penyakit asma.
Batuk yang serak
Masalah batuk yang serak boleh berlaku kerana kotak suara atau larinks bayi tersumbat. Ia juga boleh terjadi kerana terdapat hingus yang berlebihan dalam salur udara.
Corak pernafasan ini berbahaya dan perlu dirawat segera kerana jika dibiarkan, ia berkemungkinan akan mengakibatkan pelbagai komplikasi lain.
Batuk yang dalam
Bayi boleh mengalami batuk yang dalam apabila sebahagian besar bronkus (cabang trakea ke paru-paru) tersumbat. Ini juga akan menyebabkan pernafasan bayi berbunyi ketika tidur.
Bunyi berdesing/bersiul
Jika anda mendapati pernafasan bayi kedengaran seperti berdesing atau bersiul, ia bermakna hidungnya tersumbat.
Keadaan ini juga boleh berlaku kerana hingus atau susu. Bagi masalah ini, kebiasaannya doktor akan melakukan proses penyedutan hingus pada hidung bayi.
Pernafasan yang sukar dan kelihatan tercungap-cungap
Keadaan ini berlaku akibat kehadiran hingus atau mukus dalam paru-paru dan boleh mengakibatkan bayi sukar untuk bernafas.
Bukan itu sahaja, radang paru-paru (pneumonia) dan jangkitan paru-paru juga boleh mengakibatkan masalah ini.
Antara cara-cara yang anda boleh lakukan untuk memperhatikan corak pernafasan bayi anda adalah seperti:
- Letak telinga anda berhampiran dengan mulut dan hidung bayi ketika mereka sedang tidur
- Beri perhatian kepada dada bayi dalam tempoh masa seminggu untuk memperhatikan corak turun naik pernafasan bayi di dada
- Letak pipi anda di sebelah hidung dan mulut bayi untuk merasai kelembapan dan haba ketika mereka bernafas
Punca Utama Bayi Berkahak
Kahak atau phlegm merupakan cecair pekat yang hadir dalam pelbagai warna dan bergantung kepada tahap dan keadaan jangkitan seperti hijau, kuning atau jernih.
Kahak adalah lendir yang terjadi disebabkan saluran udara rendah dan ia berbeza daripada cecair lendir atau hingus yang keluar daripada hidung.
Kebiasaannya, kahak akan melekat pada selaput mukus yang terdapat pada saluran pernafasan, bermula daripada paru-paru ke rongga hidung.
Seterusnya, bunyi seperti mendengus yang dikeluarkan oleh bayi ketika mereka bernafas kebiasaannya adalah kerana mereka bernafas melalu hidung semata-mata.
Bunyi ini juga berkemungkinan terjadi apabila mereka menelan susu dan bernafas pada masa yang sama.
Selain itu, keadaan bayi yang belum mampu untuk menghembus keluar cecair dan bendalir yang ada dalam hidung mereka juga menyebabkan mereka mengeluarkan bunyi dengusan dan siulan.
Seterusnya, bunyi seperti “kroh-kroh” boleh terjadi apabila bendalir turun ke bahagian belakang tekak atau pharynx dan ia seolah-olah keluar daripada paru-paru.
Ini kerana, mukus juga boleh bergerak jauh ke kotak suara bayi (larynx) dan saluran pernafasan.
Oleh itu, jika anda letakkan tangan ke atas dada bayi, anda akan merasa getaran kecil iaitu getaran dari kotak suaranya.
Pernafasan bayi seperti di atas selalunya akan berlaku selama enam ke lapan minggu selepas dilahirkan dan akan hilang dengan sepenuhnya apabila mencecah 1 tahun.
Jadi, ibu bapa tidak perlulah risau kerana ia bukanlah satu masalah yangs serius.
Namun, sekiranya keadaan tersebut masih merisaukan anda, anda boleh membawa bayi berjumpa dengan doktor untuk memeriksa pernafasannnya.
Cara Mengatasi Kahak Bayi
Beri makanan berkhasiat kepada bayi
Jika bayi anda berusia lebih daripada enam bulan dan sudah boleh mengambil makanan pejal, tambahkan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayuran ke dalam pemakanan mereka.
Ini adalah salah satu cara yang bukan sahaja dapat menghilangkan kahak bayi tetapi juga boleh memberikan nutrisi tambahan ke dalam sistem imun badan untuk melawan kuman.
Penggunaan daun sirih
Ramai bersetuju bahawa alam semula jadi merupakan kaedah terbaik untuk dijadikan sebagai sumber rawatan.
Tahukah anda bahawa daun sirih juga boleh membantu menghilangkan kahak bayi? Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Melayurkan daun sirih kepada api dapur atau lilin.
- Anda disaran untuk menggunakan dua helai daun, satu untuk bahagian dada dan satu lagi untuk bahagian belakang badan bayi.
- Sapukan Vicks pada daun dan letakkan daun tersebut pada dada dan bahagian belakang badan si kecil apabila selesai melayur daun.
Hilangkan kahak bayi dengan tepuk percussion
Anda boleh melakukan kaedah ini di rumah tetapi adalah penting untuk anda mengetahui cara yang betul untuk melakukannya.
Pertama sekali, pastikan bayi tidak minum susu dalam tempoh masa 30 minit hingga sejam. Ini adalah untuk menghindari bayi daripada muntah.
Apa yang anda perlu lakukan bagi teknik ini adalah:
- Letakkan bantal di bawah perut bayi sebelum meletakkan bayi dalam posisi meniarap.
- Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala anak di bawah dan pastikan keadaan kaki mereka lurus.
- Bentukkan tapak tangan seperti cupping kemudian tepuk perlahan belakang bayi
- Teruskan tepukan percussion ini selama 15 minit untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru.
- Apabila selesai menepuk, kahak bayi biasanya akan keluar melalui batuk atau bersin.
Sedut kahak dengan syringe
Disebabkan bayi masih lagi belum pandai menghembus hidung mereka dengan sendiri, anda boleh menyedut keluar kahak dan bendalir berlebihan dengan menggunakan syringe.
Sebelum anda mula melakukannya, sediakan semangkuk air paip untuk membersihkan syringe tersebut. Pastikan juga tangan anda telah dicuci sebelum dan selepas melakukannya.
Akhir kata, bukan semua kaedah atau cara hilangkan kahak bayi akan berjaya dilakukan dengan mudah, namun sebagai ibu bapa, tidak salah untuk anda mencubanya.
Walau bagaimanapun, sebelum anda mencuba sebarang cara atau teknik di atas, anda dinasihatkan merujuk dan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan komplikasi.
Adakah anda sedang mencari produk penjagaan bayi untuk anak kesayangan?
Memperkenalkan TROPIKA Baby Herbal Cream. Produk ini sangat sesuai untuk menyelesaikan masalah si manja.
Sapuan di dada, perut, sendi serta tapak kaki bayi pada setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur akan membantu anak mengatasi masalah seperti:
- Kembung perutv
- Batuk
- Selsema
- Menggalakkan bayi tidur lebih nyenyak.
http://www.wasap.my/60105369100/blog
0135819100 Cikgu Basariah
Sumber :DuniaHerbs
Tiada ulasan: