Masalah lenguh atau penat pada bahagian kaki ini bukan sesuatu yang pelik.
Bukan setakat masalah untuk anda yang berusia malah anda yang masih muda belia juga terkesan dengan masalah ini terutama selepas bersenam atau bersukan dan paling kerap saat ‘window shopping’ di setiap ceruk ‘mall’, naik turun lrt dengan ‘hasil tangkapan’ yang penuh kiri kanan tangan.
Situasi di mana anda duduk atau berdiri lama akibat dari tuntutan kerja juga boleh jadi penyebab kaki anda lenguh dan penat.
Penyebab utamanya adalah berpunca dari perjalanan darah yang tidak lancar di bahagian arteri kaki.
Otot kaki tegang dan betis meregang secara berlebihan pun boleh jadi punca.
Apa pun kami ada tip untuk legakan jika kaki lenguh dan penat.
URUTAN
Cara yang kerap di lakukan untuk redakan lenguh dan penat pada kaki anda.
Cara mudah yang boleh di bantu oleh ahli keluarga anda melalui urutan perlahan bermula dari bahagian betis hingga ke tapak kaki bagi melancarkan kembali peredaran darah.
Boleh gunakan minyak zaitun, ‘body oil’ atau minyak urut untuk memudahkan lagi proses urutan anda.
TUAM AIS
Lutut kerap menjadi pusat rasa lenguh kaki.
Boleh cuba tuam sekeliling lutut dengan ais batu yang dibungkus dengan tuala kemudian tuam juga ke bahagian atas dan telapak kaki.
Lakukan selama 10 – 15 minit. Pastikan kaki anda dalam keadaan posisi yang lebih tinggi.
TIDUR DENGAN POSISI KAKI LEBIH TINGGI
Ketika anda tidur, cuba gunakan bantal untuk letakkan kaki sehingga kaki anda berada pada kedudukan yang tinggi.
Keadaan ini boleh membantu peredaran darah di kaki menjadi lebih lancar serta mampu mengurangkan tekanan pada kaki.
MINUMAN SUAM
Cuba minum minuman suam yang telah di campur madu dan lemon atau air rebusan halia.
Anda boleh juga cuba minum sesudu minyak ikan dengan segelas jus limau sebelum tidur.
Kaedah ini untuk membantu merehatkan tulang dan otot tubuh badan anda.
RENDAM KAKI
Sediakan sebesen air suam yang di tambah satu senduk garam biasa atau garam bukit.
Rendam kaki anda selama 15 – 20 minit.
GERAKAN
Jika kesakitan kaki anda sangat mencengkam seperti kebas, lakukan gerakan seperti mengali dengan jari anda pada bahagian yang sakit kemudian tahan selama 15 – 20 saat.
Setelah sakit semakin lega, regangkan otot otot kaki secara perlahan lahan.
LUMUR
Sediakan beberapa ulas halia muda dan bawang putih.
Buang kulitnya dan ditumbuk sehingga lumat dan sedikit berair.
Kemudian ramuan tersebut di lumur pada kaki yang lenguh.
Sebaiknya lakukan pada waktu malam dan biarkan semalaman.
Cuci bersih pada esoknya dan sapukan pula dengan sedikit minyak zaitun.
Amalkan setiap hari selama seminggu, rasa lenguh atau penat kaki anda akan lega.
http://www.wasap.my/60105369100/blog
0135819100 Cikgu Basariah
Sumber :DuniaHerbs
Tiada ulasan: