Seo Services

MANFAAT HABATUSSAUDA DARI PERSPEKTIF SAINS DAN PERUBATAN MODEN


MINYAK HABBATUS SAUDA, MANFAAT HABATUSSAUDA DARI PERSPEKTIF SAINS DAN PERUBATAN MODEN Habatussauda dikenali juga sebagai Black Seed, atau nama botani Nigella Sativa. Ia banyak tumbuh di negara Timur Tengah, persisiran laut Mediterranean dan negara-negara di Utara Afrika. Bijinya digunakan dalam masakan dan perubatan sejak sekian lama. Jadi ia dianggap sebagai tumbuhan yang selamat dan bermanfaat. Keistimewaan Habatussauda ini disebut dalam satu hadis iaitu “Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati “ (Sahih Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Sahih Muslim, Kitab al-Salam, hadis 2215). Dalam kitab Fathul Bari oleh Ibn Hajar al-Asqalani, menghuraikan kepada hadis ini menyebut beberapa kegunaan habbatussauda sebagai penawar. Antaranya ialah apabila ia dihancurkan menjadi serbuk dan dibalut dengan kain, kemudian dihidu aromanya, boleh membantu orang yang mengalami selsema akibat cuaca sejuk. Selain itu, turut disebutkan bahawa sekiranya Habbatussauda dimasak bersama-sama cuka, kemudian digunakan untuk berkumur, ia dapat membantu melegakan sakit gigi. Pada masa dahulu manfaat Habatussauda dan Minyak Habatussauda tidak dapat dibuktikan secara lebih ilmiah kerana tiada peralatan dan teknologi yang canggih. Kepercayaan masyarakat kepada habatussauda hanya berdasarkan keimanan mereka terhadap apa yang diperkatakan oleh hadis tersebut. Sekarang penyelidik dari pelbagai negara membuat kajian terhadap manfaat minyak habatussauda secara saintifik. Terdapat bahan aktif yang membuatkan habatussauda dan minyaknya bermanfaat, iaitu Thymoquinone (TQ), selainnya Thymol (T) dan Tetrahydroquinone (THQ). Bahan-bahan ini, terutamanya Thymoquinone (TQ) adalah bersifat antioksida, anti-keradangan dan anti-kanser. Ia juga bersifat immunomudulatory yang meningkatkan sistem daya tahan dan membantu pesakit auto-immune. Minyak habatussauda diakui memberikan kesan positif bagi mencegah kanser seperti kanser payudara, prostat dan kanser kolonorektal. Ia juga dapat membunuh kuman Helicobacter Pylori yang menyebabkan keradangan perut dan kuman "Methicillin Resistance Staphococcus Aerius (MRSA)" yang kebal terhadap antibiotic yang biasa diberikan oleh doktor. Jika diamalkan oleh pesakit kronik, "Non-Communicable Disease"(NCD) minyak habtaussauda dapat membantu mengawal tahap gula pada pesakit diabetes, merendahkan tekanan darah tinggi pada pesakit hipertensi, merendahkan tahap kolestrole bagi pesakit hiperkolestrolemia dan membantu menurunkan berat badan pada pesakit yang obese. Dari segi kecantikan pula minyak habatussauda digunakan untuk kecantikan kulit dan melebatkan rambut sejak zaman Tamadun Mesir Kuno. Rujukan: Woo CC1, Kumar AP, Sethi G, Tan KH. Thymoquinone: potential cure for inflammatory disorders and cancer. Biochem Pharmacol. 2012 Feb MINYAK HABBATUS SAUDA
0135819100 Cikgu Basariah
MANFAAT HABATUSSAUDA DARI PERSPEKTIF SAINS DAN PERUBATAN MODEN MANFAAT HABATUSSAUDA DARI PERSPEKTIF SAINS DAN PERUBATAN MODEN Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, November 15, 2024 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.