Seo Services
Results for Komik Asmak

Punca banjir

Isnin, Disember 27, 2021

Kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan adalah antara punca yang menyebabkan bencana alam menjadi lebih buruk dan mendatangkan kemusnahan besar.

Tanah runtuh dan banjir lumpur sering dikaitkan dengan kesan daripada kerakusan menjarah hasil hutan tanpa sebarang rasa tanggungjawab.

Justeru, nafsu serakah golongan kapitalis perlu dibendung untuk mengelak kejadian seperti itu daripada terus berulang pada masa hadapan.

#KomikAsmak


0135819100 Cikgu Basariah
Punca banjir Punca banjir Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 27, 2021 Rating: 5

Teguran yang lembut lebih sampai kehati

Khamis, Disember 23, 2021

Kalau kita tengok zaman sekarang ni rata-rata yang menegur atau menasihati orang lain dengan cara yang kasar, sindiran, nasihat panjang lebar, jenaka dan sebagainya terutama teguran-teguran yang dibuat di media sosial.

Menegur dan memberi nasihat merupakan tindakan yang amat diperintahkan oleh Islam. Untuk menegur atau menasihati seseorang perlulah ada strategi yang tepat agar teguran itu menghasilkan perubahan yang baik bagi orang yang ditegur.

#KomikAsmak



0135819100 Cikgu Basariah
Teguran yang lembut lebih sampai kehati Teguran yang lembut  lebih  sampai kehati Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Disember 23, 2021 Rating: 5

Hentikan buli

Ahad, November 14, 2021

Buli adalah perbuatan tingkah laku agresif yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain, dari segi fizikal, mental atau emosi.

Namun, perbuatan ini merupakan pilihan kita sendiri, sama ada untuk meneruskan atau menghentikannya.

Asmak pilih untuk hentikan buli. Anda pula bagaimana ?


#KomikAsmak

0135819100 Cikgu Basariah
Hentikan buli Hentikan buli Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, November 14, 2021 Rating: 5

Setiap dugaan ada hikmahnya

Khamis, Julai 08, 2021

Pandemik COVID-19 telah meninggalkan pelbagai kesan yang besar pada sektor ekonomi dan kesihatan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Namun, kelangsungan hidup haruslah diteruskan walau berbagai dugaan dan halangan datang melanda. Yakinlah bahawa disebalik setiap dugaan pasti ada hikmah-Nya.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Al-Insyirah :5)

#KomikAsmak



0135819100 Cikgu Basariah
Setiap dugaan ada hikmahnya Setiap dugaan ada hikmahnya Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 08, 2021 Rating: 5

Tegur dengan cara yang betul

Ahad, Julai 04, 2021
Tak salah menegur orang lain jika kita yakin ada kekurangan pada kata-kata atau perbuatannya. Saling ingat mengingatkan itu satu perkara mulia.

 Sebagai manusia biasa, ada kalanya ada yang akan terlepas cakap atau mungkin ada melakukan sesuatu yang mungkin mengguris hati orang lain.

Bagaimanapun, teguran harus dilakukan secara beradab dan kena pada masanya, selain mengemukakan pendapat yang boleh dipertimbangkan. 

Jangan sampai menegur orang lain biadab, tetapi hakikat sebenar cara kita yang menegur itu pun dikira tak beradab juga.

#KomikAsmak



0135819100 Cikgu Basariah
Tegur dengan cara yang betul Tegur dengan cara yang betul Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Julai 04, 2021 Rating: 5

Kenapa Bendera Putih?

Rabu, Jun 30, 2021
Menaikkan bendera putih bukanlah umpama kalah dalam peperangan, namun ianya adalah antara salah satu usaha juga. 

Usah malu untuk kibarkan bendera putih sekiranya anda dalam kesusahan dan benar - benar memerlukan.Sama-sama kita saling membantu orang-orang yang dalam kesulitan.

Dan sebaiknya usahlah di war-warkan siapa yang anda bantu di media sosial kerana mereka juga ada perasaan malu dan segan. Jika mahu sebarkan juga, tutuplah wajah, kaburkan lokasi dan sorokkan identiti penerima.

Sebaik-baik sedekah ialah tangan kanan memberi, sorokkan dari tangan kiri.

#KomikAsmak


0135819100 Cikgu Basariah
Kenapa Bendera Putih? Kenapa Bendera Putih? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Jun 30, 2021 Rating: 5

Setiap masalah ada penyelesaian

Khamis, Jun 24, 2021

Cari jalan penyelesaian adalah cara terbaik untuk selesaikan sesuatu masalah atau halangan. Fokus dan konsisten juga merupakan salah satu cara untuk mencapai kejayaan.

Jadi, teruskan berusaha. Cari salah pada diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain.

#Komikasmak



0135819100 Cikgu Basariah
Setiap masalah ada penyelesaian Setiap masalah ada penyelesaian Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Jun 24, 2021 Rating: 5

Sentiasa berwaspada dengan sekeliling

Isnin, Jun 21, 2021


Banyak aktiviti yang tidak boleh dilakukan seperti selalu disebabkan oleh Covid-19. Sekarang ni, bila duduk dekat dengan orang pun kita dah rasa tak selesa sebab kita tahu virus ini berada di mana-mana.
.
Bila ya agak-agaknya seluruh rakyat Malaysia akan divaksin sepenuhnya? 🤔 Apa-apa pun kita kena sentiasa berdoa semoga segala kesulitan ini akan berakhir. Amin🤲
.
#KomikAsmak

0135819100 Cikgu Basariah
Sentiasa berwaspada dengan sekeliling Sentiasa berwaspada dengan sekeliling Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Jun 21, 2021 Rating: 5

Bersikap impati dengn orang lain

Jumaat, Jun 04, 2021

Menghadapi lockdown penuh sektor sosial dan ekonomi bukan mudah bagi sesetengah orang.

Cuba fahami kesusahan orang lain dan bersifat empatilah sesama kita. Bersama-sama kita doakan agar fasa kesulitan ini akan berakhir. Amin 🤲🏻

#KomikAsmak




0135819100 Cikgu Basariah
Bersikap impati dengn orang lain Bersikap impati dengn orang lain Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Jun 04, 2021 Rating: 5

Bersama berjuang melawan Covid-19

Rabu, Jun 02, 2021
Perjuangan melawan Covid-19 bukanlah dilakukan berseorangan, ianya merupakan perjuangan kita bersama. Pelbagai peraturan telah ditetapkan untuk membanteras pandemik  ini.

Namun, terdapat juga segelintir di antara kita yang mementingkan diri melanggar usaha yang telah dijalankan ini. Kita sendiri mungkin tidak tahu bahawa kita sebenarnya adalah pembawa kepada penyakit ini. 

Jadi, sekiranya pergerakan merentas negeri ini diabaikan, kita mungkin akan menyebarkan penyakit ini kepada yang tersayang. Lebih-lebih lagi apabila berlaku kepada kedua orang tua kita. 

Kita tidak akan pernah menang melawan pandemik ini jika kita tidak bersatu. Tidak mustahil suatu hari nanti kita akan menang dan dapat melakukan aktiviti harian kita seperti biasa. 

#KomikAsmak


0135819100 Cikgu Basariah
Bersama berjuang melawan Covid-19 Bersama berjuang melawan Covid-19 Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Jun 02, 2021 Rating: 5

Pahala syahid bukan di medan perang sahaja

Selasa, Jun 01, 2021
Bersyukur Malaysia negara yang masih aman dan tidak perlu keluar berperang untuk mendapatkan syahid. 
Perjuangan kita hanya menentang sekecil-kecil virus, lain pula ceritanya seperti di Palestin, perjuangan untuk mendapatkan hak tanah negara mereka.  

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahannya, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahannya." -Surah al-Insyirah: 5-6

#KomikAsmak



0135819100 Cikgu Basariah
Pahala syahid bukan di medan perang sahaja Pahala syahid bukan di medan perang sahaja Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Jun 01, 2021 Rating: 5

Sayangilah wanita seperti mana ayahnya menyayangi mereka

Rabu, Mei 26, 2021

Tanggungjawab ayah tidak pernah selesai dari anak kecil sehingga ke dewasa untuk mendidik mereka.

Ayah menjaga anak perempuannya bagai menatang minyak yang penuh. Memberikan sepenuh kasih sayang, mendidik tanpa rasa jemu & sentiasa kuat untuk kesenangan anak-anak.

Wahai anak perempuanku, carilah suami yang boleh membimbing kamu, yang boleh mendengar setiap masalah  dan suami yang menjadi tangan untuk mengelap air mata kamu ketika kamu bersedih. Bukan pula suami yang sering menyakiti dan melukai kamu setelah kamu dihalalkan.

Benar, jodoh itu ketentuan Allah S.W.T, belum lagi kamu terlambat untuk sentiasa mendoakan yang terbaik untuk jodoh kamu. Semoga kita sama-sama dikurniakan jodoh yang soleh dan solehah, bersama-sama membina mahligai yang tersergam indah di syurga nanti. Amin.

#KomikAsmak

https://www.facebook.com/1004822739558970/posts/5533957626645436/



0135819100 Cikgu Basariah
Sayangilah wanita seperti mana ayahnya menyayangi mereka Sayangilah wanita seperti mana ayahnya menyayangi mereka Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mei 26, 2021 Rating: 5

Bakal terasa perbezaan Syawal di tahun ini

Sabtu, Mei 08, 2021











Bakal terasa perbezaan Syawal di tahun ini. Tidak lagi terasa kemeriahan di desa. Tangan tak bisa berjabat, Virus menghalang kita bersua.

Namun, takkan bisa menghalangi lantunan doa dan titipan kasih anak-anak tercinta. Walaupun jarak memisahkan, kebahagiaan dihari kemenangan tetap terasa. Diraikan apa adanya.

Raya tetap Raya, Jadikan Raya paling bersejarah tahun ini ❤️

Selamat Menyambut Aidilfitri. Sama-sama #kitajagakita.
#KomikAsmak

0135819100 Cikgu Basariah
Bakal terasa perbezaan Syawal di tahun ini Bakal terasa perbezaan Syawal di tahun ini Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Mei 08, 2021 Rating: 5

Setiap anak ada kelebihan

Sabtu, April 24, 2021
Kelahiran seorang anak itu adalah anugerah daripada Allah SWT. Anugerah yang begitu tinggi nilainya kepada hamba-Nya. Setiap anak yang lahir telah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing daripada Allah SWT.

Apa yang pasti setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri. Misalnya, anak yang lemah dalam akademik, tetapi mereka bijak dalam ilmu pengetahuan atau meyelesaikan masalah teknikal. Setiap anak-anak mempunyai keistimewaan tertentu.

Percayalah semua anak ada kelebihan tersendiri. Cuma anak itu perlukan masa untuk tonjolkan potensi mereka. Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan setiap anak sia-sia, pasti ada tujuan dan hikmah di sebaliknya

#KomikAsmak


0135819100 Cikgu Basariah
Setiap anak ada kelebihan Setiap anak ada kelebihan Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, April 24, 2021 Rating: 5

Ibadah itu luas😉

Khamis, April 22, 2021
Konsep ibadah adalah terlalu murni dan luas skopnya. Ia bukan sekadar ibadah khusus yang sifatnya rohaniah tetapi juga bersifat umum merentasi jalur hidup  seorang insan. 
.
Allah mencipta manusia tentu dengan aturan yang tersendiri supaya hikmah kejadian manusia menyumbang kepada kesejahteraan hidup sesama insan dan juga alam. Sebagai hamba, Allah bekalkan akal fikiran dan kalbu supaya manusia  boleh berfikir dan mempunyai hati budi dan perasaan.  Allah juga memberikan manusia daya supaya  dapat diterjemahkan sebagai amal soleh. 
.
Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan menjadi 'pelaburan' pahala kita untuk saham di akhirat nanti. Amin☺️
#KomikAsmak



0135819100 Rabiahtun
0135819100 Cikgu Basariah
Ibadah itu luas😉 Ibadah itu luas😉 Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 22, 2021 Rating: 5

Nafsu?

Sabtu, April 17, 2021
Pada bulan Ramadhan yang mulia,Rasulullah SAW mengajar kita untuk meninggalkan suatu peperangan, suatu perjuangan atau suatu jihad yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan atau jihad yang besar iaitu jihad melawan nafsu.

“Nafsu merupakan kehendak diri yang tidak terkawal tanpa dibimbing oleh agama. Ingatlah, kita tidak boleh buang nafsu begitu sahaja kerana ia fitrah seorang manusia.Sebaliknya, nafsu perlu dididik supaya kita makan dan minum mengikut sunah, dan sebagainya supaya nafsu kita terkawal.

Kedatangan Syawal tentu saja akan disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh umat Islam namun seharusnya Ramadan patut diraikan dengan penuh kegembiraan dengan memperbanyakkan sedekah kepada golongan yang kurang berada, tidak bernasib baik ataupun golongan fakir miskin serta anak yatim. 

#komikAsmak





0135819100 Rabiahtun
0135819100 Cikgu Basariah
Nafsu? Nafsu? Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, April 17, 2021 Rating: 5

Anak istimewa

Rabu, Mac 31, 2021
Setiap anak yang lahir ke dunia ini dikurniakan dengan keistimewaan tersendiri. 

Penting untuk ibu bapa menerima setiap keadaan anak anda dengan hati terbuka. Jangan bersikap sambil lewa atau malu jika anak anda didapati berbeza dengan kanak-kanak lain.

Tindakan yang anda ambil sekarang bakal menentukan masa depan mereka.

#KomikAsmak



0135819100 Cikgu Basariah
Anak istimewa Anak istimewa Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mac 31, 2021 Rating: 5

Kasih ibu tiada ganti

Rabu, Mac 24, 2021


Keperluan dirinya bukan lagi menjadi perkara utama untuk dilunaskan bila dia bergelar ibu bapa. Nalurinya merasa lebih bahagia melihat sinar gembira diwajah anak-anaknya.

Beringatlah kita sebagai anak untuk sentiasa menbahagiakan mereka. Tak semestinya dengan wang ringgit semata, doa yang dititip anak yang soleh dan solehah itulah yang dapat membantu kedua ibu bapa kita di akhirat kelak.

#KomikAsmak
0135819100 Cikgu Basariah
Kasih ibu tiada ganti Kasih ibu tiada ganti Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mac 24, 2021 Rating: 5

Jangan lupa wahai umat nabi muhammad!!

Rabu, Mac 17, 2021


Beberapa kali Rasulullah berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu saja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah.

Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi lima waktu saja, namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadat solat 50 waktu.

Namun sehingga ke hari ini, pada waktu solat yang lima waktu ini saja, kita masih malas, melenggahkan bahkan enggan, sedangkan hikmah dan ganjaran pada solat itu sangatlah besar.

#KomikAsmak

https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/posts/5195808523793683
0135819100 Cikgu Basariah
Jangan lupa wahai umat nabi muhammad!! Jangan lupa wahai umat nabi muhammad!! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mac 17, 2021 Rating: 5

Terima Kasih Frontliners!!

Khamis, Januari 28, 2021
Teruskan berdoa agar semuanya berakhir lebih awal.

Semoga kepenatan yang kita lalui hari ini berakhir dengan kegembiraan ☺️

Jom sama-sama kita dapat membantu para petugas barisan hadapan dengan menjaga diri dan mengikut SOP yang ditetapkan. 

Terima kasih barisan Frontliners Negara, pengorbanan semua petugas barisan hadapan dalam memerangi Covid-19 amat dihargai.

#KomikAsmak






0135819100 Cikgu Basariah
Terima Kasih Frontliners!! Terima Kasih Frontliners!! Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Januari 28, 2021 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.