Seo Services

Bersama berjuang melawan Covid-19

Perjuangan melawan Covid-19 bukanlah dilakukan berseorangan, ianya merupakan perjuangan kita bersama. Pelbagai peraturan telah ditetapkan untuk membanteras pandemik  ini.

Namun, terdapat juga segelintir di antara kita yang mementingkan diri melanggar usaha yang telah dijalankan ini. Kita sendiri mungkin tidak tahu bahawa kita sebenarnya adalah pembawa kepada penyakit ini. 

Jadi, sekiranya pergerakan merentas negeri ini diabaikan, kita mungkin akan menyebarkan penyakit ini kepada yang tersayang. Lebih-lebih lagi apabila berlaku kepada kedua orang tua kita. 

Kita tidak akan pernah menang melawan pandemik ini jika kita tidak bersatu. Tidak mustahil suatu hari nanti kita akan menang dan dapat melakukan aktiviti harian kita seperti biasa. 

#KomikAsmak


0135819100 Cikgu Basariah
Bersama berjuang melawan Covid-19 Bersama berjuang melawan Covid-19 Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Jun 02, 2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.