Seo Services
Results for Review gerai

Review Along Burger Leleh Kampung Poh

Jumaat, Februari 04, 2022
Assalamualaikum

Ak kisah, petang semalam pergu piknik kat Kampung Poh dengan famili abang cikgu.

Pergh air dia punyalah jernih, cetek dan shejukkkkk. Puasla anak-anak mandi.




Elok je berkemas nak balik, todia hujan mai sekali nak ribut. Syukur kami dah setel mandi semua.

Selesai solat Asar kat masjid dalam kampung, kami pon apa lagi p la serbu kedai Along Burger Leleh ni. 

Masuk punyalah dalam. Kalau mau sendiri memang kompom tak jumpa dan ingat sesat dah ni.

Sampai je restoren ni macam tak sangka ada part cun camni dalam kampung. Bertemakan 'Western dalam kampung', menu dia memang best-bestla. Harga plak memang murah giler berbanding biasa. Kualiti setaraf hotel korang.

Sambil makan tu, abang cikgu buka cerita bagitau tukang masak merangkap owner restoren ni adalah bekas chef di salah sebuah hotel. Memang selalu masuk Mingguan Wanita dlu.

Ni cikgu payung sket gambar kat restoren ni. 


Burger tower mix. Ni ada ayam, daging, kambing. Meriah gila!

Lamb cop cuma rm12 je korang. Isi pon lembut. Sos dia memang sedap la.

Air jus tembikai jumbo camni rm6 je. Sengkak minum dua orang pon.



Cikgu tapau bawak balik ramen meatball dia. Siyes tak menyesal 😂



Kalau korang nak datang, silakan waze supaya tak sesat ye. Hehe 


0135819100 Cikgu Basariah
Review Along Burger Leleh Kampung Poh Review Along Burger Leleh Kampung Poh Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Februari 04, 2022 Rating: 5

Review JJCM : Mee Udang Special BNO

Ahad, Januari 09, 2022
Assalamuaalaikum

Buat apa tu korang?

Sempena cuti sekolah dah nak tamat ni, cikgu tiba-tiba buat plan nak jalan-jalan. Sabtu terakhir cuti sekolah katakan..haha

Jadinya mencari tempat yang dalam radius yang dekat dan ambil masa tak lama untuk pergi dan balik. Teringat abang cikgu hari tu kata diorang ada ke BNO (Badan Nakhoda Omar) yang terletak di Sabak Bernam. Waze tengok dalam sejam je. So, kita onz!

Follow waze dia bawak kami lalu WCE. Punyalah lama tak ke Hutan Melintang dan Sabak Bernam, tak tau yang highway ni dah boleh guna. Jakunla kejap! Amik gambaq sekeping. Kikiki.

Alhamdulillah kami sampai elok tengahari. Perut pon dah lapar. Pilihan makanan yang ada kat restoren ni tak banyak tapi semua berasaskan udang. Razin order nasi ayam udang, cikgu order mee udang special (ok, ni recommended kalau datang sini), suami cikgu order nasi goreng udang. Untuk Rafif dan Nurin kami order mee goreng udang. Semua menu ni memang banyak udang dan udang memang fresh. Puasla suami cikgu tolong kopekkan kulit udang. Hihihi.

Mee udang special ni korang kena order bila kat sini. Yang ni menu paling cikgu recommended kat sini.

Selesai makan, amik angin tepian pantai sket sambil memperkenalkan ikan belacak, ketam dan siput kat anak-anak. Boleh tengok real yang hidup. Siap boleh menyakat diorang lagi. Haha.

Makanan lain macam ayam goreng harumi, sosej goreng, corndog, ice blended pon ada dijual. Mainan tepian pantai pon ada sebab ada peniaga yang buka khemah jualan sekitar kawasan ni. Tengahari rembang cikgu datang ni orang tak ramai, jadi suasana aman damaila.

Ok, cikgu payung gambaq sket ye. Bolehla masuk list tempat nak JJCM bila korang ada dekat-dekat sini ✌️😁














Razin dah eksaited nak makan nasi ayam udang dia 😂

Nasi goreng udang untuk suami cikgu

Ni dia nasi ayam udang..beratur elok udang tu

Laicikang

Mee goreng udang. Udang banyak bersembunyi bawah mee tu.

Dah makan udang tu, gatal muka, boleh terus telan Asmak Herbs 2 biji ye. 



Tak tau mana nak dapat, korang roger je no cikgu bawah ni 👇

0135819100 Cikgu Basariah












Review JJCM : Mee Udang Special BNO Review JJCM : Mee Udang Special BNO Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Januari 09, 2022 Rating: 5

REVIEW GERAI FRUIT BOWL TELUK INTAN

Jumaat, Januari 18, 2019
Assalamualaikum


Tengah hari panas ni, pekena plak semangkuk buah-buahan beserta yogurt enak camni memang cair habis panas di hati. Haha.

Kebetulan cikgu lalu depan gerai ni. Nampak macam baru je buka. Macam best je. Order la satu. Memang berbaloila rasa.
Semangkuk besar ais dengan limpahan buah naga, buah mempelam dan buah anggur dikelilingi yogurt dan susu cair serta sedikit susu pekat manis. Marvellous!

Cuba teka berapa harga dia?

.
.
.
.
.
.
.



Semangkuk besar ni cuma RM7.50! Bagi cikgu agak berbaloi la.

Kat gerai ni juga ada jual Oden. Sejenis makanan jepun yang dimakan bersama kuah tomyam.












Orang sekitar teluk Intan bolehla cari gerai ni sebaris gerai-gerai makan yang bertentang dengan pasaraya Eco Taman Melor tu.

Kalau batuk, jangan lupa cari minyak herba Asmak dan minum Jus Asmak Gold ye. Roger ja nombot kat bawah. Stok ada sentiasa in shaa Allah 😃
0135819100 Cikgu Basariah
REVIEW GERAI FRUIT BOWL TELUK INTAN REVIEW GERAI FRUIT BOWL TELUK INTAN Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Januari 18, 2019 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.