Assalamuaalaikum
Buat apa tu korang?
Sempena cuti sekolah dah nak tamat ni, cikgu tiba-tiba buat plan nak jalan-jalan. Sabtu terakhir cuti sekolah katakan..haha
Jadinya mencari tempat yang dalam radius yang dekat dan ambil masa tak lama untuk pergi dan balik. Teringat abang cikgu hari tu kata diorang ada ke BNO (Badan Nakhoda Omar) yang terletak di Sabak Bernam. Waze tengok dalam sejam je. So, kita onz!
Follow waze dia bawak kami lalu WCE. Punyalah lama tak ke Hutan Melintang dan Sabak Bernam, tak tau yang highway ni dah boleh guna. Jakunla kejap! Amik gambaq sekeping. Kikiki.
Alhamdulillah kami sampai elok tengahari. Perut pon dah lapar. Pilihan makanan yang ada kat restoren ni tak banyak tapi semua berasaskan udang. Razin order nasi ayam udang, cikgu order mee udang special (ok, ni recommended kalau datang sini), suami cikgu order nasi goreng udang. Untuk Rafif dan Nurin kami order mee goreng udang. Semua menu ni memang banyak udang dan udang memang fresh. Puasla suami cikgu tolong kopekkan kulit udang. Hihihi.
Mee udang special ni korang kena order bila kat sini. Yang ni menu paling cikgu recommended kat sini.
Selesai makan, amik angin tepian pantai sket sambil memperkenalkan ikan belacak, ketam dan siput kat anak-anak. Boleh tengok real yang hidup. Siap boleh menyakat diorang lagi. Haha.
Makanan lain macam ayam goreng harumi, sosej goreng, corndog, ice blended pon ada dijual. Mainan tepian pantai pon ada sebab ada peniaga yang buka khemah jualan sekitar kawasan ni. Tengahari rembang cikgu datang ni orang tak ramai, jadi suasana aman damaila.
Ok, cikgu payung gambaq sket ye. Bolehla masuk list tempat nak JJCM bila korang ada dekat-dekat sini ✌️😁
Razin dah eksaited nak makan nasi ayam udang dia 😂
Nasi goreng udang untuk suami cikgu
Ni dia nasi ayam udang..beratur elok udang tu
Laicikang
Mee goreng udang. Udang banyak bersembunyi bawah mee tu.
Dah makan udang tu, gatal muka, boleh terus telan Asmak Herbs 2 biji ye.
Tak tau mana nak dapat, korang roger je no cikgu bawah ni 👇
Review JJCM : Mee Udang Special BNO
Reviewed by Teacher Basariah
on
Ahad, Januari 09, 2022
Rating:
Tiada ulasan: