Seo Services
Results for Tips kehidupan

Musim demam

Sabtu, Disember 07, 2019
Assalamualaikum

Dengar kata musim demam dah tiba ni. Pergi mana je ada budak demam.

Nurin, anak cikgu pon baru baik demam je ni. Cikgu usaha sapu Minyak Herba Asmak tapi demamnya tetap on off. Akhirnya ke klinik juga. Sebelum tu pon, cikgu ada bagi ubat demam yang dibeli dari klinik tapi tak berkesan. Kena jumpa doktor juga 😂

Jangan ingat, cikgu jual Minyak Herba Asmak ni, cikgu tolak terus perubatan moden. No! No! No! Minyak Herba Asmak, jus Asmak, madu dll tu adalah usaha cikgu. Tapi kalau tengok selepas beberapa hari masih berlanjutan, perlu juga dapatkan nasihat doktor. Syukur alhamdulillah kalau sembuh dengan guna produk Asmak tanpa perlu jumpa doktor.

Tahun lepas contohnya, kami sekeluarga demam teruk. Kena influenza rupanya. Tak salah kita berikhtiar dengan perubatan alternatif, namun jangan terus tolak perubatan moden. Gabungan kan lebih baik 😀

Kalau dengan rm39 dah dapat sembuhkan sakit, kan lebih jimat. Hehe. Ikhtiar dulu. Cikgu ingat pesanan fisioterapi yang rawat Nurin masa dia masuk hospital hari tu. Dia pon setuju ikhtiar dlu dengan perubatan alami. Kalau beberapa hari masih tak ok, wajibla jumpa doktor. Yang penting, kena sentiasa pantau kesihatan diri dan keluarga 😘

Satu perkara yang kita kena ingat. Yang menyembuhkan bukan produk Asmak, ubat atau doktor. Yang menyembuhkan itu ALLAH. Asmak dll tu hanyalah ikhtiar kita.

Salam Sabtu yang ceria 😘



0135819100 Cikgu Basariah
Musim demam Musim demam Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 07, 2019 Rating: 5

BAGAIMANA URUS MASA ANTARA KERJA DAN BISNES?

Selasa, Mac 05, 2019
Assalamualaikum

Cikgu selalu disoal oleh rakan-rakan sekerja, bagaimana cikgu boleh aktif berbisnes dalam masa yang sama bekerja?

Baiklah, hari ni cikgu nak kongsi tips yang cikgu amalkan. Semoga berguna buat semua yang masih bekerja namun ingin berbisnes.

1. Dapatkan restu keluarga. Kalau dah berkahwin, restu suami. Kalau belum berkahwin, restu ibu dan ayah. Minta mereka doakan kejayaan kita selalu.

2. Solat di awal waktu. Apabila kita jaga solat kita Allah akan berikan kelapangan buat kita.

3. Jangan tinggal Al - Quran. Sesibuk manapun kita, luangkan masa dengan Al Quran. Antara surah yang perlu sentiasa diamalkan adalah Surah Ar Rahman, Surah Al Waqiah, Surah Al Mulk, Surah Al Kahfi dan Surah Yasin. Cikgu sentiasa letak target dalam setahun mesti khatam 2 kali bacaan Al Quran. Sekali dalam bulan Ramadhan dan sekali lagi sepanjang tahun.

4. Amalkan solat sunat Dhuha dan jangan tinggal solat witir walau satu rakaat sahaja setiap malam sebelum tidur.

5. Siapkan kerja sebelum dateline. Jangan buat kerja last minute. Macam baju kerja dan baju sekolah anak-anak pon cikgu dah seterika siap-siap untuk seminggu pada hari Ahad biasanya.

6. Kerja di tempat kerja sebolehnya jangan dibawa pulang ke rumah. Siapkan di tenpat kerja. Fokus sepenuhnya kepada kerja hakiki sepanjang di tempat kerja. Kalau terguna masa untuk urusan bisnes, wajib ganti balik. Macamana cara nak ganti, pandailah fikir sendiri.

7. Install app 'ColorNote' untuk mudah buat To Do List setiap hari. Seronol tau bila tengok kerja yang perlu dibuat dah diselesaikan.

8. Untuk urusan bisnes, install app 'Expense Manager' untuk mudahkan catatan keluar masuk wang bisnes dan kegunaan harian. Balik rumah, pindahkan ke buku akaun yang betul. Kalau tak sempat buat setiap hari, spend satu hari di hujung minggu untuk update semua data tu.

Apps ColorNote dan Expense Manager ni membantu untuk menguruskan masa dan kewangan dengan baik jika kena caranya

9. Sentiasa berdoa tanpa jemu agar Allah permudahkan segala urusan kita. Apabila terasa lemah mohon kepadaNya dan review balik Big why dan kenapa kita pilih untuk berniaga.

Ok, tu saja yang cikgu nak kongsi hari ini. Semoga bermanfaat 😘

Jom sertai keluarga Asmak. Bimbingan akan diberi. Nak dengan tak nak je 😄

Berminat nak jadi pengedar Asmak?
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
BAGAIMANA URUS MASA ANTARA KERJA DAN BISNES? BAGAIMANA URUS MASA ANTARA KERJA DAN BISNES? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mac 05, 2019 Rating: 5

Tips Pilih Durian

Jumaat, Februari 22, 2019
Korang pernah kecewa beli durian mahal tapi isi takde?



Meh baca tips dari bro ni👇

Saya jual durian, saya kalau jual terus offer untuk bukak terus supaya costumer tak ada masalah durian yang saya jual.in Kadang kadang saya sendiri tak jangka. Sama ada durian tu kadang2 ada buruk atau keras dalam. So paling baik setiap kali jual saya akan offer kobek sikit untuk check. Kalau costumer xnak bukak saya akan suruh costumer kalau durian rosak atau ada masalah datang tukar semula. Kesian kt pembeli sebab nak beli bukan murah, saya nak jual murah pon ambil ambil pon harga tinggi.

Saya share sikit untuk check durian yang elok Dan okey.

1. Goyang durian kalau ada gocang dalam maksud nya dah masak
2. Bau- masam ke manis. Kalau. Masam buruk, kalau manis masak
3. Kulit, kalau hitam lembik maksud ya dah buruk,. Yang terbaik keras Dan hijau.
4. Berat, kalau besar tapi ringan itu paling terbaik. Kalau besar tapi berat sgt potensi durian tu x masak adalah tinggi.
5. Pemilihan durian nak isi banyak mestiah durian bulat cantik, kalau bujur atau kepek biasanya durian isi sedikit tapi tebal dan biasanya lebih sedap.
Itu je lah saya dapat share untuk geng geng. Semoga bermanfaat. Ade dtg kuantan singgah kedai.


Kredit: Hamierul Mohamad

Pening dan panas badan lepas banyak makan durian? Minumlah air dari pangsanya ya. Pastu sapu sket minyak herba Asmak. In shaa Allah lega 😁
0135819100 Cikgu Basariah
Tips Pilih Durian Tips Pilih Durian Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Februari 22, 2019 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.