Seo Services

BAGAIMANA URUS MASA ANTARA KERJA DAN BISNES?

Assalamualaikum

Cikgu selalu disoal oleh rakan-rakan sekerja, bagaimana cikgu boleh aktif berbisnes dalam masa yang sama bekerja?

Baiklah, hari ni cikgu nak kongsi tips yang cikgu amalkan. Semoga berguna buat semua yang masih bekerja namun ingin berbisnes.

1. Dapatkan restu keluarga. Kalau dah berkahwin, restu suami. Kalau belum berkahwin, restu ibu dan ayah. Minta mereka doakan kejayaan kita selalu.

2. Solat di awal waktu. Apabila kita jaga solat kita Allah akan berikan kelapangan buat kita.

3. Jangan tinggal Al - Quran. Sesibuk manapun kita, luangkan masa dengan Al Quran. Antara surah yang perlu sentiasa diamalkan adalah Surah Ar Rahman, Surah Al Waqiah, Surah Al Mulk, Surah Al Kahfi dan Surah Yasin. Cikgu sentiasa letak target dalam setahun mesti khatam 2 kali bacaan Al Quran. Sekali dalam bulan Ramadhan dan sekali lagi sepanjang tahun.

4. Amalkan solat sunat Dhuha dan jangan tinggal solat witir walau satu rakaat sahaja setiap malam sebelum tidur.

5. Siapkan kerja sebelum dateline. Jangan buat kerja last minute. Macam baju kerja dan baju sekolah anak-anak pon cikgu dah seterika siap-siap untuk seminggu pada hari Ahad biasanya.

6. Kerja di tempat kerja sebolehnya jangan dibawa pulang ke rumah. Siapkan di tenpat kerja. Fokus sepenuhnya kepada kerja hakiki sepanjang di tempat kerja. Kalau terguna masa untuk urusan bisnes, wajib ganti balik. Macamana cara nak ganti, pandailah fikir sendiri.

7. Install app 'ColorNote' untuk mudah buat To Do List setiap hari. Seronol tau bila tengok kerja yang perlu dibuat dah diselesaikan.

8. Untuk urusan bisnes, install app 'Expense Manager' untuk mudahkan catatan keluar masuk wang bisnes dan kegunaan harian. Balik rumah, pindahkan ke buku akaun yang betul. Kalau tak sempat buat setiap hari, spend satu hari di hujung minggu untuk update semua data tu.

Apps ColorNote dan Expense Manager ni membantu untuk menguruskan masa dan kewangan dengan baik jika kena caranya

9. Sentiasa berdoa tanpa jemu agar Allah permudahkan segala urusan kita. Apabila terasa lemah mohon kepadaNya dan review balik Big why dan kenapa kita pilih untuk berniaga.

Ok, tu saja yang cikgu nak kongsi hari ini. Semoga bermanfaat 😘

Jom sertai keluarga Asmak. Bimbingan akan diberi. Nak dengan tak nak je 😄

Berminat nak jadi pengedar Asmak?
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
BAGAIMANA URUS MASA ANTARA KERJA DAN BISNES? BAGAIMANA URUS MASA ANTARA KERJA DAN BISNES? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mac 05, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.