Seo Services
Results for aktiviti cuti sekolah

Kelebihan Puasa Arafah

Sabtu, Ogos 10, 2019


Assalamualaikum

Buat apa tu?

Cikgu sekeluarga in shaa Allah bertolak balik ke Kedah hari ni. Dengar kata jalan jem dari semalam lagi.

Doakan kami semua selamat tiba ke kampung halaman ye.

Ribut melanda semalam. Kat Teluk Intan ni pon ada sekolah dan rumah yang terkena ribut. Takziah buat yang terlibat. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik lagi.

Buat orang Kedah sekitar Kota Sarang Semut, Kepala Batas dan Jitra, kalau ada nak produk Asmak sepanjang cikgu bercuti ni roger je ye. Cikgu ada bawak balik stok ni. In shaa Allah cikgu bantu.



Hubungi cikgu: 
0135819100 (Cikgu Basariah)
Kelebihan Puasa Arafah Kelebihan Puasa Arafah Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Ogos 10, 2019 Rating: 5

Review Anjung Ikan Bakar Bukit Besar

Khamis, Disember 13, 2018
Assalamualaikum

Dah lama dok lalu ja depan restoran ni tapi tak sampai-sampai juga. Biasalah, orang jauh akan sampai dulu okay! 🙄

Sempena cuti sekolah dan nampak pulak banner promosi kat aloq setaq nun, makanya cikgu pon pujuk big bos untuk singgah pekena bihun sup kat situ.

Ada zirafah depan restoran. Si Rafif siap duduk plak atas dia 😭

Mama, rafif nak bergambar dengan Hulk! 


Mama, Nurin nak abit 😂

Yeay, upin ipin pon ada 😍


Adik, tangan tu janganla korek mulut si Upin

Okay, dah sampai london! 😂

Doraemon pon ada

Mickey dan Minnie

Boboyboy dan Kapten Ali

Tempat makan banyak dan luas

Kami amik meja tepi boleh nampak jalan raya dan pemandangan rumah seberang jalan

Ada mini playground untuk anak-anak

Bihun sup promosi 3-6ptg, rm2.50 ja semangkuk. Rasa dia boleh tahan sedap, daging pon banyak dan lembut

Teh 0 ais rm0.50..atau lima kupang orang kedah kata

Ada mini zoo lagi .dalam ni ada itik, burung dan ayam hutan

Tandas pon ada. Kebersihan sederhana tapi kira ok la berbanding kebanyakan tandas kat restoren lain

Lagi ruang makan di bahagian luar yang lebih luas

Sate ayam rm0.40 secucuk dari jam 3-6 petang. Maksimum 10 cucuk ja.

Ni la sate ayam dia. Tapi tadi terlajak garam sket. Kuah memang sedap.

Menyelerakan dan berbaloi

Seronok budak-budak ni main buaian

Sebaik masuk akan disambut oleh vespa, booth telefon dan kolam ikan yang cantik

Aneka pilihan makanan, timur dan barat

Dinosour pon ada

Nurin nak kuda belang ja

Dia siap nak panjat lagi ha


Incredible hulk pon ada ni

So far, cikgu rasa puas hati sangat. Tambah-tambah ais kacang salji dia sedap dan gebu giler. Harga pon cuma rm2 kalau p makan jam 3-6ptg sempena promosi ni.

Kat sini tak perlu risau, kemudahan surau pon ada tau. Yang penting, ikan bakaq rm1 pon ada oi. Rugi tak cuba 😃

Terlebih makan sampai sakit perut, jangan lupa sapu minyak herba Asmak eh. 😆
0135819100 Cikgu Basariah
Review Anjung Ikan Bakar Bukit Besar Review Anjung Ikan Bakar Bukit Besar Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Disember 13, 2018 Rating: 5

Menelusuri sejarah saintis islam di Muzium Kedah

Selasa, Disember 11, 2018
Assalamualaikum

Sempena cuti sekolah ni, cikgu ambil peluang bawa anak-anak ke muzium Kedah. Bila lagi nak bawak depa tengok sejarah negeri kesayangan depa ni kan? Hihi.

Kebetulan sekarang ni sedang berlangsung pameran saintis islam, dapatla anak-anak belajar serba sedikit ilmu dari pameran ini.

Bergambar di luar muzim. Ada kereta kebal polis plak. 

Ni plak bahagian kereta bomba dulu-dulu


Perasan macam model ayaq plak depa dua ni


Seronok bergambar depan replika depan pintu masuk muzium





Masuk je muzim, disambut pasangan pengantin..ada melayu, cina dan india 😄

Ni pula pintu masuk ke pameran saintis islam tu. Ada penjaga tiket kat sini tapi depa sporting bagi anak-anak bergambar


Ni pula harga tiket masuk ke pameran. Pameran ciptaan saintis ni di tingkat bawah. Kalau nak masuk pameran je kena bayar.

Antara peralatan pembedahan zaman dahulu yang dipamerkan. Seriau tengok sebab besar gedabak semuanya 😂

Tengok gobek api ni teringat gobek sireh arwah nenek dlu..konsep macam sama je dia guna

Manuskrip ni sekali tengok macam buku lukisan la. Ada kisah pada halaman-halaman tu.

Selamber je kitorang bergambar kat kincir air ni. Best plak macam wakaf 😂


Rafif request nak bergambaq dengan orang terbang

Ni la mesin pengangkat ayaq a.k.a kincir air tu

Replika Taj Mahal lambang cinta seorang suami

Bergambar depan replika kapal laksamana cheng ho

Ni plak replika menara jam gajah untuk menentukan waktu
Hanya pameran saintis Islam tu je kena bayar. Kalau setakat masuk muzium, free je.

Tak rugi masuk pameran janji baca la semua info dia bagi tu. Kalau setakat tengok-tengok ja akan rasa tak berbaloi la.  Banyak ilmu baru dapat dan rasa bangga dengan kehebatan saintis islam. 😄

Nak cikgu review lagi? Komenla ye. 
Lenguh plak kaki banyak berjalan tadi. Mujur ada fresh n cool. Malam ni boleh sapu.

Mencari penawar sakit sendi yang mujarab? Meh cuba fresh n cool. Wangi dan selesa tau.

0135819100 Cikgu Basariah
Menelusuri sejarah saintis islam di Muzium Kedah Menelusuri sejarah saintis islam di Muzium Kedah Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Disember 11, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.