Assalamualaikum
Sempena cuti sekolah ni, cikgu ambil peluang bawa anak-anak ke muzium Kedah. Bila lagi nak bawak depa tengok sejarah negeri kesayangan depa ni kan? Hihi.
Kebetulan sekarang ni sedang berlangsung pameran saintis islam, dapatla anak-anak belajar serba sedikit ilmu dari pameran ini.
Bergambar di luar muzim. Ada kereta kebal polis plak. |
Ni plak bahagian kereta bomba dulu-dulu |
Perasan macam model ayaq plak depa dua ni |
Seronok bergambar depan replika depan pintu masuk muzium |
Masuk je muzim, disambut pasangan pengantin..ada melayu, cina dan india 😄 |
Ni pula pintu masuk ke pameran saintis islam tu. Ada penjaga tiket kat sini tapi depa sporting bagi anak-anak bergambar |
Ni pula harga tiket masuk ke pameran. Pameran ciptaan saintis ni di tingkat bawah. Kalau nak masuk pameran je kena bayar. |
Antara peralatan pembedahan zaman dahulu yang dipamerkan. Seriau tengok sebab besar gedabak semuanya 😂 |
Tengok gobek api ni teringat gobek sireh arwah nenek dlu..konsep macam sama je dia guna |
Manuskrip ni sekali tengok macam buku lukisan la. Ada kisah pada halaman-halaman tu. |
Selamber je kitorang bergambar kat kincir air ni. Best plak macam wakaf 😂 |
Rafif request nak bergambaq dengan orang terbang |
Ni la mesin pengangkat ayaq a.k.a kincir air tu |
Replika Taj Mahal lambang cinta seorang suami |
Bergambar depan replika kapal laksamana cheng ho |
Ni plak replika menara jam gajah untuk menentukan waktu |
Tak rugi masuk pameran janji baca la semua info dia bagi tu. Kalau setakat tengok-tengok ja akan rasa tak berbaloi la. Banyak ilmu baru dapat dan rasa bangga dengan kehebatan saintis islam. 😄
Nak cikgu review lagi? Komenla ye.
Lenguh plak kaki banyak berjalan tadi. Mujur ada fresh n cool. Malam ni boleh sapu.
Mencari penawar sakit sendi yang mujarab? Meh cuba fresh n cool. Wangi dan selesa tau.
0135819100 Cikgu Basariah
Menelusuri sejarah saintis islam di Muzium Kedah
Reviewed by Teacher Basariah
on
Selasa, Disember 11, 2018
Rating:
Tiada ulasan: