Seo Services
Results for kebaikan minyak zaitun

Manfaat Minyak Zaitun

Isnin, Januari 16, 2023
Minyak zaitun ini adalah lemak yang diperoleh hasil dari perahan buah zaitun atau nama saintifiknya Olea Europaea. Pokok Zaitun merupakan tanaman tradisional di Mediteraranean.

Olive oil ini mempunyai banyak khasiatnya pada kita. Sama ada untuk kulit, rambut dan kesihatan diri. 

Antara kebaikkan nya👇

👉🏻Melindungi dan Memelihara Kesihatan Jantung
👉🏻 Membantu Melawan Kanser
👉🏻 Membantu Kurangkan Berat Badan Dan Obesiti
👉🏻Membantu Menghalang terjadinya Strok
👉🏻 Menjaga Kesihatan Otak
👉🏻 Memperbaiki dan Meningkatkan Kesihatan Kulit dan rambut
👉🏻Merawat Tumit Kaki Yang Merekah
👉🏻Mempunyai Sifat Anti Bakteria
👉🏻Menurunkan kolesterol
👉🏻Baik utk masalah penghadaman, usus, buasir
👉🏻 Mengurangkan sakit-sakit sendi dan banyak lagi

*MINYAK ZAITUN KAYA VITAMIN A,B,C,D,E,K*

✅ Vitamin A (Kebal tubuh "immune System")
✅ Vitamin B  (hasilkn tenaga/sel darah merah)
✅ Vitamin C (pertumbuhan /gantian tisu luka)
✅ Vitamin D (pertumbuhan tulang kuat/tahan)
✅ Vitamin E (anti oksidan /kecantikan luaran)
✅ Vitamin K ( cair darah /elakkan darah beku)

Sangat bagus untuk di amalkan setiap hari.Jum sihat bersama makanan Sunnah😉.


Jom dapatkan produk asmak dengan cikgu Ayu sekarang! 😁

Boleh whatsapp kami dengan klik link di bawah.


Nak terus datang ke centre kami? Boleh waze ya 😁

Asmak Distribution Centre Teluk Intan

Anda ada  akaun Tik Tok? Jom follow kami dan dapatkan pelbagai produk Asmak di shop Cikgu Ayu Asmak ya (^_^)


0135819100 Cikgu Basariah
Manfaat Minyak Zaitun Manfaat Minyak Zaitun Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Januari 16, 2023 Rating: 5

PETUA PEMAKANAN SIHAT

Jumaat, November 25, 2022
Assalamualaikum dan salam Jumaat buat pembaca blog cikgu. 

Alhamdulillah setelah beberapa hari kita menunggu keputusan pengumuman pelantikan PERDANA MENTERI MALAYSIA - 10, pada petang semalam Dato' Seri Haji Anwar bin Ibrahim telah pun mengangkat sumpah sebagai PM-10. Semoga beliau dapat melaksanakan tugas-tugasnya dengan baik. 

Pada hari ini, cikgu Ayu akan kongsikan tips atau petua pemakanan sihat yang ringkas. Mari kita mulakan dengan petua yang pertama.

PETUA PERTAMA: MINUM AIR SECUKUPNYA


Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada kita tidak menitikberatkan pengambilan air yang secukupnya dalam kehidupan seharian dan lebih gemar minuman bergula yang boleh meningkatkan kalori dalam badan.

Antara kepentingan minum air secukupnya ialah membekalkan tenaga sepanjang hari, membantu melembabkan kulit dan mengurangkan masalah jerawat kerana tahap toksin yang rendah dan memperbaiki sistem pencernaan badan. 

PETUA KEDUA: MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI PROTEIN


Protein terdapat di seluruh tubuh dan ia sebahagian daripada setiap sel dalam tubuh anda. Pembinaan tisu merupakan fungsi utama protein. Protein merupakan komponen struktur utama semua sel: kulit, rambut, kuku dan tulang. 

Protein penting dalam penghasilan neurotransmiter yang mempengaruhi otak dan tubuh anda. Protein juga salah satu bahan asas yang diperlukan oleh sistem imun.

Antara kepentingan protein dalam tubuh badan ialah meningkatkan sistem imun, menggantikan sel yang rosak dan meningkatkan kekuatan otot, menyatukan pelbagai organ dan sel tisu, menambah baik keanjalan dan menguatkan kulit.

PETUA KETIGA: GUNAKAN MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENGGANTI

Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil dari perahan buah zaitun (Olea europaea) yang mana pohon zaitun ini merupakan tanaman tradisional di rantau Mediterranean. Oleh karana khasiat minyak zaitun yang tinggi,  ianya banyak digunakan dalam kosmetik, perubatan, memasak, sabun, dan juga digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu tradisional.

Istimewanya minyak zaitun adalah kerana mengandungi antioksidan (hidroxytyrosol, dll) yang mencegah dari oksidasi yang akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Ianya juga mampu menghalang dari sesuatu penyakit menjadi lebih teruk. Jadi sama ada orang sihat ataupun orang sakit, ianya menjadi satu makanan keperluan untuk diamalkan setiap hari. Maka tidak hairanlah bahawa oleh kerana menyedari akan kandungan khasiat miyak zaitun yang begitu tinggi, ianya menjadi makanan wajib dalam diet Mediteraranean.


Apa tunggu lagi, jom dapatkan minyak zaitun keluaran Asmak dari cikgu Ayu. 

Ada yang berminat ke nak tahu lebih lanjut mengenai produk Asmak yang lain. Sila klik link di bawah ya, nanti cikgu akan berikan penerangan secara jelas berkaitan produk Asmak 😁

https://api.whatsapp.com/send?phone=60105369100/produk+asmak
PETUA PEMAKANAN SIHAT PETUA PEMAKANAN SIHAT Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, November 25, 2022 Rating: 5

WAH SENANGNYA MINYAK ZAITUN ASMAK ADA SAIZ KECIL

Sabtu, Ogos 27, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuba teka harini cikgu nak kongsi tentang apa? Ya betul! Cikgu nak sambung perkongsian tentang 3 jenis minyak yang banyak khasiatnya untuk kesihatan kita. Dalam blog sebelum ini, cikgu dah ceritakan tentang kebaikan minyak habbatussauda jadi, blog kali ini cikgu ingin berkongsi tentang manfaat minyak zaitun pula.




Inilah dia tiga si comel yang sudah pun ada di Asmak Distribution Centre Teluk Intan. Sesuai untuk anda yang baru nak mula amalkan atau nak bawa 'travel'. Sekarang, jom kita telusuri apakah manfaat minyak zaitun?

Melalui laman web hellodoktor, minyak zaitun merupakan antara makanan yang tidak diragui khasiatnya. Ia kaya dengan asid lemak mono tidak tepu dan minyak zaitun telah terbukti berupaya merendahkan risiko penyakit kardoivaskular.

Pengambilan minyak zaitun dalam kalangan rakyat Malaysia juga sudah tidak asing lagi pada zaman sekarang. Ada di antara kita yang mengamalkan pengambilan sesudu minyak zaitun sehari untuk tujuan kesihatan jantung. Seringkali juga minyak zaitun ini digandingkan bersama Habbatus Sauda atau madu asli.

Bahan utama dalam Diet Mediterranean ini bukan sahaja baik untuk jantung, malah mampu merendahkan tahap kolestrol dalam darah. Selain itu, tahap kolestrol 'jahat' seperti LDL (low-density lipoprotein) dalam bantu juga dapat dikurangkan.

Dalam Diet Mediterranean, minyak zaitun biasanya dimakan bersama sayur-sayuran dan buah-buahan. Kombinasi inilah yang membuatkan pengamalnya menjadi lebih sihat dan panjang umur.

Buktinya, rakyat Sepanyol yang mengamalkan Diet Mediterranean merupakan penduduk Eropah yang mempunyai jangka hayat terpanjang iaitu selama 82.2 tahun yang merupakan hampir 8 tahun lebih panjang daripada rakyat Malaysia yang mencatatkan jangka hayat selama 74.5 tahun.

Jadi secara ringkasnya, perkongsian cikgu hari ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua bahawa minyak zaitun membantu memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita iaitu merendahkan kolestrol dalam darah yang membawa kepada faktor panjang umur dengan izin Allah SWT. Bagi yang mempunyai masalah kolestrol, boleh lah mula amalkan pengambilan minyak zaitun ini dan yang paling penting pemakanan pun mesti dijaga.

Kami di Asmak ada 2 jenis saiz minyak zaitun iaitu 10ml dan 250ml.



Jom dapatkan minyak zaitun Asmak daripada cikgu sebagai ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik 💝 Klik pautan whatsapp di bawah atau hubungi nombor yang tertera ya. Semoga bermanfaat!

Oh ya! Jom lah cerita dengan cikgu pengalaman anda mengamalkan minyak zaitun. Tulis di ruangan komen yaa. Terima kasih semua.




0135819100 Rabiahtun
WAH SENANGNYA MINYAK ZAITUN ASMAK ADA SAIZ KECIL WAH SENANGNYA MINYAK ZAITUN ASMAK ADA SAIZ KECIL Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Ogos 27, 2022 Rating: 5

Tips penggunaan minyak zaitun

Jumaat, Ogos 05, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 😁 Semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan sihat yaa. Kebetulan pagi ini saya cari maklumat sedikit tentang cara penggunaan minyak zaitun jadi, suka saya untuk berkongsi dengan anda semua tentang ilmu yang diperoleh. Selamat membaca!





Tips Cara Penggunaan Dan Minum Minyak Zaitun Yang Betul


Tips 1 – Jenis Minyak Zaitun

Pastikan hanya mengambil minyak zaitun Extra Virgin (EVOO – Extra Virgin Olive Oil) untuk diminum. EVOO ialah minyak zaitun yang dihasilkan melalui proses perahan mekanikal tanpa menggunakan haba.
Khasiat dan kualiti minyak zaitun akan terjejas sekiranya terdedah kepada 3 unsur, iaitu Haba, Cahaya dan Udara.

Tips 2 – Waktu Minum Minyak Zaitun

Minum minyak zaitun semasa perut kosong di waktu pagi sebelum sarapan dan waktu malam sebelum tidur. Dengan cara ini, usus terlebih dahulu menerima minyak zaitun dan menyerap khasiat yang ada padanya sebelum makanan lain masuk ke dalam perut.
Minyak zaitun membantu meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan ke dalam perut.
Kaedah ini berkesan untuk membantu masalah sembelit dan juga melanacarkan sistem pencernaan.
Mengambil minyak zaitun selepas makan tidak menjadi kesalahan kerana ianya dapat membantu proses penyerapan nutrien dari makanan yang diambil. Namun pengambilan sebelum makan adalah lebih baik bagi memastikan khasiat maksimum diperolehi.

Tips 3 – Cara Pengambilan atau Minum Minyak Zaitun

Kaedah pengambilan minyak zaitun yang paling terbaik ialah dengan meminumnya begitu sahaja tanpa kapsul atau dicampur dengan bahan lain. Ini bagi memastikan tubuh anda menyerap semaksimum mungkin khasiat yang terkandung dalam minyak zaitun secara terus, justeru memberikan kesan yang hebat kepada kesihatan luaran dan dalaman.
Berbanding yang menggunakan kapsul atau softgel, gelatin itu perlu cair terlebuh dahulu sebelum minyak zaitun dapat dikeluarkan.
Penggunaan kapsul atau softgel akan mengurangkan khasiat minyak zaitun kerana perlu melalui proses yang melibatkan penggunaan haba.
Memakan sesuatu makanan yang bersentuhan dengan lidah mampu secara langsung mampu memaksimumkan khasiat untuk diserap terus sebaik sahaja menyentuh lidah sehinggalah ke usus.

TIPS 4 – Kuantiti dan Kekerapan Minum Minyak Zaitun

Untuk mereka yang tidak mempunyai apa-apa peyakit, kajian menunjukkan, jumlah optimum meminum minyak zaitun ialah sebanyak 2 sudu makan setiap hari.
Samada mengambil 2 sudu terus di waktu pagi sebelum sarapan, atau 1 sudu waktu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu waktu malam sebelum tidur (kaedah kedua lebih disarankan).
Untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti saking jantung, kencing manis dan darah tinggi dan sebagainya, anda boleh (atau perlu) mengambil pada kuantiti yang lebih bergantung kepada tahap masalah yang dihadapai.
Rujuk kepada penasihat pemakanan untuk khidmat nasihat lebih lanjut.

Tips 5 – Cara-cara Lain Pengambilan Minyak Zaitun

Selain diminum secara terus, minyak zaitun juga boleh disajikan dengan makanan yang lain. Anda boleh menggantikan penggunaan mentega dan marjerin kepada minyak zaitun.
Cara ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan diet bagi menggantikan marjerin yang dikategorikan sebagai lemak trans (tans-fat) berbanding minyak zaitun sebagai lemak sihat. Caranya anda hanya perlu membakar roti kemudian sapukan sedikit atau cicah bersama minyak zaitun.
Minyak zaitun juga boleh dijadikan sebagai ‘dressing’ untuk salad. Hanya perlu masukkan minyak zaitun ke dalam sayur kegemaran anda.


TIPS 6 – Minyak Zaitun Untuk Kegunaan Luaran

Seperti yang disebut di dalam Hadis di atas, minyak zaitun juga disarankan untuk kegunaan luaran seperti disapukan kepada kulit, rambut, wajah dan seluruh anggota badan.
Kandungan antioksida di dalam minyak zaitun membantu melembapkan kulit disamping mencerah dan meremajakan wajah anda.
Ianya sangat membantu bagi mereka yang ada masalah kulit kering, wajah berjeragat atau mempunyai masalah kulit seperti eczema.
Boleh sapukan nipis pada wajah sebelum tidur atau pada kulit yang bermasalah dan juga dijadikan minyak untuk urutan bagi bahagian yang sakit.

Tips 7 – Minyak Zaitun Untuk Rawatan Kanser

Kajian di dalam Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.

Jom dapatkan Extra Virgin Olive Oil keluaran Asmak sekarang. Hubungi kami segera untuk kami bantu 👍


http://www.wasap.my/60135819100/minyak+zaitun+Asmak

0135819100 Rabiahtun
Tips penggunaan minyak zaitun Tips penggunaan minyak zaitun Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Ogos 05, 2022 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.