Assalamualaikum dan salam Jumaat buat pembaca blog cikgu.
Alhamdulillah setelah beberapa hari kita menunggu keputusan pengumuman pelantikan PERDANA MENTERI MALAYSIA - 10, pada petang semalam Dato' Seri Haji Anwar bin Ibrahim telah pun mengangkat sumpah sebagai PM-10. Semoga beliau dapat melaksanakan tugas-tugasnya dengan baik.
Pada hari ini, cikgu Ayu akan kongsikan tips atau petua pemakanan sihat yang ringkas. Mari kita mulakan dengan petua yang pertama.
PETUA PERTAMA: MINUM AIR SECUKUPNYA
Bagaimanapun, sebahagian besar daripada kita tidak menitikberatkan pengambilan air yang secukupnya dalam kehidupan seharian dan lebih gemar minuman bergula yang boleh meningkatkan kalori dalam badan.
Antara kepentingan minum air secukupnya ialah membekalkan tenaga sepanjang hari, membantu melembabkan kulit dan mengurangkan masalah jerawat kerana tahap toksin yang rendah dan memperbaiki sistem pencernaan badan.
PETUA KEDUA: MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI PROTEIN
Protein terdapat di seluruh tubuh dan ia sebahagian daripada setiap sel dalam tubuh anda. Pembinaan tisu merupakan fungsi utama protein. Protein merupakan komponen struktur utama semua sel: kulit, rambut, kuku dan tulang.
Protein penting dalam penghasilan neurotransmiter yang mempengaruhi otak dan tubuh anda. Protein juga salah satu bahan asas yang diperlukan oleh sistem imun.
Antara kepentingan protein dalam tubuh badan ialah meningkatkan sistem imun, menggantikan sel yang rosak dan meningkatkan kekuatan otot, menyatukan pelbagai organ dan sel tisu, menambah baik keanjalan dan menguatkan kulit.
PETUA KETIGA: GUNAKAN MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENGGANTI
Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil dari perahan buah zaitun (Olea europaea) yang mana pohon zaitun ini merupakan tanaman tradisional di rantau Mediterranean. Oleh karana khasiat minyak zaitun yang tinggi, ianya banyak digunakan dalam kosmetik, perubatan, memasak, sabun, dan juga digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu tradisional.
Istimewanya minyak zaitun adalah kerana mengandungi antioksidan (hidroxytyrosol, dll) yang mencegah dari oksidasi yang akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Ianya juga mampu menghalang dari sesuatu penyakit menjadi lebih teruk. Jadi sama ada orang sihat ataupun orang sakit, ianya menjadi satu makanan keperluan untuk diamalkan setiap hari. Maka tidak hairanlah bahawa oleh kerana menyedari akan kandungan khasiat miyak zaitun yang begitu tinggi, ianya menjadi makanan wajib dalam diet Mediteraranean.
Apa tunggu lagi, jom dapatkan minyak zaitun keluaran Asmak dari cikgu Ayu.
Ada yang berminat ke nak tahu lebih lanjut mengenai produk Asmak yang lain. Sila klik link di bawah ya, nanti cikgu akan berikan penerangan secara jelas berkaitan produk Asmak 😁
https://api.whatsapp.com/send?phone=60105369100/produk+asmak
PETUA PEMAKANAN SIHAT
Reviewed by Teacher Basariah
on
Jumaat, November 25, 2022
Rating:
Tiada ulasan: