Seo Services
Results for kisah inspirasi

Ini kisah Kami #Asmak4u057

Isnin, November 19, 2018
Assalamualaikum

Team Cikgu Asmak4u057

Team kami tak besar. Ada di kalangan kami yang bekerja, ada suri rumah sepenuh masa.

Dulu cikgu tak yakin nak besarkan team. Ingat boleh nak gerak sorang-sorang. Lama-lama cikgu rasa penat. Sampai bila macam ni?

Produk Asmak ni produk yang bagus. Rugilah kalau tak ramai orang tahu.

Agen pertama dan kedua cikgu ialah kakak ipar cikgu sendiri Kak Rose dan Kak Ida. Alhamdulillah sampai sekarang mereka masih setia menjadi pengguna produk Asmak.

Agen keempat cikgu, merupakan kawan cikgu sejak zaman matrik. Lama juga kami terputus hubungan  namun bertemu semua di muka buku. Mulanya dia beli sebagai pengguna sahaja. Kerana keserasian terus menjadi agen. Kini,  Norli merupakan Stokis Daerah dalam team cikgu ni. Tahniah sahabat! I'm very proud of you 😍

Masa mula membesarkan team ni, cikgu hanya guide agen dari kalangan individu bekerja sahaja. Takut sebenarnya nak guide suri rumah ni. Selepas personal coaching dengan cikgu Fazilah, ceo Mhamsb, cikgu mendapat semangat luar biasa untuk bantu suri rumah. Buktinya, salah seorang agen cikgu, Nadia yang merupakan suri rumah sepenuh masa berjaya diguide sehingga menjadi superagen. Alhamdulillah. Tahniah Nadia. Cikgu bangga dengan Nadia.

Banyak lagi pencapaian ahli team cikgu yang sangat cikgu banggakan. Azuwa, Aini, Hayati, Ain dan ramai lagi. Ada masa nanti cikgu cerita lagi.

Buat yang berkira-kira nak merubah masa depan anda, jom sertai Asmak, khususnya team Asmak4u057. In shaa Allah cikgu bantu anda From Zero To Hero.

Nak dengan tak nak saja. 😃

#LeaderAsmak
#057gempur
#misiRM10k
#AsmakDiamond



0135819100 Cikgu Basariah
Ini kisah Kami #Asmak4u057 Ini kisah Kami #Asmak4u057 Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, November 19, 2018 Rating: 5

ANAK DERHAKA

Sabtu, April 21, 2018
Assalamualaikum

Sungguh Derhaka Anak yg Mendoakan Orangtuanya 5x sehari
(Ustad Arifin Nugroho)

Saya pernah datang ke Kairo - Mesir.

Pada saat solat Zohor ada kajian dari Syeikh yang mengisi kajian sambil berjualan buku.

Di akhir kajian, saya sempatkan utk membeli buku yang dijual oleh Syeikh tadi.

Judul bukunya "Melipat gandakan keuntungan dengan berbakti kepada orangtua."

Dalam satu bab di buku tersebut dibahas mengenai Adab Kepada Orangtua.

Di mana dikatakan bahwa ,
"Sungguh derhaka seorang anak yang hanya mendoakan kedua orangtuanya hanya 5 kali dalam satu hari."

Saya bingung, kenapa kita sudah mendo'akan orangtua sehari 5 kali, masih dikira sbg anak derhaka ?

Saya cuba balik lagi ke masjid tempat saya membeli buku tersebut, saya tanyakan kepada pengurus kajian di masjid itu, di mana saya boleh menemui Syeikh yang kemarin memberi kajian di masjid ini.

Dan setelah saya dapatkan nombor hpnya, saya hubungi dan kami berjanji untuk bertemu di sebuah masjid yang kebetulan beliau sedang mengisi kajian juga.

Selesai kajian, saya bertemu dengan beliau, dan saya bertanya, kenapa seorang anak yang sudah mendo'akan kedua orangtuanya 5 kali sehari, masih dikatakan anak yang derhaka?

Syeikh itu kemudian meminta kepada saya untuk membacakan do'a untuk kedua orangtua.

Dan saya bacakan do'a yang biasa saya baca setelah solat.

"Rabighfirli waliwali dayya"

"Stop.", kata si Syeikh.
"Ulangi lagi".

"Rabighfirli waliwali dayya"
"Stop, ulangi lagi."

"Rabighfirli waliwali dayya"
"Stop, ulangi lagi".

Terus saya ulangi sampai sepuluh kali.

Kemudian si Syeikh bertanya kepada saya, "Apakah kamu letih?"
"Tidak, Syeikh"
"Apakah kamu sampai berkeringat?"
"Tidak, Syeikh"
"Apakah kamu sampai mengeluarkan wang membaca do'a seperti yang kamu baca tadi?"

Kembali saya jawab tidak

"Kamu tak perlu mengeluarkan wang, kamu tak perlu mengeluarkan keringat, kamu tak perlu mengeluarkan tenaga yang besar hanya untuk membacakan do'a ampunan kepada kedua orangtuamu."

"Tapi kenapa kamu hanya berupaya meminta ampunan untuk orangtuamu sehari semalam cuma 5 kali?"

"Padahal sejak kamu masih berada dalam perut ibumu, berapa banyak keringatnya yang sudah ibumu keluarkan kerana beratnya menanggung kamu yang berada di perutnya?"

"Betapa sakitnya ibumu saat melahirkan kamu, berapa besar biaya yang sudah dikeluarkan kedua orangtuamu untuk membesarkan kamu?"

"Dan sebagai balasannya, kamu hanya mendo'akan kedua orangtua mu cuma 5 kali dalam sehari semalam?"

"Padahal satu kali saat kamu membacakan do'a untuk kedua orangtuamu, *Rabighfirli waliwali dayya*, saat itu juga satu dosa dari orang tuamu dihapuskan ALLAH."

"Dan ada sebuah kisah, di mana ada seorang orangtua yang saat dia dimakamkan penuh dengan dosa, tiba-tiba, saat orangtua tersebut sedang kesusahan di alam kuburnya, ALLAH berikan keringanan dan ALLAH berikan kemuliaan."

"Sampai2 si ahlul kubur bingung, kenapa dia di angkat darjatnya seperti ini?"

"Kemudian jawab malaikat, *"Ini berkat do'a anak anak mu"*.

Masya Allah

Sekarang, apakah kita masih berat untuk membacakan do'a untuk kedua orangtua kita sehari lebih dari 50 kali?

Renungkanlah
😢😢😢

C&P

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Ingin kekal cergas bertenaga?Jom cuba Asmak Queen jamu kunyah berperisa coklat yang pertama di MALAYSIA.
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
ANAK DERHAKA ANAK DERHAKA Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, April 21, 2018 Rating: 5

Kisah Inspirasi: Miskin tak beerti bodoh

Khamis, April 12, 2018
Assalamualaikum

Sedang saya khusyuk membuat tugasan di meja kerja, tiba-tiba telinga berjaya menangkap perbualan dua rakan sejawatan saya. Macam menarik saja bunyinya. Segera saya memberhentikan kerja seketika dan terus memasang telinga mendengar perbualan yang semakin rancak itu.

"Anak-anak saya suka bergaduh. Adik dengan kakak susah sangat nak berbaik-baik. Kalau dengan kawan dia, mudah je si kakak nak pinjamkan barang dia. Kalau adik yang nak, alamat perang besarlah!"

"Saya pon sama. Tadi sempat saya bersembang dengan Encik X tanyakan rahsia dia mendidik anak-anaknya. Anak-anak dia kan pandai-pandai belaka".

Masa ni saya dah tak tahan untuk mencelah. Rakan saya terus memberikan tips-tips hebat yang diamalkan oleh Encik X. Anda nak tahu? Teruskan membaca!

Encik X ni merupakan salah seorang staf am di pejabat tempat saya bertugas. Kami semua sedia maklum beliau mempunyai anak yang ramai dan hanya bekerja seorang. Datang kerja pon dengan memandu kereta terpakai. Kereta buruk itulah yang digunakan untuk menghantar dan mengambil anak-anaknya dari sekolah.

Usia anak-anak Encik X ni rapat-rapat. Selang setahun, dua tahun sahaja. Memang kehidupan mereka sekelurga kelihatan amat sukar namun Encik X tak pernah sekalipun merungut tentang nasib dirinya. Saya lihat beliau sebagai seorang lelaki yang cekal dan gigih berusaha untuk keluarga.

Setiap kali bulan Ramadhan menjelma, beliau akan mengambil cuti seminggu lebih awal sebelum menyambut aidilfitri khas untuk berniaga lemang bagi menampung kegunaan keluarga beliau di hari lebaran.

Semua anak-anak Encik X pandai-pandai. Beliau dikurniakan 9 orang cahaya mata. Anak-anak beliau pernah ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh namun semuanya ditolak. Encik X lebih gemar anaknya bersekolah di sekolah harian sahaja. Saya menganggarkan beliau tidak menerima tawaran tersebut kerana kos untuk menghantar anak ke sekolah berasrama penuh bukanlah murah. Dengan gaji beliau sekarang, pastilah akan menimbulkan masalah. Namun, selepas mendengar tips yang diberikan Encik X kepada sahabat saya ini, pemikiran saya berubah 200 peratus!

Menurut cerita rakan saya ini, Encik X telah membuat perjanjian dengan anak-anaknya. Untuk setiap anak, Encik X meminta anak-anaknya untuk menghadiahkan Al-Fatihah kepada beliau dan isteri setiap kali anak-anaknya selesai solat. Dan sebagai balasan, Encik X akan menghadiahkan Al Quran kepada anaknya dalam tahun itu.

Saya pada mulanya tidak faham. Saya ingatkan Al Quran yang dimaksudkan ini hanyalah naskhah Al-Quran. Rupa-rupanya bukan! Al-Quran yang dimaksudnya Encik X adalah bacaan Al-Quran. Maknanya, Encik X akan membacakan Al-Quran dan diniatkan khusus pahala bacaan itu kepada setiap anaknya. Ada 9 orang anak, beereti 9 kalilah Encik X khatam Al-Quran untuk anak-anaknya dalam setahun. Hebat bukan?

"Ayah tak kaya, ayah tak mampu hadiahkan kamu dengan harta. Ayah hanya mampu hadiahkan kamu dengan Al-Quran. Semoga menjadi amal jariah untuk kamu dan ayah di sana". Kata-kata ini membuatkan air mata saya menitis tanpa disedari. Patutlah anak-anak Encik X semuanya terang hati!

Ada satu lagi tips berharga yang Encik X kongsikan dengan sahabat saya. Encik X beritahu sahabat saya itu yang beliau tidak akan masuk tidur sebelum anak-anaknya tidur. Beliau akan pastikan anak-anak beliau tidur dahulu. Kemudian, beliau akan masuk ke bilik mereka dan pandang wajah setiap anak beliau.

"Sambil pandang tu, dia baca doa ke?", soal seorang lagi sahabat saya tak sabar.

"Tak. Pandang je. Katanya apabila pandang wajah anak masa tidur ni, akan timbul perasaan belas dan kasih kepada anak."

Terdiam kami bertiga seketika. Masing-masing mula memikirkan rasional tindakan Encik X itu. Dan saya pasti, kami sama-sama memasang azam untuk cuba melakukan amalan yang sama. Mudah-mudahan anak-anak kami nanti juga akan cemerlang dan berjaya macam anak Encik X.

-Cikgu Basariah, 11/4/2018 8.30 p.m-

Layari:

abgniaga.com
norahtuah.com
drbasya.com
anitahasan.com

Mencari penawar batuk, asma dan semput?Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Kisah Inspirasi: Miskin tak beerti bodoh Kisah Inspirasi: Miskin tak beerti bodoh Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 12, 2018 Rating: 5

Inspirasi nabi

Ahad, April 01, 2018
Assalamualaikum

10 amalan pembuka pintu rezeki ni jika diamalkan in shaa Allah lapang je hati terima pemberian dari Allah

Doa tandanya rezeki nak tiba.
.
RM nak kongsi ni. Awak akan jumpa banyak keajaiban orang berdoa yang tiba-tiba rezeki gedebuk sampai 3ribu, 5ribu, 10ribu sehari.
.
Paling best diorang kongsi part doa tawakal sahaja. Part usaha diorang terlupa nak kongsi. 
.
Contoh 1. Tiba-tiba kawan bayar hutang 10ribu. Awak ada bagi kawan hutang 10ribu?
.
Contoh 2. Tiba-tiba dapat order 3ribu. Awak ada buat apa-apa untuk orang ambik order sampai 3ribu?
.
Contoh 3. Tiba-tiba dapat call dari hq nak hadiahkan 5ribu. Awak ada happykan hq awak?
.
Betul Allah boleh bagi. Allah bagi ikut tahap kemampuan kita. 
.
Kita masuk kedai makan. Kita angkat tangan baca doa makan. Lepas tu kita keluar kedai makan. Tiba-tiba perut kita kenyang. Tak order. Tak suap. Tak kunyah. Tak telan apa pun tapi kenyang. Boleh jadi. Allah Maha Penyayang. Tak mustahil.
.
Kena belajar juga. Nabi pun kena jaga kambing. Nabi pun kena berdagang dari negeri ke negeri naik unta dengan cuaca padang pasir. Nabi pun kena pukul setiap hari bila berdakwah sampai Fatimah menangis setiap petang papah baginda pulang dengan baju baginda koyak rabak. Nabi pun terpaksa berper-ang dalam 7 peper-angan besar untuk sampaikan Islam. Ada bahagian gigi baginda patah terkena anak panah. Nabi pun korbankan hartanya, harta isteri pertamanya, harta 7 sahabatnya yang kaya, harta yang tak diketahui lagi.
.
Awak pula doa tapi terlupa nak usaha. Allah bagi ikut kemampuan kita. Kita mampu berdoa. Allah bagi tahap tu je. Kita mampu buat. Allah bagi tahap tu juga. Apa kita doa itu hadiah. Apa kita buat pun hadiah.
.
Allah tambah lagi bila kita bersyukur. Bersyukur sampai kita boleh berkongsi dengan orang lain pula. 
.

 "Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)."   -Pesanan Cinta dari Allah

Kredit kepada penulis asal. Semoga beroleh pahala daripada Allah
Inspirasi nabi Inspirasi nabi Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, April 01, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.