Assalamualaikum
Sedang saya khusyuk membuat tugasan di meja kerja, tiba-tiba telinga berjaya menangkap perbualan dua rakan sejawatan saya. Macam menarik saja bunyinya. Segera saya memberhentikan kerja seketika dan terus memasang telinga mendengar perbualan yang semakin rancak itu.
"Anak-anak saya suka bergaduh. Adik dengan kakak susah sangat nak berbaik-baik. Kalau dengan kawan dia, mudah je si kakak nak pinjamkan barang dia. Kalau adik yang nak, alamat perang besarlah!"
"Saya pon sama. Tadi sempat saya bersembang dengan Encik X tanyakan rahsia dia mendidik anak-anaknya. Anak-anak dia kan pandai-pandai belaka".
Masa ni saya dah tak tahan untuk mencelah. Rakan saya terus memberikan tips-tips hebat yang diamalkan oleh Encik X. Anda nak tahu? Teruskan membaca!
Encik X ni merupakan salah seorang staf am di pejabat tempat saya bertugas. Kami semua sedia maklum beliau mempunyai anak yang ramai dan hanya bekerja seorang. Datang kerja pon dengan memandu kereta terpakai. Kereta buruk itulah yang digunakan untuk menghantar dan mengambil anak-anaknya dari sekolah.
Usia anak-anak Encik X ni rapat-rapat. Selang setahun, dua tahun sahaja. Memang kehidupan mereka sekelurga kelihatan amat sukar namun Encik X tak pernah sekalipun merungut tentang nasib dirinya. Saya lihat beliau sebagai seorang lelaki yang cekal dan gigih berusaha untuk keluarga.
Setiap kali bulan Ramadhan menjelma, beliau akan mengambil cuti seminggu lebih awal sebelum menyambut aidilfitri khas untuk berniaga lemang bagi menampung kegunaan keluarga beliau di hari lebaran.
Semua anak-anak Encik X pandai-pandai. Beliau dikurniakan 9 orang cahaya mata. Anak-anak beliau pernah ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh namun semuanya ditolak. Encik X lebih gemar anaknya bersekolah di sekolah harian sahaja. Saya menganggarkan beliau tidak menerima tawaran tersebut kerana kos untuk menghantar anak ke sekolah berasrama penuh bukanlah murah. Dengan gaji beliau sekarang, pastilah akan menimbulkan masalah. Namun, selepas mendengar tips yang diberikan Encik X kepada sahabat saya ini, pemikiran saya berubah 200 peratus!
Menurut cerita rakan saya ini, Encik X telah membuat perjanjian dengan anak-anaknya. Untuk setiap anak, Encik X meminta anak-anaknya untuk menghadiahkan Al-Fatihah kepada beliau dan isteri setiap kali anak-anaknya selesai solat. Dan sebagai balasan, Encik X akan menghadiahkan Al Quran kepada anaknya dalam tahun itu.
Saya pada mulanya tidak faham. Saya ingatkan Al Quran yang dimaksudkan ini hanyalah naskhah Al-Quran. Rupa-rupanya bukan! Al-Quran yang dimaksudnya Encik X adalah bacaan Al-Quran. Maknanya, Encik X akan membacakan Al-Quran dan diniatkan khusus pahala bacaan itu kepada setiap anaknya. Ada 9 orang anak, beereti 9 kalilah Encik X khatam Al-Quran untuk anak-anaknya dalam setahun. Hebat bukan?
"Ayah tak kaya, ayah tak mampu hadiahkan kamu dengan harta. Ayah hanya mampu hadiahkan kamu dengan Al-Quran. Semoga menjadi amal jariah untuk kamu dan ayah di sana". Kata-kata ini membuatkan air mata saya menitis tanpa disedari. Patutlah anak-anak Encik X semuanya terang hati!
Ada satu lagi tips berharga yang Encik X kongsikan dengan sahabat saya. Encik X beritahu sahabat saya itu yang beliau tidak akan masuk tidur sebelum anak-anaknya tidur. Beliau akan pastikan anak-anak beliau tidur dahulu. Kemudian, beliau akan masuk ke bilik mereka dan pandang wajah setiap anak beliau.
"Sambil pandang tu, dia baca doa ke?", soal seorang lagi sahabat saya tak sabar.
"Tak. Pandang je. Katanya apabila pandang wajah anak masa tidur ni, akan timbul perasaan belas dan kasih kepada anak."
Terdiam kami bertiga seketika. Masing-masing mula memikirkan rasional tindakan Encik X itu. Dan saya pasti, kami sama-sama memasang azam untuk cuba melakukan amalan yang sama. Mudah-mudahan anak-anak kami nanti juga akan cemerlang dan berjaya macam anak Encik X.
-Cikgu Basariah, 11/4/2018 8.30 p.m-
Layari:
abgniaga.com
norahtuah.com
drbasya.com
anitahasan.com
Mencari penawar batuk, asma dan semput?Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah

Kisah Inspirasi: Miskin tak beerti bodoh
Reviewed by Teacher Basariah
on
Khamis, April 12, 2018
Rating:
Tiada ulasan: