Seo Services
Results for motivasi

Sentiasalah melihat kebaikan dalam diri

Ahad, Jun 01, 2025



Belajar Lihat Kebaikan — Dalam Diri dan Dalam Orang Lain

Dalam kesibukan hidup, kita sering terperangkap dengan tekanan, kekurangan, dan perkara yang belum selesai. Kita mudah nampak silap, baik pada diri sendiri mahupun orang lain. Tapi jarang kita duduk sejenak dan fikir,
"Apa yang sebenarnya baik dalam hidup aku hari ini?"

Hakikatnya, setiap orang sedang bertarung dalam perjuangan yang tak selalu nampak di mata.
Ada yang sedang bertahan dari sakit, ada yang sedang cuba kuat walau dalam diam. Maka, berlembutlah dengan diri sendiri. Dan kalau boleh — berikan ruang untuk lihat kebaikan, walau sekecil mana sekalipun.

Kadang benda kecil boleh ubah hari kita.
Contohnya?
Urutan perlahan kat bahu yang lenguh.
Sapu minyak hangat kat perut bila sebu.
Atau... minyak herba yang walau kecil botolnya, tapi besar jasanya — ya, kita cakap pasal Minyak Herba Asmak (MHAM).

Sama ada korang tengah stress kerja, anak demam malam, atau sendiri sakit kepala sebab fikir bil hujung bulan — MHAM selalu ready untuk beri kelegaan. Kini pula hadir dalam versi Limited Edition, lebih eksklusif dan cantik, sampai rasa sayang nak guna... tapi lagi sayang kalau simpan je!

Dan ya, walau korang rasa “minyak pun nak motivasi?” — jawabnya: kenapa tidak?
Kalau satu sapuan boleh buat korang tersenyum balik, itu pun kebaikan yang patut diraikan.


Jom belajar sayangi diri, hargai usaha kecil dan teruskan hari dengan semangat baru.
Mana tahu, satu botol kecil MHAM ni sebenarnya ‘pause button’ yang korang perlukan.

Nak dapatkan MHAM Limited Edition yang rare tu?
Boleh terus ke Pusat Edaran Asmak Teluk Intan,
atau beli online:


0135819100 Cikgu Basariah
Sentiasalah melihat kebaikan dalam diri Sentiasalah melihat kebaikan dalam diri Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Jun 01, 2025 Rating: 5

Rasa lemah? Baca ni!

Khamis, Mei 29, 2025



Hari Ni Mungkin Susah, Tapi Esok Belum Tentu Sama



Ada hari kita bangun awal dengan semangat tinggi, rasa macam boleh urus dunia. Tapi ada juga hari, baru buka mata je... kepala berat, emosi berkecamuk, badan pun rasa malas nak bergerak.

Realitinya, hidup memang begitu. Ada naik, ada turun. Ada cerah, ada mendung. Tapi satu yang pasti — setiap hari yang kita lalui, walaupun perlahan, tetap kira sebagai langkah ke depan. Sebab yang penting, kita masih mencuba.

Kadang-kadang kita terlalu kejar kesempurnaan, sampai lupa nak hargai proses kecil yang sebenarnya penuh makna. Duduk diam sekejap. Urut kepala yang tegang. Sapu minyak kat bahu yang sengal. Tenangkan diri perlahan-lahan.

Satu tindakan kecil yang lembut pada diri sendiri, boleh jadi penawar paling kuat untuk hari yang berat.

Saya sendiri kagum bila dengar ramai orang simpan Minyak Herba Asmak sebagai penyelamat senyap di rumah. Ada yang guna bila anak mula kembung, ada yang sapu masa migrain menyerang. Katanya, sekarang MHAM dah keluar versi limited edition sempena ulang tahun ke-10 — kotak baru, rupa baru, tapi kesan masih padu macam biasa.

Tak ramai sedar, tapi minyak sapuan ni banyak bantu jaga “tenang” tanpa kita sedar. Bukan sekadar untuk sakit fizikal, tapi sebagai ritual sayang diri yang kita semua perlukan, especially bila hari rasa serabut.


Jadi, kalau hari ni rasa berat... jangan risau.

Tarik nafas. Perlahan-lahan. Cuba lagi. Dan jangan lupa,
satu hari nanti korang akan tengok ke belakang dan tersenyum:
“Sebab aku tak berhenti, hari aku berubah.”


Nak dapatkan Minyak Herba Asmak Limited Edition?
Boleh terus ke Pusat Edaran Asmak Teluk Intan,
atau beli online:



0135819100 Cikgu Basariah
Rasa lemah? Baca ni! Rasa lemah? Baca ni! Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 29, 2025 Rating: 5
Khamis, Julai 14, 2022


Assalamualaikum dan selamat pagi semua🌹

Sentiasalah kita berdoa akan seseorang kerana kita takkan pernah tahu derita seseorang untuk merubah kearah kebaikan.

0135819100 Cikgu Basariah
Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 14, 2022 Rating: 5

Charming smile

Selasa, November 23, 2021
Assalamualaikum dan selamat pagi semua🌹

Didik hati kita untuk bersederhana, supaya tenang di kala kekurangan dan bersyukur dikala berlebihan😊



0135819100 Cikgu Basariah
Charming smile Charming smile Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, November 23, 2021 Rating: 5

Mukmin Yang Selamat

Sabtu, Julai 24, 2021
Mukmin Yang Selamat

Setiap kita mengharapkan kehidupan yang selamat di dunia dan akhirat. Kita ingin hidup diredhai Allah, bahagia dan selamat. Semua orang ingin kebahagiaan dan keselamatan. 

Rasulullah SAW memberikan panduan untuk mendapatkan kehidupan yang bahagia dan selamat. Hadis Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: 'Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan selalu menolong hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya sesama muslim. Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya. Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca Al-Quran, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya. Barang siapa yang ketinggalan amalnya (kurang), maka keturunannya tidak akan dapat meninggikannya (menambah amalnya).' (HR Muslim No: 4867) Status: Hadis Sahih

Hadis ini menerangkan ciri-ciri orang yang selamat dan terpelihara kehidupannya di dunia dan akhirat:

1.  Mukmin yang membebaskan mukmin lain dari suatu kesulitan di dunia, nescaya Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat.

2.  Mukmin yang memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan semasa di dunia, nescaya Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat.

3.  Mukmin yang menutupi aib seorang muslim semasa di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. 

4.  Allah akan menolong sesiapa yang menolong saudara muslim yang lain semasa di dunia.

5.  Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya.

6.  Orang yang berkumpul di masjid untuk membaca Al-Quran, Allah akan mengurniakan ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya.

7.  Barang siapa yang kurang amalnya semasa di dunia,  maka keturunannya tidak akan dapat menambah amalnya. (Amal kita seperti solat, puasa adalah tanggungjawab kita).

Pelbagai relong tersedia di hadapan kita untuk menyumbang amal bakti kepada masyarakat di sekeliling. Bagi yang memiliki wang ringgit dan harta, gunakanlah sebaik mungkin untuk membantu dan meringankan kesusahan orang yang memerlukan. Bagi yang memiliki tenaga, kepandaian dan ilmu, gunakanlah sebaik mungkin untuk menyebarkan kebaikan. Moga ia menjadi aset berguna di hari akhirat nanti. 
 
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian #Asmak #WeAreFamily #MenjadikanHidupLebihBaik


0135819100 Cikgu Basariah
Mukmin Yang Selamat Mukmin Yang Selamat Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Julai 24, 2021 Rating: 5

Latihan yang menyeluruh

Rabu, Jun 16, 2021
LATIHAN YANG MENYELURUH

Kita biasa MELATIH KEMAHIRAN supaya lebih kuat, cekap, cepat, mantap, tangkas dan sebagainya

Tapi,  

Pernahkah kita melatih SABAR? 
Pernahkah kita melatih ISTIQOMAH? 
Pernahkah kita melatih KOMITMEN? 
Pernahkah kita melatih SYUKUR? 
Pernahkah kita melatih REDHA?
Pernahkah kita melatih TERUS ASA?
Pernahkah kita melatih BUAT SEGERA?
Pernahkah kita melatih TEPATI MASA? 

Pernahkah kita melatih ATTITUDE kita ni? 

Sedangkan kita tahu,  selain SKILL dan KNOWLEDGE. ATTITUDE adalah elemen yang paling penting untuk BERJAYA

Ini adalah ATTITUDE orang yg berjaya.  

Jika kita nak berjaya,  kita juga mesti mempunyai Attitude ni.  

Attitude ni dah ada dalam diri kita. 

Cuma kita tidak pernah LATIH supaya ia jadi kuat.

Azman Aziz


0135819100 Cikgu Basariah
Latihan yang menyeluruh Latihan yang menyeluruh Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Jun 16, 2021 Rating: 5

Teknik Bertenang 5-4-3-2-1

Rabu, Januari 27, 2021
Assalamualaikum

Kisah semalam, cikgu setia menanti dari jam 8 pagi sehingga dah nak tengahari, masih tiada respon dari salah satu group pdpr kelas, tak bangun tidur lagi ke budak-budak ni? Huhu. Cikgu dah mula terasa bahang stres melanda.

Elok je timing Tuan Azizi kongsi kaedah hilangkan stres. Jomla buat 😌

𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟓-𝟒-𝟑-𝟐-𝟏

Berikan perhatian kepada sekeliling anda dan tarik nafas

1. Namakan 5 benda yang anda lihat di sekeliling anda

2. Namakan 4 benda yang anda rasa

3. Namakan  3 bunyi yang anda dengar

4. Namakan 2 bau yang anda hidu

5. Beri pujian kepada diri sendiri atau bacakan satu kata-kata positif

Kredit Tuan Azizi Lamat sempena Wacana Ilmu: Keseimbangan psikologi dan kehidupan berkerjaya dalam mendepani cabaran pandemik Covid 19



Alhamdulillah mendapat perkongsian menarik camni. Kalau stress gak sampai sakit kepala kena sapu Fresh n cool ni plak bagi tenang. Haha. All is well 😜✌️

Hilang teruih stres masuk order dari pelanggan Asmak. Alhamdulillah rezeki Selasa ✌️


0135819100 Cikgu Basariah


Teknik Bertenang 5-4-3-2-1 Teknik Bertenang 5-4-3-2-1 Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Januari 27, 2021 Rating: 5

| BIG WHY |

Isnin, Disember 07, 2020
Sekarang anda sudah ada BIG WHY 

Anda juga jelas dengan tujuan anda berbisnes iaitu untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dengan membantu memberi manfaat kepada seberapa ramai orang. Niatkan begini,insyaAllah keuntungan akan datang dengan sendirinya. 

Bila kita berbisnes kerana Allah,kita juga akan elakkan buat benda yang melanggar syariat dalam Islam. 

Biarlah hasil bisnes yang kita dapat itu berkat selain halal.  

Kita jaga akaun baik-baik,buat rekod duit keluar dan masuk,supaya senang kita nak bayar zakat. 

Setiap sen duit kita akan dikira,jika kita tak disiplinkan diri kita merekodkan kewangan,macam mana kita nak bayar zakat kan? 

Oleh itu,buatlah elok-elok rekod kewangan kita.

-Nfam



0135819100 Cikgu Basariah
| BIG WHY | | BIG WHY | Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 07, 2020 Rating: 5

Bulan baru, azam baru!

Ahad, Mac 01, 2020
Assalamualaikum

Apa khabar hari ni?

Kejap je dah masuk bulan Mac kan? Rasa macam baru je sambut tahun baru.

Sehari umpama sesaat.  Hari dilalui kalau tidak diisi dengan pengalaman indah akan berlalu begitu sahaja. Paling merugikan bila tiada perkara baik yang dilakukan pada hari-hari yang telah berlalu.

Masa yang berlalu tak boleh diulang. Namun, kita masih ada masa untuk menggunakan masa kini dan akan datang dengan sebaiknya.

Semak semula azam, matlamat dan apa yang nak dicapai. Berusaha sedaya upaya ke arah mencapainya. Dalam masa yang sama, amal ibadat pastikan seiring kerana itulah sahaja yang akan menjamin kita di akhirat nanti.




0135819100 Cikgu Basariah
Bulan baru, azam baru! Bulan baru, azam baru! Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mac 01, 2020 Rating: 5

Terinspirasi dari KFC

Rabu, Disember 25, 2019
Assalamualaikum

#Kisah inspirasi

Tidak pernah terlewat untuk bermula 😍

Pada usia 5 Bapanya meninggal dunia.
Pada usia 16 dia berhenti sekolah.
Pada usia 17 dia sudah kehilangan empat pekerjaan.
Pada umur 18 tahun dia berkahwin.
Antara usia 18 dan 22, dia adalah seorang konduktor kereta api dan gagal.
Beliau menyertai tentera .
Beliau memohon untuk masuk sekolah undang-undang tetapi ditolak.
Dia menjadi seorang jurujual insurans dan gagal lagi.
Pada usia 19 beliau menjadi seorang bapa.
Pada usia 20 isterinya meninggalkan dia dan mengambil bayi perempuan mereka.
Beliau menjadi seorang tukang masak dan pencuci pinggan di sebuah kafe kecil.
Dia gagal dalam percubaan untuk menculik anak perempuan sendiri, dan akhirnya dia yakinkan isterinya untuk pulang ke rumah.

Pada usia 65 beliau bersara.

Pada 1hb persaraan beliau menerima cek daripada Kerajaan bernilai $ 105.

Beliau merasakan bahawa Kerajaan telah berkata "bahawa kamu tidak dapat menyediakan untuk dirinya sendiri"
Beliau memutuskan untuk membunuh diri kerana dia telah gagal begitu banyak kali.

Dia duduk di bawah pokok menulis kemahuannya, tetapi sebaliknya, beliau menulis apa yang akan dicapai dengan hidupnya.

Dia sedar ada banyak lagi yang dia tidak lakukan.

Ada satu perkara yang dia boleh lakukan lebih baik daripada orang yang dia tahu dan itu adalah bagaimana untuk memasak.

Jadi dia meminjam $ 87 dari cek yang dimilikinya untuk beli dan goreng beberapa ayam menggunakan resipi kemudian pergi rumah ke rumah untuk menjual mereka kepada jirannya di Kentucky.

Ingat: Walaupun pada umur 65 tahun beliau bersedia untuk membunuh diri kerana kegagalannya.

Tetapi pada usia 88 Kolonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC) Empire adalah seorang jutawan.

Moral cerita: Attitude (SIKAP)

Ia tidak pernah terlambat untuk bermula sekali.

PALING PENTING, IA ADALAH TENTANG SIKAP ANDA. JANGAN PUTUS ASA WALAU SESUKAR MANA CABARAN SEKALIPUN.

Yang kaya boleh jadi miskin.
Yang miskin boleh jadi kaya.
Tiada yang pelik dalam dunia peniagaan.
Anda buat anda dapat.

Kredit kepada penulis asal. Mohon maklum jika tahu



0135819100 Cikgu Basariah
Terinspirasi dari KFC Terinspirasi dari KFC Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Disember 25, 2019 Rating: 5

Salam Isnin permulaan Julai yang indah 😘

Isnin, Julai 01, 2019
Assalamualaikum

Adakah anda seorang yang cekal?

Ramai yang tak sedar betapa mereka sangat hampir untuk mencapai impian semasa mereka memilih untuk berputus asa.

Jadi, jangan mudah give up okay!

Keep moving forward!



Jom join cikgu jadi dropship Asmak. Bimbingan diberi buat yang mahu 😘
0135819100 Cikgu Basariah
Salam Isnin permulaan Julai yang indah 😘 Salam Isnin permulaan Julai yang indah 😘 Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 01, 2019 Rating: 5

Motivasi 100 kegagalan

Khamis, Mei 24, 2018
Assalamualaikum

*Latihan 100 Kegagalan Untuk Berjaya*

Saya tak ada latarbelakang bisnes. Saya hanya memulakan bisnes ketika saya terdesak perlukan pendapatan tambahan ketika dihimpit tekanan kewangan. Masa saya baru nak belajar berbisnes kira-kira 13 tahun dulu, salah satu latihan yang mentor saya berikan ialah latihan “100 rejection”. Mentor saya berikan satu helaian kertas A4 dan tertulis nombor 1 – 100, dan saya perlu cari 100 orang yang menolak untuk membeli produk yang saya jual.

Setiap satu rejection yang saya terima, saya perlu tick satu nombor.

Sebagai seorang yang dapat kelulusan yang baik di universiti, bagi saya “rejection” itu adalah sebuah kegagalan. Setiap kesilapan juga dianggap gagal hingga pelajar-pelajar di universiti selalunya tak akan semak kesilapan menjawab exam sebaik sahaja selesai sesuatu exam sebab takut kecewa.

Setiap kesilapan (dan “rejection”) itu seolah-olah satu DOSA hingga ia perlu dielakkan sama sekali!

*Latihan Mengubah Kehidupan*

Pada mulanya saya tak faham kenapa mentor saya berikan latihan “100 rejection” itu. Tetapi lepas saya dapat 50 rejection, saya sudah KEBAL dengan rejection. Sebelum latihan itu, success rate saya hanyalah 10%. Kalau saya berjumpa 10 orang, hanya seorang sahaja akan membeli, tetapi lepas hadapi 50 rejection, success rate saya meningkat hingga 80%! (Alhamdulillah)

Bagi Robert Kiyosaki, latihan begini dianggap sebagai “life-changing business education”. Inilah antara bentuk latihan bisnes yang boleh mengubah kehidupan kita. Latihan begini tidak diajar di sekolah mahupun di universiti, tetapi inilah latihan yang bakal mengubah kehidupan kita yang sebenar.

*Tukar Kegagalan Menjadi Kejayaan*

Memang benar, latihan itu mengubah perspektif saya tentang kegagalan dan kejayaan;

(1) Setiap kegagalan adalah PELAJARAN BARU dalam hidup, ia bukanlah satu ‘DOSA’ yang perlu dielakkan sama sekali. Saya boleh katakan hampir kesemua orang yang berjaya pernah lalui kegagalan samada besar ataupun kecil.

(2) Setiap kegagalan yang kita lalui, sebenarnya kita sedang mengumpul POINT UNTUK BERJAYA. Ia hanyalah sebahagian daripada proses mencapai kejayaan. Dalam latihan itu, kalau berjaya, kita dianggap berjaya. Kalau dapat rejection pun, itu juga kejayaan sebab saya diberi tugasan untuk dapatkan  rejection.

(3) Setiap kegagalan itu membuatkan JIWA KITA 100SEMAKIN KEBAL. Kita bukan kalah, bahkan kita semakin kuat untuk menang. Sekiranya orang berkata “NO” kepada saya, maka dalam hati saya akan berkata “NEXT”. Saya akan cari orang lain sehingga saya berjumpa “YES” yang saya mahukan itu.

*Belajar Terima Kegagalan*

Yang paling penting, latihan itu membina KEUPAYAAN UNTUK BANGKIT dengan cara mengubah kegagalan menjadi sumber motivasi untuk berjaya tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain.

Kegagalan bukanlah sebenar-benar kegagalan selagi ianya bukan satu DOSA, sebaliknya ia hanyalah BATU LONCATAN untuk kita menikmati kejayaan pada masa depan, insyaAllah.

```[ Artikel dari blog penulis buku "Zero Hutang" , "Misi Bebas Hutang"(Zero Hutang 2.0) dan buku "Wang Emas", En Mohd Zulkifli Shafie (www.mohdzulkifli.com) ]```

Daripada buang masa memikirkan kegagalan anda, baik terus bangkit dan berusaha untuk berjaya


0135819100 Cikgu Basariah
Motivasi 100 kegagalan Motivasi 100 kegagalan Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 24, 2018 Rating: 5

Terobek intipati motivasi

Isnin, April 23, 2018
Assalamualaikum.

Pada 12 April yang lalu, cikgu bawa pelajar calon penerima biasiswa MAIP ke majlis penyampaian bantuan yang diadakan di Kompleks Islam Darul Ridzuan. Ada sesi motivasi yang menarik isinya disampaikan oleh motivator iaitu cikgu Jasmi pada masa tersebut.

Berikut sedikit ringkasan yang sempat cikgu salin.

Bersihkan tempat tadahan ilmu
1. Mata
2. Telinga
3. Otak (fikiran)
4. Hati

Bersihkan tempat tadahan ilmu dengan istighfar

Jangan biarkan kotor sampai bila-bila

Tetapkan matlamat paling tinggi

Kisah motivasi pasukan bola sepak selatan thailand

Minda sentiasa menyimpan imej yang dilihat. Pastikan sentiasa melihat imej yang baik sahaja

Mesti menjaga hubungan untuk mencapai kecemerlangan

Utk berjaya, 30% belajar, 70% menjaga hubungan (Allah, ibu bapa, guru, keluarga, rakan)

Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan ibu bapa, jaga hubungan dengan guru-guru, kawan-kawan dan kaum kerabat sekali

Hargai setiap apa yang dimiliki sekarang dan capailah kecemerlangan dalam kehidupan

Dari Abu Hurairah r.a katanya, "Rasulullah SAW bersabda, Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali 3 perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang berdoa kepadanya"
Hadis Riwayat Imam Muslim.

Jasmi Zarina Solution

Mencari penawar asma, batuk, semput yang selamat seawal usia bayi sehingga dewasa?

Dapatkan minyak herba asmak! 
Hubungi 0135819100 Cikgu Basariah.


Terobek intipati motivasi Terobek intipati motivasi Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, April 23, 2018 Rating: 5

KENAPA KENA BUAT 'LIST TO DO'?

Jumaat, April 13, 2018
Assalamualaikum

Selaku seorang yang bekerja dalam masa yang sama berniaga, menulis 'LIST TO DO' adalah sesuatu yang WAJIB dibuat pada setiap pagi.

Penting ke buat 'LIST TO DO' ni?

1. Kerja terancang
-dengan menyenaraikan aktiviti yang perlu dilakukan, anda sebenarnya telah menjadikan hari anda bermula dengan baik
-kerja yang bakal dilakukan pada hari itu telah dirancang lebih awal lagi dengan ini anda sebenarnya telah memprogram minda anda seawal pagi untuk melakukan kerja

2. Sistematik
-'list to do' membantu anda lebih bersistematik atau dalam istilah lain tersusun. Kebiasaannya semasa membuat senarai, anda juga secara langsung dapat menilai kerja yang mana perlu dilakukan dahulu dan mana pula yang kemudian.

3. Elak bazir masa
-semakin panjang senarai yang perlu dilakukan membuatkan anda akan takut untuk membuang masa terhadap perkara yang sia-sia.
-selagi senarai yang perlu dilakukan tidak dipadam, beerti misi anda pada hari itu belum tercapai.

4. Tekanan
- ramai orang takut bekerja dalam tekanan namun sebenarnya tekanan juga mampu memberikan impak yang positif kepada manusia.
-membuat 'list to do' ini mewujudkan satu tekanan dalam cara yang positif untuk anda sedar bahawa ada banyak perkara penting yang perlu anda lakukan pada setiap hari.
-tahukah anda, tanpa tekanan sebenarnya kehidupan akan menjadi bosan? Tekanan mewujudkan cabaran dan cabaran itulah yang mewarnai kehidupan lantas menjadikan manusia lebih baik.

5. Kepuasan
-sebab terakhir ini yang paling saya suka sebenarnya.
-adalah memberi suatu kepuasan apabila setiap perkara yang ingin dilakukan itu telah dipadam daripada senarai.
-anda akan rasa yang anda telah memanfaatkan hari anda dengan penuh bermakna.
-anda boleh meraikan diri sendiri selepas segala tugasan telah diselesaikan.
-anda akan dapati anda lebih bersemangat pada keesokan harinya.

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh mula tulis 'LIST TO DO' hari ini!

-CIKGU BASARIAH-


Mencari bisnes santai sebagai pendapatan sampingan? Jom sertai kami di MHAMSB!
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
KENAPA KENA BUAT 'LIST TO DO'? KENAPA KENA BUAT 'LIST TO DO'? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, April 13, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.