Seo Services

KENAPA KENA BUAT 'LIST TO DO'?

Assalamualaikum

Selaku seorang yang bekerja dalam masa yang sama berniaga, menulis 'LIST TO DO' adalah sesuatu yang WAJIB dibuat pada setiap pagi.

Penting ke buat 'LIST TO DO' ni?

1. Kerja terancang
-dengan menyenaraikan aktiviti yang perlu dilakukan, anda sebenarnya telah menjadikan hari anda bermula dengan baik
-kerja yang bakal dilakukan pada hari itu telah dirancang lebih awal lagi dengan ini anda sebenarnya telah memprogram minda anda seawal pagi untuk melakukan kerja

2. Sistematik
-'list to do' membantu anda lebih bersistematik atau dalam istilah lain tersusun. Kebiasaannya semasa membuat senarai, anda juga secara langsung dapat menilai kerja yang mana perlu dilakukan dahulu dan mana pula yang kemudian.

3. Elak bazir masa
-semakin panjang senarai yang perlu dilakukan membuatkan anda akan takut untuk membuang masa terhadap perkara yang sia-sia.
-selagi senarai yang perlu dilakukan tidak dipadam, beerti misi anda pada hari itu belum tercapai.

4. Tekanan
- ramai orang takut bekerja dalam tekanan namun sebenarnya tekanan juga mampu memberikan impak yang positif kepada manusia.
-membuat 'list to do' ini mewujudkan satu tekanan dalam cara yang positif untuk anda sedar bahawa ada banyak perkara penting yang perlu anda lakukan pada setiap hari.
-tahukah anda, tanpa tekanan sebenarnya kehidupan akan menjadi bosan? Tekanan mewujudkan cabaran dan cabaran itulah yang mewarnai kehidupan lantas menjadikan manusia lebih baik.

5. Kepuasan
-sebab terakhir ini yang paling saya suka sebenarnya.
-adalah memberi suatu kepuasan apabila setiap perkara yang ingin dilakukan itu telah dipadam daripada senarai.
-anda akan rasa yang anda telah memanfaatkan hari anda dengan penuh bermakna.
-anda boleh meraikan diri sendiri selepas segala tugasan telah diselesaikan.
-anda akan dapati anda lebih bersemangat pada keesokan harinya.

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh mula tulis 'LIST TO DO' hari ini!

-CIKGU BASARIAH-


Mencari bisnes santai sebagai pendapatan sampingan? Jom sertai kami di MHAMSB!
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
KENAPA KENA BUAT 'LIST TO DO'? KENAPA KENA BUAT 'LIST TO DO'? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, April 13, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.