Seo Services
Results for sembang santai

Tepuk dada tanya hati

Isnin, Mac 15, 2021


Masa kupas bawang tadi, amik bawang ni. Luar dia cantik molek je. Sekali kat dalam sampai lapisan tengah membusuk. Tak dapat dipertahankan terus masuk tong sampah.

Ambil sebiji lagi. Luar dah nampak busuk. Cuba nak potong, sekali lapisan pertama je yang tak elok. Yang lain cantik mulus je.

Terfikir, manusia pon ada yang macam bawang. Kat luar segak, cantik, cakap lemah lembut, tapi hati kat dalam..ya Allah, hanya tuhan yang tahu. Penuh dengan hasad dengki dan bersangka buruk dengan orang.

Ada pula manusia yang luarannya nampak tak senonoh. Penampilan memang tak payah ceritalah. Cakap pon kasar, main lepas je. Tapi hati kat dalam baik rupanya. 

Macam orang Bukit Besaq kata, 'dont judge a book by its cover'.

Hati kat dalam hanya Allah yang tahu.

Tapi ada je bawang yang luar dan dalam molek je. Manusia pon sama.

So, nak jadi yang mana? Tepuk dada, tanya iman ❤️

#ikhtibarDariAlam

0135819100 Cikgu Basariah
Tepuk dada tanya hati Tepuk dada tanya hati Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mac 15, 2021 Rating: 5

Fobia Dengan Belon

Sabtu, Mac 06, 2021
Ghenyeh sakan dapat belon kat sekolah tadi.

Rambut tu biasalah bila balik sekolah memang over cun abisla tudung dia. Ni kira tahap boleh 'gagah', orang Kedah kata 😝

Sebenaqnya cikgu ni seriau sket dengan belon ni. Selain risau dia meletup depan muka dan menyebabkan akak kena 'heart attack', dia juga antara penyebab Nurin pernah kena masuk wad beberapa tahun lepas.

Nak tau macamana?

Ha..kena baca sampai abisla tau.

Nurin ni dlu sampai sekarang, pesen dia suka tiup belon, pastu biar belon tu terbang. Dah terbang jatuh merata-rata dia amik kutip, dan tiub balik. Tarik nafas, hembus, tarik nafas, hembus, pastu dia start kena batuk. Batuk plus selesema yang teruk. Masa tu sapu minyak asmak pon dah tak jalan. Benda ni jadi kejap je. Disulangi dengan demam panas. 

Risau punya pasal demam tak kebah, batuk tak berkurang, terus ke hospital. Mujur kami ada amik kad insuran khas utk dia. Cuma kat hospital Anson Bay tu tak cover. Kena dahulukan duit dlu. Tapi dapatla claim pastu. Entah bila agaknya Prudential BSN Takaful nak boleh cover rawatan kat Anson Bay ni? Jenuh rib rib nak kuar dulu bila masuk hospital.  So, korang kalau nak masuk hospital ni, cari insuran lain eh. Dia lom cover tau. Eh tiber..lari topik 😅

Ok bersambung...

Sampai je hospital terus request doktor pakar kanak-kanak. Masa kat kecemasan tu depa dah cek oksigen semua. Memang low sangat. Mujur cepat bawa ke hospital. Dipendekkan cerita, Nurin kena jangkitan kuman di paru-paru. Bertapa lah kami beberapa hari kat hospital tu. Mujur boleh pilih bilik best. Selesalah tapi nak membayar dlu pon best jugak 😵

Sejak tu, memang cikgu risau sketla nak bagi dia main belon ni. Alhamdulillah sekarang pon non stop bagi dia madu dan vitamin C setiap hari. Jus Asmak bagu juga bila nampak start batuk dan selesema sket-sket. Minyak Herba Asmak memang peneman setiap dalam wad masa tu sampaila sekarang ni. 

Hikmah kejadian, cikgu belajar tepuk percussion cara betul dari chest therapist masa tu la. Rupanya dengan cara tepukan yang betul + sapuan Minyak Herba Asmak sangat membantu kahak keluar dengan mudah.

Fobia? Ofkos!

So, beringat sebelum kena ye semua 😊

Eh, ada ke yang baca sampai abis ni?




0135819100 Cikgu Basariah
Fobia Dengan Belon Fobia Dengan Belon Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Mac 06, 2021 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.