Seo Services

Tepuk dada tanya hati



Masa kupas bawang tadi, amik bawang ni. Luar dia cantik molek je. Sekali kat dalam sampai lapisan tengah membusuk. Tak dapat dipertahankan terus masuk tong sampah.

Ambil sebiji lagi. Luar dah nampak busuk. Cuba nak potong, sekali lapisan pertama je yang tak elok. Yang lain cantik mulus je.

Terfikir, manusia pon ada yang macam bawang. Kat luar segak, cantik, cakap lemah lembut, tapi hati kat dalam..ya Allah, hanya tuhan yang tahu. Penuh dengan hasad dengki dan bersangka buruk dengan orang.

Ada pula manusia yang luarannya nampak tak senonoh. Penampilan memang tak payah ceritalah. Cakap pon kasar, main lepas je. Tapi hati kat dalam baik rupanya. 

Macam orang Bukit Besaq kata, 'dont judge a book by its cover'.

Hati kat dalam hanya Allah yang tahu.

Tapi ada je bawang yang luar dan dalam molek je. Manusia pon sama.

So, nak jadi yang mana? Tepuk dada, tanya iman ❤️

#ikhtibarDariAlam

0135819100 Cikgu Basariah
Tepuk dada tanya hati Tepuk dada tanya hati Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mac 15, 2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.