Seo Services
Results for tips diet

Diet tanpa stress

Jumaat, November 18, 2022
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca blog cikgu 😁. Korang dah bergerak balik kampung halaman ke tu? yang balik, semoga dipermudahkan segala urusan ya dan berhati-hati di jalan raya. Hari ini, cikgu rasa nak kongsikan kepada pembaca cikgu tentang diet. Kita bila dengar sahaja tentang diet mesti memikirkan mesti tak boleh makan nasi kan? 😂 kena berlapar sepanjang hari. betul tak korang? Sebenarnya bahaya bila diet begitu, diet yang begitu akan membuatkan mental kita stress dan boleh seksa kan diri kita tau. Jadi, jom cikgu terangkan kepada korang tentang diet yang sihat 😊

Ada 4 tips diet yang sihat 

1) Jangan terlepas sarapan pagi

Seperti yang kita tahu, sarapan pada pagi hari adalah waktu yang paling penting. Pun begitu,ada individu yang sengaja meninggalkannya, hanya kerana ingin tubuh badan yang langsing. salah! perbuatan itu akan menjadikan korang akan terkena gastrik. Badan kita perlukan nutrien untuk tubuh badan kita berfungsi. Tanpa nutrien yang cukup,korang hanya akan mengambil banyak snek di hari itu kerana lapar. Bancuh susu kambing Asmak mampu memberi tenaga dan juga mampu memberi tahan lapar. Nak cuba? boleh klik number dibawah nanti ya 😋



2) Minum air kosong lebih banyak

Mesti ramai yang terfikir bahawa perbuatan ini hanya akan mengakibatkan korang gemuk air bukan?
Tidak, jangan risau tentangnya kerana ia mungkin tidak akan terjadi jika korang kenal diri sendiri. Ramai yang keliru antara rasa lapar dan dahaga. Itu lah punca korang makan banyak, sedangkan apa yang diperlukan hanyalah segelas kosong sahaja.




3) Makan lebih banyak sayur dan buah

Buat korang yang belum tahu, sayur dan buah adalah sangat rendah kalori dan lemak serta tinggi serat. Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang sangat sihat untuk tubuh badan kita secara umumnya. Jadi,sila ambil buah dan sayur terlebih banyak.







4) Makan dengan waktu tetap 

Ramai individu beranggapan bahawa perbuatan skip makanan salah satu waktu makan boleh menbantu diet korang.Tidak sama sekali,ini kerana ia hanya kerana korang mengambil lebih banyak snek kerana lapar. Sebaliknya,sila makan pada waktu yang tetap pada setiap hari namun dengan kuantiti makanan yang lebih sedikit. Dengan ini, dapatlah kalori yang anda ambil itu dibakar dengan lebih cepat. Ambil pengambilan suku-suku separuh. Baru terasa tak diet kan. hehe. Seperti contoh dibawah ya.



Nampak pun dah sedap kan! 😋😍. Diet jangan stress-stress. Kita enjoy sahaja okies? 



Korang nak risik-risik produk Asmak? Roger sahaja cikgu, nanti cikgu akan terangkan satu persatu tentang produk Asmak ya 😉

Diet tanpa stress Diet tanpa stress Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, November 18, 2022 Rating: 5

Diet ramadan

Khamis, Jun 07, 2018
Bila masuk minggu ketiga, kebiasaan berat badan akan mula statik dengan rutin diet sewaktu Ramadan. Cuba lakukan,

1. Semak kembali plan pemakanan kalian. Apakah masih on track atau sudah pelan-pelan nak pi kelaut.

2. Tengok juga DCR kalian. Bila berat dah turun dalam 2-3 minggu ni boleh jadi akan berlaku juga perubahan DCR. Nilai keperian kalori seharian.

3. Jadi dah kena buat kira-kira semual. Mungkin sebelum ini dengan berat 75kg DCR kalian adalah 1500 sehari. Bila berat dah jadi 71kg mungkin DCR dah jadi 1300kcal. Semak kembali.

4. Bila dah jadi statik tak boleh salahkan badan. Konon badan dah tak boleh turun sebab usia, keturunan atau sumpahan. Tak ada kena mengena.

5. Bila tak turun lihatlah kembali pada rutin senaman apa yang telah kalian laksanakan pada Ramadan ini.

6. Kalau sebelum ni duk main mop lantai, kemas rumah dan sapu sampah sahaja. Maka dah boleh cuba dengan rutin senaman yang betul-betul senaman. Bukan dengan gaya aktif lagi.

7. Senaman tak perlu fokus hari-hari. Waktu malam lepas terawih cari waktu untuk bakar kalori dan lemak-lemak sikit.

8. Elakkan guna alasan tak ada masa. Selagi tak cari masa selagi itu juga tak boleh harap jarum penimbang akan berubah. Huhu.

9. Kadang berat statik boleh jadi sebab fokus terlalu banyak pada jaga makan. Tapi mengabaikan 20%/30% lagi dalam diet iaitu senaman.

10. Boleh jadi juga sebab kurang dapatkan waktu tidur yang baik. Itu juga penyebab susahnya nak turun-turun lagi berat badan.

Pokok pangkalnya nak dapat lebih kena usaha lebih. Tiada jalan pintas atau cara ajaib yanh lain. Bila dah statik kena ubah cara pemakanan sedia ada dan juga rutin harian.

Ingat. Ada di zon selesa lama-lama tidak akan membantu kalian. Bergerak dan beradalah dalam zon baru yang penuh dengan cabaran. Insya-Allah itu membantu.

Moga dapt realisasikan impian kalian yang tengah statik itu. Teruskan usaha. Perjuangan itu tidak indah dan selesa.

Arif Sukri

Jomlah bersama.



0135819100 Cikgu Basariah
Diet ramadan Diet ramadan Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Jun 07, 2018 Rating: 5

Sambal hitam untuk Diet

Ahad, Jun 03, 2018
TIP KURUS DENGAN SAMBAL HITAM PAHANG ORIGINAL BY MERECIQ

Tip ini ditulis oleh Nfam untuk penggemar sambal hitam yang nak kurus.Raya pun dah nak dekat kan.Sempat lagi ni.

Anda perlu tahu,untuk kurus ada beberapa cara.Ini adalah cara yang menggunakan kaedah menjaga kalori yang diambil.

1. Amalkan makan nasi suku sahaja,separuh lebihkan sayur
2. Nasi tu makan berlaukkan sambal hitam sahaja
3. Elakkan sarapan,amalkan "brunch".Tapi ada juga kata kena sarapan,jadi makanlah makanan yang kurang kalori dan elakkan makanan yang terlalu manis.Bila lewat makan,badan memerlukan kalori dan ia akan membakar kalori yang sedia ada dalam badan.
4.Jika ambil sarapan,makan nasi petang pula,malam jangan makan langsung,jika lapar makan buah sahaja.
5. Amalkan minum air masak secukupnya mengikut berat badan
6. Amalkan puasa Isnin Khamis (sunnah Nabi Muhammad saw) atau puasa nabi Daud(selang sehari) - ini tip tambahan.
7.Jika lapar sangat,anda juga boleh makan roti putih dengan sambal hitam.

Tapi pengalaman saya menurunkan berat badan,dengan cara mengurangkan nasi pun dah turun banyak KG.Saya tambah dengan senaman pula,lagi cepat turun.

Bila sibuk,saya cuma jaga diet pemakanan sahajalah.

Lagipun makanan manis bahaya dan gula adalah penggalak kanser.Amalkan pemakanan yang sihat.


Tip ini dibawakan oleh Sambal Hitam Pahang Original -Mereciq

Sambal Hitam Pahang Mereciq ni boleh didapati dalam 3 perisa (mild hot, extra hot, bunga kantan) dan pelbagai saiz.

Banyak ikan bilis dan rasanya sangatlah sedap lagi mesra.


0135819100 Cikgu Basariah
Sambal hitam untuk Diet Sambal hitam untuk Diet Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Jun 03, 2018 Rating: 5

Tips diet di bulan puasa

Khamis, Mei 17, 2018
Assalamualaikum

Hari ni cikgu nak kongsi tips diet dari coach diet cikgu. Semoga tips n membantu kita semua kekal cergas dan fit sepanjang ramadhan ini.

😄😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃

Seperti yang dijanjikan abang akan kongsi dengan kau orang bagaimana diet yang abang buat sewaktu di Bulan Ramadhan.

Tip ini berdasarkan pengalaman abang dan ia sangat sesuai untuk kempiskan perut dan kurangkan berat. Kau boleh baca, share dan terus amal ya.

1. Jangan tinggal sahur

Ini antara asas di dalam diet. Sahur amat memainkan peranan penting sebagai sumber tenaga permulaan kau untuk berjuang tanpa makanan dan minuman sepanjang hari. Bersahurlah walau hanya dengan sebiji kurma. Kerana pada sahur ada keberkatannya. Sunnah.

2. Makanan rendah kalori

Jika tak mahu bersahur dengan kurma. Boleh juga pelbagaikan dengan menu-menu yang lain. Roti, nasi berlauk atau apa sahaja makanan. Namun kriterianya pula mestilah yang boleh kau jimat-jimatkan kalorinya. Bagaimana?

Kurangkan kuah dalam nasi dan elakkan lauk pauk kau dengan makanan yang tinggi kandungan garam. Seperti ikan masin, telur masin, sardin, kicap sos dan seumpamanya. Walaupun benda ini kau rasa makanan paling ringkas dan menjimatkan. Namun diingatkan kandungan garamnya juga tinggi. Tak bagus untuk diet.

3. Pengambilan nasi / bihun / mee

Tidak ada masalah untuk ambil nasi/ bihun/ mee/ kuetiow semasa sahur. Asalkan jumlahnya masih segenggam tapak tangan kau. Namun untuk jimatkan lagi kalori semasa sahur kau boleh ambil karbo kompleks yang lain. Sama ada roti wholemeal, oat, kurma, pisang dan seumpamanya. Nak makan overnite oat waktu ini pun boleh.

4. Minuman manis

Haa. Ini antara cabaran yang terbesar juga pernah abang buat. Ber- Ramadhan tanpa minuman manis. Hehe. Dengar pun dah macam susahkan. Kahkah. Sebenarnya cara terbaik untuk jimatkan kalori sewaktu Ramadhan adalah dengan tinggalkan minuman manis pada waktu sahur dan juga berbuka.

Ada juga yang risau kalau-kalau badannya akan lemah sebab tak dapat teh tarik, air bandung, coconut shake dan sebagainya. Tak cukup gula katanya.

Kau tak perlu risau, selagi masih makan nasi, ada lauk pauk yang lain dan berbuka dengan kurma kau dah tak perlu pun air manis. Inisiatif lain untuk elak minuman bergula ni ialah dengan buat jus buah tanpa gula. Tak perlu campur dengan susu atau gula tambahan.

Namun kalau nak minum juga teh ais dan air manis tu boleh. Tapi dalam kuantiti yang terkawal. Banyak mana? Setengah gelas paling banyak. Hihihi.

5. Kuantiti makanan semasa berbuka

Semasa berbuka pula, tidak ada masalah untuk ambil makanan yang lebih banyak berbanding semasa sahur. Namun pastikan makanan itu makanan yang berkualiti. Bukan nasi goreng, charkuetiow, roti canai atau murtabak.

Masa berbuka ini boleh makan lebih yang bagaimana?

Mungkin waktu sahur tak ada kuih muih maka sewaktu berbuka bolehlah kau makan kuih muih jika teringin. Kuih yang manis-manis pun boleh. Cuma hadkan dalam sebiji dua sahaja. Dah nama diet, jangan kau ekstrim sangat diet sampai berbuka pun nak makan oat sahaja. Huhu.

Makanlah nikmat yang Allah beri itu dengan sederhana.

6. Lauk pauk berbuka.

Seperti biasa utamakan makanan yang tinggi protin, namun rendah lemak dan garam. Ayam panggang, ikan bakar, masak singgang, asam pedas, dalca dan seumpamanya boleh jadi pilihan. Kalau nak makan ayam dahulukan bahagian dada dan jangan sesekali jadikan paha, sayap atau kaki sebagai pilihan utama. Ingat. Bahagian ini antara tinggi lemak.

Kuah masa berbuka ni tak perlu banjir-banjir, yang kering-kering sahaja.

Cuba cari makanan yang lebih mesra diet. Rebus, sambal kering sikit-sikit, kari pun boleh cuma kawal saja kuantiti kuahnya.

Psst, kalau kau pawer, cubalah tak sentuh langsung lauk bergoreng. Itu kalau pawerlah. Haha. Macam abang  dulu pawer tau. Lauk bergoreng ini hanya seminggu sekali. Ada berani? Jom!

8. Sayur dan buah-buahan

Samaada suka atau tidak sayur dan buah-buahan antara menu yang wajib kau makan sepanjang Ramadhan. Tak kisah samaada mahu digabung sewaktu berbuka atau dijadikan sebagai snek di malam hari.

Untuk sihat dan kurangkan berat badan serat memainkan peranan penting begitu juga dengan vitamin dari buah-buahan. Ingat kembali matlamat kau diet. Rugi hanya sasarkan kurus sedangkan badan tidak bertenaga dan kurang zat vitamin.

Gabungkan dalam juadah kau sayur-sayur ini pastikan ia jadi seimbang. Sayur pula boleh ambil dari ulam, rebus atau pilihan terakhir adalah dari yang bergoreng. Ini apa yang abang buat.

9. Moreh Ramadhan

Moreh adalah bahasa popular waktu Ramadhan. Bahasa mudahnya adalah snek malam. Tak ada masalah selepas terawikh kau nak makan moreh ni. Habuan nak mengunyah. Namun diingatkan makanan berat macam kau makan sewaktu berbuka itu adalah dilarang sama sekali.

Masa moreh kau boleh ambil snek-snek ringan macam buah epal, kekacang yang tidak tinggi garam, susu oat, kek atau pun kuih muih sebiji dua. Nak jimat lagi kau minum air kosong saja dan terus masuk bilik tidur.

10. Bersenam di bulan Ramadhan

Seperti atlit, ada waktu mereka berehat begitu juga dengan kita. Pada waktu Ramadhan senaman agak terbatas dan abang pun tak buat senaman intensiti tinggi.

Jika kau terlalu sibuk untuk raikan pesta ibadah ini cukuplah aktifkan diri pada siang hari seperti berjalan kaki, lakukan kerja rumah, dan aktiviti lain yang tidaklah terlalu tinggi intensiti senamannya.

Kalau kau rajin lagi, masa nak beli lauk berbuka tu di bazar tu kau pusing dua tiga pusingan dulu. Kemudia baru beli juadahnya. Hehe. Ingat, berjalan kaki juga tetap satu senaman membakar kalori. Bagi kau yang mahu aktif dengan senaman intensiti tinggi tak ada masalah. Kau boleh buat pada sebelah malam. Biasa dulu abang buat senaman begini selepas terawikh. Sekitar 45 minit sudah memadai.

Ini apa yang abang buat sewaktu diet dahulu. Percayalah jika boleh konsisten dengan garis panduan ini, insyaallah kau juga boleh fit tanpa perlu nak beli ubat kurus itu ini.

Tak ada masalah jika Ramadhan ini kau niat sebagai titik permulaan untuk hijrah ke arah yang lebih baik.

Apa saja pekerjaan adalah ibadah jika kau niatkan ia kerana Allah.

Okeyh. Terima kasih sudi baca sampai habis. Harap ia bermanfaat. Silakan share untuk manfaat kawan-kawan yang lain ya.

Arif Sukri
Ustaz Fitness Kebangsaan.

Tips diet di bulan puasa Tips diet di bulan puasa Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 17, 2018 Rating: 5

Jom BERDIET dengan gembira dan selamat!

Rabu, Februari 21, 2018
Assalamualaikum

TIPS DIET DENGAN GEMBIRA

Bagaimana mahu jadikan diet sebagai satu benda yang menyeronokkan?

1. Jangan tinggal makanan kegemaran secara terus. Buatlah kawalan secara berperingkat.

2. Misalnya suka makanan bergoreng, jangan tinggalkan. Cuma kurangkan sahaja kekerapan.

3. Elakkan menahan lapar. Menahan lapar akan mudah mematahkan semangat diet.

4. Sentiasa makan. Namun dalam kuantiti yang terkawal.

5. Fokus untuk matlamat panjang. Bukan sekadar mahu hilang dua tiga kilo dalam seminggu dua.

6. Jangan timbang hari-hari. Matlamat bukan untuk tengok angka penimbang. Tapi untuk lihat kadar kesihatan dulu. Kurus adalah bonus.

7. Jangan lihat pada jarum penimbang sahaja. Lihat juga pada inchloss yang berlaku. Di bahagian perut, peha dan anggota lain.

8. Setiap berat atau inchloss yang hilang harus diraikan.

9. Walaupun minggu tu cuma hilang 200gram sahaja. Ia wajib dibanggakan.

10. Selalu baca dan lihat fb orang-orang yang boleh beri inspirasi.

11. Maafkan diri sendiri bila sedikit tersasar. Kena terima kenyataan dan move on semula bila tersedar.

12. Jangan fokus nak hilang kilo cepat-cepat. Biar lambat asalkan selamat dan konsisten.

13. Banyakkan berdoa, sabar dan terus kuat. Diet adalah perjuangan diri sendiri untuk diri sendiri. Buangkan rasa hasad ingat pada jihad.

Begitulah sedikit sebanyak tips yang boleh saya bantu agar terus konsitsten dengan diet dan gaya hidup yang sihat.

Diet adalah perjuangan jangka waktu yang panjang. Sabar akan bawa kejayaan. Saya doakan agar kalian berjaya dengan apa yang telah dicita-citakan.

Kredit to my coach
Arif Sukri
Sukar berpisah dengan rasa manis?
Ayuh bertukar kepada STEVIA pengganti gula

Hubungi 0135819100 Cikgu Basariah


Jom BERDIET dengan gembira dan selamat! Jom BERDIET dengan gembira dan selamat! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Februari 21, 2018 Rating: 5

TIPS TURUN BERAT CARA MUDAH DAN SELAMAT

Selasa, Februari 06, 2018
Assalamualaikum

RAHSIA TURUN 8 KG DALAM DUA BULAN TANPA UBAT

Ramai kawan-kawan bertanya tips bagaimana saya boleh turunkan berat dalam masa yang agak singkat. Sebenarnya saya join kelas diet anjuran coach arif sukri,ustaz fitness. Tq wawa sahabat Kisas saya yang kenalkan dengan coach ni. Susah berdiet sorang diri sebenarnya. Selalu je terbabas. So kali ni bertekad join group supaya ada sokongan. Banyak ilmu yang diturunkan oleh beliau dalam group. Boleh follow fb beliau, Arif Sukri.

Banyak tips dipelajari tapi kat sini saya akan ceritakan apa yang saya buat supaya anda nampak sedikit gambaran yang berdiet ni bukan susah dan boleh je nak mula bila-bila masa.

1. Stop minum manis (saya tiada masalah ni sebab guna STEVIA, tapi pada minggu awal nak kurangkan berat ni, stevia pon saya avoid dulu. Saja nak bagi badan sedar saya sedang dalam fasa nak elak manis)

2. Stop segala makanan dan minuman segera. Sebelum mula diet ni, setiap hari saya wajib minum kopi 3in1. So mencabar gakla mula-mula tu.

3. Berjalan setiap hari sekurangnya 3000 langkah (lebih kurang 2km). Masa mula diet, berat mencecah 102kg. Hohoho. Memang jangan harapla nak terus buat senaman lasak-lasak. Semua peserta coaching diminta berjalan je dalam sehari jumlah langkah mesti cecah 3000 langkah. So, saya guna masa cuti sekolah baru ni untuk pusing keliling kampung. Rasa dah mengah jalan pon tengok belum 2000 langkah. Jenuh gakla mula-mula tu. Haha. Tapi lepas buat dua tiga hari, badan dah mula rasa ringan dan kurang dah mengah.

4. Makan 6 kali sehari. Ni berita gembira tau! Kami tiada istilah tak makan nasi. Boleh je nak makan dengan syarat nasi tak lebih segenggam. Pastu tak campur ayam dengan daging atau ikan. Sayur WAJIB ada. Saranan suku,suku separuh tu sangat baik untuk diikuti. Masakan pula elakkan yang berminyak dan digoreng secara deep fry. Seeloknya kukus, grill, panggang.

5. Sarapan pagi hanya OAT. So, pelbagai menu melibatkan oat saya cuba buat. Taula tekak melayu susah nak hadap ni. Tapi alhamdulillah sekarang dah ok. Sampai sekarang, setiap pagi saya akan sarapan dengan oat dan susu segar. Saya pilih instant rolled oat sebab mudah disediakan dan lebih baik berbanding oat biasa.

6. Belajar dan faham asas pengiraan KALORI makanan. Pengambilan kalori harian setiap individu adalah berbeza mengikut umur, jantina, iklim, pekerjaan, kesihatan dan saiz badan. Kalau nak turun berat, kena tahu berapa jumlah kalori harian yang perlu dikurangkan. Dalam subjek sains tingakatan 4 pon ada belajar cara kira kalori makanan ni. Boleh google cara kira kalori makanan harian kita.

7. Ahad adalah hari CHEAT DAY. Setiap makanan berkalori tinggi yang rasa teringin sangat nak makan, hanya boleh makan hari ahad. Sebenarnya hari apa pon boleh je nak dijadikan CHEAT DAY sebagai reward kepada diri selepas berjaya tempuhi seminggu menjaga diri dari nafsu makan durjana. Untuk kami, coach dah pilih hari Ahad. Lagipon,hari cuti kan. Syokla boleh makan puas-puas. Haha.

8. Diet sahaja tak mencukupi. Senaman perlu dibuat untuk kesan yang maksima. Kalau tak bersenam, badan pon tak rasa fit tau! Yang ni ilmu mahai yang kalau nak belajar kena masuk kelas coach arif. Tapi awal-awal tu memang tak terikutla senaman ni sebab badan berat sangat. Tapi, kalau tak boleh buat, jangan tinggal langsung. Buat je sikit-sikit mana yang termampu. Lama-lama dah ok, boleh tingkatkan intensity. Yang penting tips no 3 tu jangan tinggai.

9. Istiqamah. Setiap yang dilakukan kena konsisten. Kalau hari ni ikut, esok terbabas,lusa ke laut dalam jangan putus asa. Teruskan usaha sampai dapat. Hati kena kental. Niat diet untuk mudahkan ibadat dan kerja harian. Badan sihat boleh beribadah dengan sempurna. Tiada sakit lutut bila nak rukuk dan sujud. Boleh panjat tangga bilik guru dengan riang, kan ke seronok tu?

10. Doa mohon kepada Allah untuk dipermudahkan urusan diet. Kalau Allah tak izin, semua yang dibuat pasti tak berlaku. Setiap kali lepas solat, doa kepada Allah agar dipermudahkan urusan untuk turunkan berat ni. Kurus bukan untuk cantik. Kita nak sihat. Cantik itu bonus. Alhamdulillah.

Perjalanan saya masih jauh nak capai berat ideal. Semoga saya dapat terus konsisten dalam perjuangan ini. Jemput like, komen dan share jika anda rasa tips ini bermanfaat.



#KurusTanpaUbat
#TipsDiet
#SihatUntukIbadat

Anda menghidap asmak,semput,lelah,batuk atau selesema? Mencari penawar yang selamat buat anda atau insan tersayang? Dapatkan MINYAK HERBA ASMAK. Hanya sapuan luaran sahaja mampu membantu menyelesaikan masalah anda. Hubungi 0135819100 Cikgu Basariah untuk maklumat lanjut. Pengedar diperlukan di seluruh Malaysia. 
TIPS TURUN BERAT CARA MUDAH DAN SELAMAT TIPS TURUN BERAT CARA MUDAH DAN SELAMAT Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Februari 06, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.