Seo Services

TIPS TURUN BERAT CARA MUDAH DAN SELAMAT

Assalamualaikum

RAHSIA TURUN 8 KG DALAM DUA BULAN TANPA UBAT

Ramai kawan-kawan bertanya tips bagaimana saya boleh turunkan berat dalam masa yang agak singkat. Sebenarnya saya join kelas diet anjuran coach arif sukri,ustaz fitness. Tq wawa sahabat Kisas saya yang kenalkan dengan coach ni. Susah berdiet sorang diri sebenarnya. Selalu je terbabas. So kali ni bertekad join group supaya ada sokongan. Banyak ilmu yang diturunkan oleh beliau dalam group. Boleh follow fb beliau, Arif Sukri.

Banyak tips dipelajari tapi kat sini saya akan ceritakan apa yang saya buat supaya anda nampak sedikit gambaran yang berdiet ni bukan susah dan boleh je nak mula bila-bila masa.

1. Stop minum manis (saya tiada masalah ni sebab guna STEVIA, tapi pada minggu awal nak kurangkan berat ni, stevia pon saya avoid dulu. Saja nak bagi badan sedar saya sedang dalam fasa nak elak manis)

2. Stop segala makanan dan minuman segera. Sebelum mula diet ni, setiap hari saya wajib minum kopi 3in1. So mencabar gakla mula-mula tu.

3. Berjalan setiap hari sekurangnya 3000 langkah (lebih kurang 2km). Masa mula diet, berat mencecah 102kg. Hohoho. Memang jangan harapla nak terus buat senaman lasak-lasak. Semua peserta coaching diminta berjalan je dalam sehari jumlah langkah mesti cecah 3000 langkah. So, saya guna masa cuti sekolah baru ni untuk pusing keliling kampung. Rasa dah mengah jalan pon tengok belum 2000 langkah. Jenuh gakla mula-mula tu. Haha. Tapi lepas buat dua tiga hari, badan dah mula rasa ringan dan kurang dah mengah.

4. Makan 6 kali sehari. Ni berita gembira tau! Kami tiada istilah tak makan nasi. Boleh je nak makan dengan syarat nasi tak lebih segenggam. Pastu tak campur ayam dengan daging atau ikan. Sayur WAJIB ada. Saranan suku,suku separuh tu sangat baik untuk diikuti. Masakan pula elakkan yang berminyak dan digoreng secara deep fry. Seeloknya kukus, grill, panggang.

5. Sarapan pagi hanya OAT. So, pelbagai menu melibatkan oat saya cuba buat. Taula tekak melayu susah nak hadap ni. Tapi alhamdulillah sekarang dah ok. Sampai sekarang, setiap pagi saya akan sarapan dengan oat dan susu segar. Saya pilih instant rolled oat sebab mudah disediakan dan lebih baik berbanding oat biasa.

6. Belajar dan faham asas pengiraan KALORI makanan. Pengambilan kalori harian setiap individu adalah berbeza mengikut umur, jantina, iklim, pekerjaan, kesihatan dan saiz badan. Kalau nak turun berat, kena tahu berapa jumlah kalori harian yang perlu dikurangkan. Dalam subjek sains tingakatan 4 pon ada belajar cara kira kalori makanan ni. Boleh google cara kira kalori makanan harian kita.

7. Ahad adalah hari CHEAT DAY. Setiap makanan berkalori tinggi yang rasa teringin sangat nak makan, hanya boleh makan hari ahad. Sebenarnya hari apa pon boleh je nak dijadikan CHEAT DAY sebagai reward kepada diri selepas berjaya tempuhi seminggu menjaga diri dari nafsu makan durjana. Untuk kami, coach dah pilih hari Ahad. Lagipon,hari cuti kan. Syokla boleh makan puas-puas. Haha.

8. Diet sahaja tak mencukupi. Senaman perlu dibuat untuk kesan yang maksima. Kalau tak bersenam, badan pon tak rasa fit tau! Yang ni ilmu mahai yang kalau nak belajar kena masuk kelas coach arif. Tapi awal-awal tu memang tak terikutla senaman ni sebab badan berat sangat. Tapi, kalau tak boleh buat, jangan tinggal langsung. Buat je sikit-sikit mana yang termampu. Lama-lama dah ok, boleh tingkatkan intensity. Yang penting tips no 3 tu jangan tinggai.

9. Istiqamah. Setiap yang dilakukan kena konsisten. Kalau hari ni ikut, esok terbabas,lusa ke laut dalam jangan putus asa. Teruskan usaha sampai dapat. Hati kena kental. Niat diet untuk mudahkan ibadat dan kerja harian. Badan sihat boleh beribadah dengan sempurna. Tiada sakit lutut bila nak rukuk dan sujud. Boleh panjat tangga bilik guru dengan riang, kan ke seronok tu?

10. Doa mohon kepada Allah untuk dipermudahkan urusan diet. Kalau Allah tak izin, semua yang dibuat pasti tak berlaku. Setiap kali lepas solat, doa kepada Allah agar dipermudahkan urusan untuk turunkan berat ni. Kurus bukan untuk cantik. Kita nak sihat. Cantik itu bonus. Alhamdulillah.

Perjalanan saya masih jauh nak capai berat ideal. Semoga saya dapat terus konsisten dalam perjuangan ini. Jemput like, komen dan share jika anda rasa tips ini bermanfaat.



#KurusTanpaUbat
#TipsDiet
#SihatUntukIbadat

Anda menghidap asmak,semput,lelah,batuk atau selesema? Mencari penawar yang selamat buat anda atau insan tersayang? Dapatkan MINYAK HERBA ASMAK. Hanya sapuan luaran sahaja mampu membantu menyelesaikan masalah anda. Hubungi 0135819100 Cikgu Basariah untuk maklumat lanjut. Pengedar diperlukan di seluruh Malaysia. 
TIPS TURUN BERAT CARA MUDAH DAN SELAMAT TIPS TURUN BERAT CARA MUDAH DAN SELAMAT Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Februari 06, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.