Seo Services

DEMAM KUNING

Sabtu, Januari 22, 2011

Saya nak cerita sikit tentang demam kuning ni dan macamana saya dan suami menghadapi dan berusaha mencari penawar buat penyakit ni..

Dua hari selepas Razin dilahirkan dia dimasukkan semula ke hospital sebab disahkan terkena demam kuning..Bila baby kena demam ni dia akan jadi malas ja..asyik nak tidur saja sampai menyusu pon dia tak nak..Saya dan suami punyalah risau..macam petua yang kami cuba tapi antara yang berkesan pastinya rawatan hospital iaitu tidur di bawah cahaya biru..kesian tengok baby masa tu..kita rasa nak nagis saja..

Selain tu ada beberapa petua dan saya nak komen sket pasal ni:

a) bagi minum air mutiara cina - Jangan!!Jangan dan jangan!Memang turun bacaan dsrah tu tapi takut akan ada kesan ke atas buah pinggang bayi suatu hari nanti..ada seorang kawan saya bagitau anak sedara dia terus kena operate buah pinggang rosak sebab makan ubat tu..jadi hati2lah yer..

b) minum air kacang lendir (bendi)
- yang ni saya sarankan..Razin berkesan cara ni..lagipun sayur tu kan anugerah alam..caranya ialah..basuh bendi tu bersih2..kemudian potong sket dan masukkan dalam air suam..pastu bagi baby minum..janganla banyak sangat..letak dalam botol susu kecik yang 2oz tu..bagi dia cicip sikit2 ja..insyaAllah mujarab..jangan lupa berdoa yer..

c) minum air halwa kundur..ni saya cuba jugak tapi keberkesanannya kurang bagi Razin..caranya sama macam yang kat (b) tadi tu...

d) minum air zam2
- yang ni pon ok..baby kerap buang air kecil..doktor n misi kata masa dia buang air kecil dan najis tulah akan kurangkan kuning dia..

oklah..saya berhenti dulu..Razin dah banguu..selamat mencuba dan semoga langkah ini juga mujarab bagi anda..
DEMAM KUNING DEMAM KUNING Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Januari 22, 2011 Rating: 5

Tips untuk penyusuan penuh or exclusive breastfeeding(khas buat ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata)

Sabtu, Januari 22, 2011

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips (based from my own experience) tentang

cara untuk menjadi ibu yang berjaya memberi penyusuan penuh walaupun

bekerjaya.

1. mesti ada motivasi yang tinggi (high motivation)
-jangan mudah menyerah kalah dan cepat buat kesimpulan yang susu tidak cukup

untuk anak..saya sarankan tanam niat dalam hati nak bagi anak susu badan penuh

sejak dia dalam kandungan lagi..selalu berdoa kepada Allah dan rajin amalkan

surah Al-Hujurat..

2. Mesti kebal telinga daripada hasutan orang sekeliling

-yang ni bagi saya sangat penting..kadang2 masa minggu pertama melahirkan

orang kat sekeliling dah mula hasut kita bagi susu formula tambah2 bila anak

tu asyik nangis macam lapar ja..jangan cepat give up..usaha dlu bagi susu tu

keluar..berurut ka, minum air halba, minum teh herba dll..

3. Susukan anak sekerap mungkin..sekurang2nya 2 jam sekali..
-rangsangan daripada hisapan anak akan menjadikan payu dara si ibu lebih aktif

menghasilkan susu..kalau anak tu asyik nak tidur aja (macam Razin masa dia

kena kuning dlu..) kita kena usaha kejutkan dia dan susukan..demam kuning pon

akan cepat hilang bila anak rajin menyusu sebab dia akan keluar melalui najis

dan air kencing si anak tadi..jadi rajin2kan menyusu anak..Andai anak tadi dah

cukup kenyang dan didapati payudara masih keras dan ada susu, mesti pamkan

susu tersebut dan simpan dalam peti sejuk..ni boleh buat stok juga untuk anak

bila kita nak tinggalkan dia apabila mula bekerja nanti..susu yang disimpan di

dalam peti sejuk boleh tahan lama.kalau di bahagian beku boleh sampai 3 bulan

manakala di bahagian bawah sampai 7 hari..jangan lupa tulis tarikh pada botol

susu tu supaya kita tak simpan terlebih lama sampai khasiat susu tu menyusut

terlalu banyak..Jangan risau anak tak cukup khasiat daripada susu badan yang

disimpan di dalam peti sejuk sebab susu badan ibu beribu2 kali lebih baik

daripada susu formula(yang kita sendiri tak tau macamana proses

pembuatannya..bersih ke tak..halal ke tak..dll)

4. Membuat stok susu secukupnya buat si anak
-yang ni saya menyesal sket sebab saya lambat berkenalan dengan pam elektrik

yang boleh dibeli deripada pasaraya(Razin terpaksa minum susu badan campur

susu formula masa awal2 hantar kat pengasuh tapi tak sampai sebulan sebab

akhirnya stok dah cukup berkat kerajinan dan bantuan Allah yang

pastinya..alhamdulillah)..Pam yang saya guna jenama Tolly Joy tu murah saja

cuma RM110 tetapi boleh menggunakan bateri dan elektrik..saiznya yang kecil

juga memudahkan kita bawa dia ke mana-mana..Mula2 guna memang sakit sikit

tetapi tidak sesakit pam manual..kalau nak yang kurang sakit dan ada duit

lebih boleh beli jenama yang mahal sket..tapi nak jumpa kat pasaraya susah

jadi baik beli online..boleh tgk kat website yang ada saya sarankan sebelum

ini..siap dia buat package2 lagi dengan beg dan botol susu bebas BPA(benda ni

bahaya terhadap kesihatan dan banyak terkandung dalam botol susu biasa yang

kita beli kat supermarket)..Kalau yang jenama murah macam saya pakai ni ada

teknik dia nak kurangkan sakit tu iaitu kita kena pandai laraskan tekanan

dia..alat tu ada satu butang pressure..kita main2 butang tu..tapi pastikan

kita 'off' dlu baru main butang tu..yang ni nnt saya akan tunjuk gambar dalam

tajuk akan datang..insyaAllah..erm..seeloknya kita pam dan simpan sebanyak 3oz

untuk 1 botol..klu dapat 2oz pon dah ok..jangan banyak2 sangat takut anak tak

habis..susu tu bila dah dipanaskan dan diminum anak dah tak boleh disimpan

sejuk semula takut dah tak elok..jadi beli banyak2 botol susu yang kecik2 tu

untuk buat stok..klu tak dak, bekas dadih pon boleh..bagi saya senang guna

botol terus sebab terus pam masuk botol dan simpan..pengasuh nak panaskan pon

senang nanti..nak panaskan pulak ialah dengan cara rendam botol dalam air

panas baru bagi baby minum..tapi check dlu jangan terlampau panas kang melecur

mulut anak plak..cian dia..

5. Pandang muka anak dengan rasa kasih dan sayang serta ingat yang anak tu

amanah Allah buat kita

-Andai yang ni kita buat sepenuh hati,'confirm' tak sanggup tgk anak minum

susu formula kecik2 ag..kalau nak ajar pon biarlah dia dah besar sket..dah

setahun lebih ker..klu boleh masa dia bawah setahun ni kita bagila susu badan

penuh..

6. Berserahlah kepada Allah dan mohon bantuan daripadaNya..

-Andai segala yang diusahakan tidak juga berhasil..mohonlah bantuan dan

petunjuk Allah agar mendapat jalan keluar yang sebaiknya..InsyaAllah kita akan

mendapat bantuan dari jalan yang tidak disangka2..

Berdoalah semoga anak yang disusukan oleh kita ini menjadi insan yang

cemerlang akhlak dan peribadinya, berjaya di dunia dan akhirat..berdasarkan

pengamatan saya,anak yang disusukan oleh si ibu akan lebih mesra dengan si ibu

dan hatinya lebih lembut serta mudah menerima ilmu, nasihat dan teguran..maka

marilah kita sama2 menjadikan anak kita khalifah yang terbaik di muka bumi ini

yang akan meneruskan kelestarian Islam sehingga ke akhir zaman..sehingga

bertemu lagi..wassalam
Tips untuk penyusuan penuh or exclusive breastfeeding(khas buat ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata) Tips untuk penyusuan penuh or exclusive breastfeeding(khas buat ibu yang baru   pertama kali menimang cahaya mata) Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Januari 22, 2011 Rating: 5

Exclusive breastfeeding..Penyusuan penuh susu ibu..

Jumaat, Januari 21, 2011

Menjadi seorang ibu merupakan saat yang dinanti2kan bagi setiap wanita yang telah berumahtangga..saat pertama melihat bayi yang dilahirkan ke dunia merupakan detik terindah yang sukar dibayangkan dan digambarkan...Hanya Allah dan insan bergelar ibu yang memahami naluri hati seorang ibu..Tetapi ramai ibu-ibu yang bekerjaya akhirnya terpaksa akur dengan kehendak semasa (kerja) dan akhirnya berputus asa untuk meneruskan penyusuan secara ekslusif yang bermaksud penyusuan penuh bagi anak mereka.Bagi seorang bayi, adalah digalakkan ibu untuk menyusu anaknya secara ekslusif sekurang2nya selama 6 bulan dan seterusnya digalakkan untuk meneruskan menyusu anak selama 2 tahun di samping membekalkan anak tersebut dengan makanan pelengkap sesuai dengan perkembangan si anak itu sendiri..

So,hari ini aku nak berkongsi pengalaman sendiri tentang penyusuan penuh susu ibu ini kerana aku sedih apabila melihat anak-anak telah diajar susu formula sejak awal mereka lahir di dunia ini..

Sebulan Muhammad Razin dilahirkan di dunia ini, syukur kepada Allah dia kususukan tanpa campur tangan walau setitik susu formula..cuma mungkin ada campur sikit air bendi,air halwa kundur, air zam2 dan air masak..hehe(sebab kena demam kuning) masa kat hospital..tapi cabaran sebenar penyusuan bermula selepas itu tatkala masa berpantang semakin suntuk dan aku perlu mengajar Razin untuk ditinggalkan.maka dengan 'excited'nya aku suruh Mr Hubby untuk belikan pam..Disebabkan tiada 'experience', maka Mr Hubby pon pegi beli pam daripada farmasi,pam manual guna tangan jenama Pureen.Pam punya pam sampai lenguh tangan susu tak nak keluar..'breast' dah sakit ya amat sampai akhirnya aku 'give up'..Rasa nak nangis tgk muka Razin..Aku dah mula membayangkan Razin akan terpaksa minum susu formula apabila aku nak tinggalkan dia dgn pengasuh nnt..huhu..baby ni sebenarnya akan sentiasa nangis walaupun kita dok menyusu dia kerap2..macam lapaq sangat ja..org tua2 dan org sekeliling masa tu akan hasut kita kata baby lapaq n susu tak cukup..suruh tambah susu formula dll lagi..tapi percayalah puan2..baby kita cukup dengan susu badan kita tu cuma kita kena bagi kena caranya(2 jam sekali,langkah ni dapat bantu badan untuk terus hasilkan susu yang cukup untuk baby) lagipun tulah satu2nya cara baby nak berinteraksi dgn kita..dia bukannya boleh cakap pon..maka dia pon teriak dan terus teriak..kadang2 sebabnya kembung perut, lampin basah dan lain2..jadi jgn cepat tafsir tangisan tu sebab lapaq..

Ok..sambung cerita..maka disebabkan aku dah mula panik ditambah dengan suara2 sumbang sekeliling yang siiibuk(tanda geram ni..) suruh ajaq susu tepung, maka aku pon akhirnya memaksa Mr Hubby lagi untuk membelikan susu formula..(aku ajar jenama murah2 dulula seiring dgn pendapatanku yang tidak seberapa ni)..Razin minum dengan penuh semangat mengiyakan lagi pandangan orang yang dia tak cukup makan(huhu..tapi tidak sebenarnya tau..)apa yang berlaku selepas disusukan dengan susu formula itu seterusnya menyebabkan aku tidak boleh tidoq lena dan asyik rasa nak nangis saja..nak tau apa?jeng3x..Razin mengalami masalah membuang air besar..aku dah mula rasa tak sedap hati..tiap kali nak berak ja muka dia nampak meneran2 sampai dua tiga hari tak berak..aku jenuh mengusung dia ke beberapa klinik termasuklah ke klinik kesihatan..dari situlah aku mendapat tahu bahawa sesetengah susu yang tidak sesuai dengan perut bayi akan meyebabkan mereka susah berak dan sembelit..berbeza dengan susu ibu, kalau dua tiga hari malah berminggu2(ada sepupu aku yang anaknya full bf jd lagu tu) pun baby tak berak tak bahaya tapi kalau susu tepung jadi bahaya..aku mula panik dan 'stop' guna susu tepung..ku sambung menyusu badan dan tunggu sampai Razin berak semula..Tapi pastu aku tukar susu lain pon masih sama..Aku mula berdoa tak henti2 kepada Allah agar memberikan jalan keluar daripada kemelut ini..jeng3x..

Sambung lagi..Beberapa hari sebelum aku berangkat balik ke Perak untuk membiasakan Razin dengan pengasuh lebih awal sebelum mula bekerja,aku mendapat suatu panggilan telefon dari sahabat lama (rakan kat U dan NGO yang aku pernah keja dulu,sekarang dah jadi mak sedara bau2 bacang aku..tak sangka dia adik beradik dengan belah suami aku..haha)..Dia kata dia tergerak nak tipon akau selepas kami berbalas2 sms bebrapa hari sebelum tu dan aku cerita masalah baby aku kat dia..Dia nilah yang beri semangat balik kat aku dan perkenalkan aku yang naif ni yang wujudnya pam elektrik yang mempercepatkan proses pengepaman susu dan kurang sakit berbanding yang manual..Dia kata pam ni banyak jenis..ada yang dijual di pasaraya hypermarket dan lagi banyak pilihan kalau kat dalam internet..maka aku pon mula semangat balik dan ajak Mr Hubby ke pasaraya Pacifik dan beli pam elektrik jenama Tolly JOy berharga RM 110 sahaja(rasanyala)..tapi taklah semahal yang aku dok bayangkan sebelum ni..Alhhamdulillah sampai sekarang aku berjaya meneruskan penyususan Razin secara penuh dengan bantuan pam murah ni..Nak pam pon kena ada cara (kalau yang murah2 camni)..yang mahal tak der kot..tapi yang tu aku akan ajaq lain kali yer..Razin dah bangun tidoq dan mula kacau ni..nanti aku sambung lagi..

Apa2pun..kesimpulan daripada ceritaku yang taktaulah orang rasa best ke tak ni..Biarlah anak kita merasa nikmat susu kita kerana itu adalah hak yang tidak boleh dinafikan oleh kita.Bukankah hal ini juga telah termaktub dalam Al-Quran?Renung2kan dan selamat beramal..(tiru ayat Dr Izi dalam Hot FM)..ceritaku berhenti di sini..

Untuk membeli barang2 penyusuan bolehlah berkunjung ke : http://www.momschoice.com.my/
Exclusive breastfeeding..Penyusuan penuh susu ibu.. Exclusive breastfeeding..Penyusuan penuh susu ibu.. Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Januari 21, 2011 Rating: 5

idea oh idea..

Khamis, Januari 20, 2011
lamanya tak menulis..sibuk dengan kerja2 di sekolah yang melambak2..nasib baik hari ni cuti smepena thaipusam ditambah lagi dengan kewujudan 'line clear' di Langkap ni,maka cubalah untuk menulis..yang tak bestnya ideaku yang pada mulanya berlambak2 jadi terputus2 pula bila Razin dan abahnya dah bangun..potong stim betullah dua beranak ni..uhuhu..erm..ok..tarik nafas..lepas..tarik semula..ok aku dah tenang sket..tapi untuk menyambung ceritaku ni tunggu petang nanti pulakla yer..ok..i'm out..
idea oh idea.. idea oh idea.. Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Januari 20, 2011 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.