Sabtu, Januari 22, 2011

Tips untuk penyusuan penuh or exclusive breastfeeding(khas buat ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata)


Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips (based from my own experience) tentang

cara untuk menjadi ibu yang berjaya memberi penyusuan penuh walaupun

bekerjaya.

1. mesti ada motivasi yang tinggi (high motivation)
-jangan mudah menyerah kalah dan cepat buat kesimpulan yang susu tidak cukup

untuk anak..saya sarankan tanam niat dalam hati nak bagi anak susu badan penuh

sejak dia dalam kandungan lagi..selalu berdoa kepada Allah dan rajin amalkan

surah Al-Hujurat..

2. Mesti kebal telinga daripada hasutan orang sekeliling

-yang ni bagi saya sangat penting..kadang2 masa minggu pertama melahirkan

orang kat sekeliling dah mula hasut kita bagi susu formula tambah2 bila anak

tu asyik nangis macam lapar ja..jangan cepat give up..usaha dlu bagi susu tu

keluar..berurut ka, minum air halba, minum teh herba dll..

3. Susukan anak sekerap mungkin..sekurang2nya 2 jam sekali..
-rangsangan daripada hisapan anak akan menjadikan payu dara si ibu lebih aktif

menghasilkan susu..kalau anak tu asyik nak tidur aja (macam Razin masa dia

kena kuning dlu..) kita kena usaha kejutkan dia dan susukan..demam kuning pon

akan cepat hilang bila anak rajin menyusu sebab dia akan keluar melalui najis

dan air kencing si anak tadi..jadi rajin2kan menyusu anak..Andai anak tadi dah

cukup kenyang dan didapati payudara masih keras dan ada susu, mesti pamkan

susu tersebut dan simpan dalam peti sejuk..ni boleh buat stok juga untuk anak

bila kita nak tinggalkan dia apabila mula bekerja nanti..susu yang disimpan di

dalam peti sejuk boleh tahan lama.kalau di bahagian beku boleh sampai 3 bulan

manakala di bahagian bawah sampai 7 hari..jangan lupa tulis tarikh pada botol

susu tu supaya kita tak simpan terlebih lama sampai khasiat susu tu menyusut

terlalu banyak..Jangan risau anak tak cukup khasiat daripada susu badan yang

disimpan di dalam peti sejuk sebab susu badan ibu beribu2 kali lebih baik

daripada susu formula(yang kita sendiri tak tau macamana proses

pembuatannya..bersih ke tak..halal ke tak..dll)

4. Membuat stok susu secukupnya buat si anak
-yang ni saya menyesal sket sebab saya lambat berkenalan dengan pam elektrik

yang boleh dibeli deripada pasaraya(Razin terpaksa minum susu badan campur

susu formula masa awal2 hantar kat pengasuh tapi tak sampai sebulan sebab

akhirnya stok dah cukup berkat kerajinan dan bantuan Allah yang

pastinya..alhamdulillah)..Pam yang saya guna jenama Tolly Joy tu murah saja

cuma RM110 tetapi boleh menggunakan bateri dan elektrik..saiznya yang kecil

juga memudahkan kita bawa dia ke mana-mana..Mula2 guna memang sakit sikit

tetapi tidak sesakit pam manual..kalau nak yang kurang sakit dan ada duit

lebih boleh beli jenama yang mahal sket..tapi nak jumpa kat pasaraya susah

jadi baik beli online..boleh tgk kat website yang ada saya sarankan sebelum

ini..siap dia buat package2 lagi dengan beg dan botol susu bebas BPA(benda ni

bahaya terhadap kesihatan dan banyak terkandung dalam botol susu biasa yang

kita beli kat supermarket)..Kalau yang jenama murah macam saya pakai ni ada

teknik dia nak kurangkan sakit tu iaitu kita kena pandai laraskan tekanan

dia..alat tu ada satu butang pressure..kita main2 butang tu..tapi pastikan

kita 'off' dlu baru main butang tu..yang ni nnt saya akan tunjuk gambar dalam

tajuk akan datang..insyaAllah..erm..seeloknya kita pam dan simpan sebanyak 3oz

untuk 1 botol..klu dapat 2oz pon dah ok..jangan banyak2 sangat takut anak tak

habis..susu tu bila dah dipanaskan dan diminum anak dah tak boleh disimpan

sejuk semula takut dah tak elok..jadi beli banyak2 botol susu yang kecik2 tu

untuk buat stok..klu tak dak, bekas dadih pon boleh..bagi saya senang guna

botol terus sebab terus pam masuk botol dan simpan..pengasuh nak panaskan pon

senang nanti..nak panaskan pulak ialah dengan cara rendam botol dalam air

panas baru bagi baby minum..tapi check dlu jangan terlampau panas kang melecur

mulut anak plak..cian dia..

5. Pandang muka anak dengan rasa kasih dan sayang serta ingat yang anak tu

amanah Allah buat kita

-Andai yang ni kita buat sepenuh hati,'confirm' tak sanggup tgk anak minum

susu formula kecik2 ag..kalau nak ajar pon biarlah dia dah besar sket..dah

setahun lebih ker..klu boleh masa dia bawah setahun ni kita bagila susu badan

penuh..

6. Berserahlah kepada Allah dan mohon bantuan daripadaNya..

-Andai segala yang diusahakan tidak juga berhasil..mohonlah bantuan dan

petunjuk Allah agar mendapat jalan keluar yang sebaiknya..InsyaAllah kita akan

mendapat bantuan dari jalan yang tidak disangka2..

Berdoalah semoga anak yang disusukan oleh kita ini menjadi insan yang

cemerlang akhlak dan peribadinya, berjaya di dunia dan akhirat..berdasarkan

pengamatan saya,anak yang disusukan oleh si ibu akan lebih mesra dengan si ibu

dan hatinya lebih lembut serta mudah menerima ilmu, nasihat dan teguran..maka

marilah kita sama2 menjadikan anak kita khalifah yang terbaik di muka bumi ini

yang akan meneruskan kelestarian Islam sehingga ke akhir zaman..sehingga

bertemu lagi..wassalam

1 ulasan:

  1. aku suka topik hang yg ni...bg aku byk info...ape2 hal aku kena slalu kursus dgn ko.gud luck..maybe aku bleh jd pembaca kisah2 ko...wani..

    BalasPadam