Seo Services

CUTI RAYA PON BERMULA...YAHOO!!!!

Salam semua...


Hari ni hari terakhir persekolahan sebelum menyambut lebaran..sebagaimana yang telah saya jangka..kehadiran pelajar pada hari ini sangatlah kurang..daripada 26 pelajar, hanya 10 orang yang sudi hadir memeriahkan kelas dan mengambil kuih raya (kertas soalan) daripada guru sebagai ole2..alhamdulillah..ada juga yang sudi..

Saya pun tak berniat nak menulis panjang..maklumlah dalam hati telah berbunga2 riang kerana petang ni kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung halaman..menjadi musafir dan insyaAllah akan berbuka puasa dalam perjalanan..Semoga perjalanan kami diberkati Allah dan selamat tiba ke kampung lama ditinggalkan bertemu ibu bapa yang sangat dirindui dan dicintai..amin..

Kepada rakan-rakan blogger yang lain terutama yang bakal bertolak ke kampung halaman pada hari ini juga seperti saya, pandulah kenderaan anda dengan cermat dan berhati-hati..mulakan perjalanan dengan doa dan semoga kita semua selamat tiba ke destinasi yang ingin dituju..biar lambat asalkan selamat..Buat rakan-rakan yang telah sampai ke kampung halaman, semoga hari raya tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran...raikan dengan insan tersayang dan bersyukurlah dengan segala nikmat tuhan yang masih dapat kita kecapi pada hari ini..

Akhir kata dari saya, "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Wassalam...
CUTI RAYA PON BERMULA...YAHOO!!!! CUTI RAYA PON BERMULA...YAHOO!!!! Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Ogos 26, 2011 Rating: 5

8 ulasan:

  1. Selamat hari raya.. maaf segala salah dan silap.. syiela pun last day keja.. tak sabar nk blk kg :)

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya ..
    Mohon ampun & maaf kiranya ada salah & silapnya..:)

    MOga dipermudahkan & selamat perjalanan balik ke kampung!!

    :)

    BalasPadam
  3. Selamat Balik Kedah noh.. Razin sihat tak.. hehe

    BalasPadam
  4. Selamat hari raya. Semoga selamat di mana berada. Berhati2 di jalanraya ya. :)

    BalasPadam
  5. Ni mesti budak-budak dah suspek yang cikgu bukannya nak bagi duit raya, tapi kerja raya tyme cuti nanti kehkehkehh...

    Walau apa pon, Fikri nak ucapkan salam lebaran Syawal buat cikgu di sana... ^^

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.