Rabu, Ogos 24, 2011

SEMANGAT RAYA

Salam semua...

Apa khabar iman dan islam anda hari ini? Harap semakin kukuh hendaknya..

Pagi ni melangkah ke kelas, saya amat terkejut!!! kenapa yer? Pelajar-pelajar saya yang berjumlah 26 orang itu berkurang menjadi 14 sahaja!ini beerti seramai 12 org pelajar telah me'monteng'kan diri..mungkin menyambut raya lebih awal..daripada 12 org itu, seorang pelajar telah bersemuka dengan saya terlebih awal memohon izin untuk bercuti..budak ni memang baik..pelajar kesayangan cikgu..hehe..masalahnya cikgu mana boleh bagi cuti..kesian pulak saya jadinya..

Seingat saya masa kecik2 dulu, raya selalu jatuh time cuti sekolah..maka seronok sangat sambut raya..lama sangat balik kampung dan boleh makan dan bermain puas-puas..tapi apakan daya..rezeki pelajar saya tahun ni terutamanya calon SPM dan STPM, peperiksaan percubaan akan dijalankan sejurus selepas cuti hari raya..kesian mereka..saya dengan berat hati dan terpaksa memberi oleh-oleh kuih raya berupa kertas soalan sebagai latihan kepada mereka dengan ucapan "sambil makan kuih raya jawaplah soalan-soalan ini sebagai ulangkaji"..sabar ye pelajar-pelajarku..pengorbanan pada hari ini menjanjikan kemanisan pada masa mendatang..insyaAllah..

Apa-apapun semoga erti Hari Raya selaku hari kemenangan dapat kita hayati dalam erti kata sebenar..kemenangan menangkis godaan hawa nafsu dan bersabar di atas segala dugaan dan cabaran..Doa saya setiap hari sebelum waktu berbuka puasa(antara waktu yang amat mustajab untuk berdoa..rakan2 sila amalkan yer..), semoga semua pelajar saya yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun akan mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi insan yang soleh dan solehah demi kemaslahatan ummah..Amin..

Kepada rakan-rakan blogger yang telah bersiap-siap untuk pulang berhari raya, pandulah dengan cermat dan mulakan perjalanan anda dengan doa semoga perjalanan selamat menemui keluarga yang tercinta di kampung halaman..

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN...

3 ulasan:

  1. Semoga kita tidak 'kekurangan' kawan mahupun saudara mara selepas hari raya nanti. Semoga selamat semuanya, InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  2. Selamat2. hehe

    dah lama nak balik kedah.. :)

    BalasPadam
  3. Sekarang dah kerja, teringat dan teringin nak sekolah balik....masa sekolah teringin nak jadi org besar, nak kerja...hehehe...Selamat hari raya..

    BalasPadam