Seo Services

KARIPAP DAGING

Salam semua..

Hari ni masih 'mood' nak berkongsi resepi..maklumlah semenjak dua menjak ni rajin turun ke dapur memasak kuih muih untuk berbuka..maklumlah..memasak ni salah satu terapi minda..bak kata kak cik..hehe..hilang sket stres kerja..alhamdulillah..

Maka jadinya resepi yang akan dikongsi hari ni ialah karipap daging..eleh..mesti korang kata senang je kan..memangla senang tapi nak menguli tu susah tau..hehe..patutlah orang jual sebiji 30 - 40 sen..hehe..padanla..tapi apabila kita buat sendiri puas memakannya..leh letak daging banyak-banyak..isi banyak2..dan buat banyak2..makan sampai kembung perut..huhu..eh..dah ikut sifat syaitan pulak..nauzubillah..makan masa berbuka berhenti sebelum kenyang..hehe


BAHAN-BAHAN

Bahagian kulit
-1 1/2 cawan tepung gandum
-2 sudu mentega
-1/2 sudu garam
-1 1/2 sudu gula
-air secukupnya

Bahagian inti

- 300 gram / setengah kati daging (cincang halus2)
- 3 biji kentang (potong dadu kecik2)
- 1 biji bawang besar (potong dadu kecik2)
- 1 ulas bawang putih dan bawang merah (diricik halus untuk menumis)
- 1 paket serbuk kari ayam dan daging
- 3 sudu gula
- 1 sudu garam (kurangkan kalau takut masin)
- sos cili secukup rasa (kalau nak tambah pedas)
- 3 sudu minyak masak

CARA-CARA

a.Untuk membuat bahagian inti

1. Tumis bawang dengan minyak sehingga naik bau
2. Masukkan daging dan sedikit air
3. Masukkan rempah kari ayam dan daging
4. Masukkan pula kentang..Gaul dan pastikan semua yang telah dimasukkan sebati..Tambah sedikit air andai terlalu kering..
4. Masukkan gula, garam, sos cili dan masak sehingga daging dan kentang empuk
5. Masukkan bawang besar dan biar lembut sedikit atau sehingga kuah menjadi kering
6. Tutup api biar suam sedikit sebelum memulakan proses membuat karipap

b.Untuk membuat bahagian kulit


1. Campur semua bahan-bahan (tepung, marjerin, gula, garam dan air) serta uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat dibekas)
2. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit andai doh masih melekat

c. Mencantum kulit dan inti

1. Taburkan sedikit tepung di atas dulang pencanai, alat pencanai dan juga dulang untuk mengisi karipap (bagi mengelak karipap melekat pada bekas lalu menyukarkan apabila ingin digoreng)
2. Gempalkan doh menjadi bulatan kecil-kecil sebesar penumbuk kanak-kanak lalu dicanai..(cam pelik je arahan ni..hehe)
3. Letak atas bekas karipap (beli kat kedai 'hardware' dalam RM 1 satu..kalau tiada..sila kelim sendiri karipap anda)..lalu isikan inti dan kepitkan..Pastikan inti tidak diletak terlalu banyak sehingga apabila mengepit terkepit inti tadi (bagi mengelakkan karipap terbuka apabila digoreng)
4. Goreng dalam minyak yang tidak terlalu panas (guna api perlahan dan sederhana sahaja..kalau tak karipap jadi menggerutu dan tidak cantik..)


Tips:
- karipap yang telah siap (belum digoreng) boleh disimpan di bahagian dingin beku dan akan tahan sehingga 2-3 hari..
- hanya goreng setakat kuantiti yang ingin dimakan sahaja,selebihnya simpan dalam peti sejuk..sedap dimakan panas-panas tau..


Razin yang hepi setelah rambut dipotong oleh mama dan abah pada hari yang sama membuat karipap..huhu..

SELAMAT MENCUBA!!!
KARIPAP DAGING KARIPAP DAGING Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Ogos 16, 2011 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Gebunya karipap tu. Eh! piring kita serupalah. :)

    BalasPadam
  2. wah karipap pulak.. ptg ni nk g cari la kt bazar :)

    BalasPadam
  3. Emmmm..sedapnya...nanti bukak puasa nak carik kat pasar ramadan...

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.