Jumaat, Ogos 19, 2011

SEKADAR TERKENANG

Salam semua...

Apa khabar iman dan islam anda hari ni? Makin bertambah ke makin berkurang? Adakah hari ini amalan kita lebih baik berbanding semalam? Ataupun sama saja? Atau mungkin lebih teruk berbanding semalam? Nauzubillah.. Nabi kita pernah bersabda bahawa beruntunglah orang yang hari ini lebih baik berbanding semalam dan rugilah bagi orang yang hari ini sama saja dengan semalam..semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang beruntung..

Sedar tak sedar..sudah 19 hari kita berpuasa..Tetamu kita Ramadan telah mula mengemas untuk pergi meninggalkan kita..Sudahkah kita menyediakan ole-ole untuk diberikan kepadanya sebelum dia pulang menemui yang Esa? Sedih rasa hati mengenangkan ramadan tahun ini sudah semakin menuju ke penghujungnya..entah berpeluang atau tidak diri ini untuk bertemu dengannya lagi pada tahun hadapan...

Terkenang semula puasa zaman persekolahan..dapat bertarawikh bersama-sama dengan rakan asrama di surau sekolah merupakan kenangan manis yang sukar dilupakan..Bersahur dan berbuka dengan menu asrama juga umpama baru semalam semua itu berlaku..seronok sangat..andai boleh diputarkan semula masa..ingin rasanya saya kembali ke saat-saat indah itu..

Anda di luar sana bagaimana? Mesti rasa nak juga kembali ke saat-saat indah yang pernah dilalui kan? Begitu juga andai kita boleh memutar masa memperbetul segala kesilapan lalu tentu semua itu akan dilakukan..Apa-apapun hidup mesti diteruskan dan beribadahlah dengan sehabis baik semoga Allah mengampunkan segala dosa yang pernah dilakukan dan memberi ganjaran setimpal dengan amalan yang dibuat hanya keranaNya...

Wassalam..


3 ulasan:

  1. moga kita semua terdiri dari orang yang beruntung,,,orang yang hari ni lebih baik dari semalam...amin

    BalasPadam
  2. Semoga ada kebaikan yang kita lakukan di Ramadhan ini.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...bagus penulisan cikgu..kadang saya sendiri lalai dengan tujuan hidup..leka dengan dunia...kat sini juga la saya mencari kesedaran...untuk kembali memikirkan betapa hina diri kita disisi Allah sebenarnya..kita hanya hamba yg sgt kerdil..thanks cikgu bnyk beri peringatan..

    BalasPadam